Gold Bar and Gold Dinar
Kenapa perlu simpan emas dan dinar? - Ia merupakan wang sunnah - Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value) - Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) - Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) - Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Jumaat, 13 Januari 2012
Kijang Emas Sepanjang Tahun 2011
Prestasi Kijang Emas 2011:
Nilai awal tahun 3/1/2011 ialah RM4605.00/oz
Nilai akhir tahun 30/12/2011 ialah RM5218.00/oz
Kenaikan sebanyak RM613.00/oz
Peratus kenaikan: 13.31%
Tinggi/Rendah 2011:
Terendah - RM4261.00 pada 28/1/2011
Tertinggi - RM6014.00 pada 6/9/2011
Kenaikan sebanyak RM1753.00
Peratus kenaikan: 41.14%
Data-data diambil dari web BNM
Emas Sepanjang Tahun 2011
Harga emas pada awal tahun bermula dengan USD1388.50/oz pada 4/1/2011. Turun kepada USD1319.00/oz pada 28/1/2011, merupakan rekod terendah pada tahun 2011.
Dari saat itu harga emas mendaki semula disamping penurunan kecil sehingga mencatatkan rekod tertinggi USD1895.00/oz pada 5 dan 6/9/2011. Sejauh ini kenaikan harga ialah sebanyak USD506.50 (USD1895.00 - USD1388.50), bersamaan dengan 36.47%.
Diperhatikan bahawa harga mula melonjak dengan drastik dari awal bulan Ogos sehingga mencipta rekod tertinggi pada awal September. Lumrah alam, setiap yang naik pasti akan turun..... penurunan yang drastik juga berlaku pada penghujung bulan September. Walau bagaimana pun harga naik semula sehingga awal bulan November dan turun semula sehingga 29/12/2011 dengan harga penutup USD1531.00/oz.
Kenaikan harga emas sepanjang tahun ialah sebanyak USD1531.00 - USD1388.50 = USD142.50, bersamaan 10.26%.
Nota: Data-data diambil dan boleh dilihat dari KITCO
Ahad, 9 Oktober 2011
Harga Emas September 2011
Setelah beberapa lama harga emas mendaki, akhirnya pada bulan September 2011 harga emas turun sepanjang bulan.
Carta emas Kitco pada bulan September 2011 seperti dibawah.
Bagaimana dengan harga emas bagi bulan Oktober.... sama-sama kita tunggu dan lihat.
Ambil kesempatan untuk beli/tambah asset ketika harga rendah.
Carta emas Kitco pada bulan September 2011 seperti dibawah.
Bagaimana dengan harga emas bagi bulan Oktober.... sama-sama kita tunggu dan lihat.
Ambil kesempatan untuk beli/tambah asset ketika harga rendah.
Langgan:
Catatan (Atom)