Memaparkan catatan dengan label Carta Kitco. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Carta Kitco. Papar semua catatan

Ahad, 9 Oktober 2011

Harga Emas September 2011

Setelah beberapa lama harga emas mendaki, akhirnya pada bulan September 2011 harga emas turun sepanjang bulan.

Carta emas Kitco pada bulan September 2011 seperti dibawah.



Bagaimana dengan harga emas bagi bulan Oktober.... sama-sama kita tunggu dan lihat.

Ambil kesempatan untuk beli/tambah asset ketika harga rendah.

Sabtu, 26 Februari 2011

Carta Emas Mendaki Semula
















Carta pada bulan Januari 2011 menurun (sila lihat catatan sebelum ini). Carta emas kitco pada bulan Februari 2011 sedang mendaki. Catatan pada 25 Februari harga ditutup pada paras USD1402.50. Catatan tertinggi dibuat pada paras USD1411.50 pada 24 Februari 2011, merupakan catatan tertinggi sepanjang bulan Februari 2011, sekaligus catatan tertinggi pada tahun 2011 (sehingga 25 Februari 2011).

Untuk makluman, catatan tertinggi sebelum ini ialah USD1420.00, dicatatkan pada 7 Disember 2010. Dengan catatan sebanyak USD1402.50 pada 25 Februari 2011, cuma memerlukan kenaikan sebanyak USD17.50 atau 1.25% untuk mencapai semula rekod tertinggi sebelumnya.

Berdasarkan kenaikan pada tahun 2010 sebanyak 18.5% dan dengan mengandaikan kenaikan pada tahun 2011 juga adalah sama, rekod tertinggi sebanyak USD1661.90 akan tercapai. Apakah ia akan berlaku...... kita tunggu......

Ramai yang sudah menyimpan emas...... anda bila lagi.......

Sumber data: kitco

Carta Emas Turun Januari 2011
















Catatan sebelum ini menunjukan catatan tertinggi harga emas kitco USD1420 pada 7 Disember 2010 dan ditutup dengan USD1405.50 pada 30 Disember 2010.

Adalah menjadi resam kepada dagangan komoditi, ada masa naik dan ada masa turun. Bulan Januari 2011 dapat dilihat harga emas turun. Catatan pada 4 Januari 2011 USD1388.50, turun kepada USD1319 pada 28 Januari 2011. Ini merupakan catatan terendah sejauh ini. Harga emas kitco ditutup USD1327 pada 31 Januari 2011.

Perbezaan harga tertinggi dan terendah:
- harga tertinggi - USD1420.00
- harga terendah - USD1319.00
- perbezaan - USD101.00

Mungkin ramai trader yang menjual aset mereka untuk ambil untung pada harga sekitar USD1420.00 dan membeli semula pada harga sekitar USD1319. Mereka akan memperolihi keuntungan sekitar USD100 bagi setiap 1oz emas.

Siapa yang membeli sekitar harga USD1319 (28 Januari 2011) adalah masa pembelian yang terbaik. Walau bagaimanapun harga sekarang masih rendah jika dibandingkan dengan harga tertinggi USD1420 (7 Disember 2010).

Beli rendah, jual tinggi - anda pelabur.

Ahad, 20 Februari 2011

Pencapaian Tertinggi Emas

Carta Emas Kitco pada 7 Disember 2010 dengan catatan USD1420.00/oz, merupakan catatan tertinggi emas pada bulan Disember 2010, sekaligus catatan tertinggi sepanjang tahun 2010. Catatan terendah pada 16 Disember 2010 dengan catatan USD1363.00/oz. Naik semula dan ditutup USD1405.50 pada 30 Disember 2010.
















Sehubungan dengan kenaikan harga emas Kitco, harga emas tempatan juga mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari statistik Kijang Emas coin dari Bank Negara Malaysia.

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/12/2010 4,641 4,460 2,364 2,230 1,204 1,115
2/12/2010 4,636 4,456 2,362 2,228 1,203 1,114
3/12/2010 4,629 4,450 2,358 2,225 1,201 1,113
6/12/2010 4,686 4,505 2,387 2,252 1,216 1,126
8/12/2010 4,673 4,491 2,380 2,245 1,212 1,123
9/12/2010 4,613 4,435 2,350 2,217 1,197 1,109
10/12/2010 4,618 4,440 2,353 2,220 1,198 1,110
13/12/2010 4,592 4,415 2,339 2,207 1,191 1,104
14/12/2010 4,637 4,458 2,362 2,229 1,203 1,114
15/12/2010 4,634 4,455 2,361 2,227 1,202 1,114
16/12/2010 4,601 4,423 2,344 2,212 1,194 1,106
17/12/2010 4,559 4,382 2,322 2,191 1,183 1,096
20/12/2010 4,604 4,425 2,346 2,213 1,195 1,106
21/12/2010 4,614 4,435 2,350 2,218 1,197 1,109
22/12/2010 4,613 4,432 2,350 2,216 1,197 1,108
23/12/2010 4,593 4,414 2,340 2,207 1,192 1,104
24/12/2010 4,567 4,387 2,326 2,194 1,185 1,097
27/12/2010 4,526 4,351 2,306 2,175 1,174 1,088
28/12/2010 4,545 4,369 2,315 2,185 1,179 1,092
29/12/2010 4,611 4,432 2,349 2,216 1,196 1,108
30/12/2010 4,624 4,445 2,356 2,223 1,200 1,111

Catatan tertinggi Kijang Emas pada 6 Disember 2010 RM4686. Catatan terendah pada 17 Disember 2010 RM4559 dan catatan pada 30 Disember 2010 RM4624.

Nota: Kijang Emas 1oz pada 18 Februari 2011 RM4464

Sabtu, 18 Disember 2010

Carta Emas Menurun Menjelang Krismas
















Carta emas menurun kepada USD1376.20 pada 17/12/2010.
Carta tertinggi USD1379.80
Carta terendah USD1365.80

Rekod carta emas tertinggi ditunjukkan dalam catatan saya sebelum ini.

Ambil kesempatan untuk membeli / menambah aset ketika harga rendah.

Jumaat, 17 September 2010

Rekod Baru Carta Emas Kitco
















Tanggal 17 September 2010, carta emas Kitco telah membuat rekod tertinggi terbaru iaitu pada paras USD1283.70, terendah USD1273.10. Rekod tertinggi sebelum ini ialah pada 21 Jun 2010 iaitu pada paras USD1265.40. Rekod terendah pula ialah USD1157.90 pada 28 Julai 2010.

Walaupun ketika saya menulis catatan ini harga menurun sedikit, tetapi trend hourly (H1), 4hours (H4) dan daily (D1) masih belum bertukar arah - masih up-trend.

Kemana arah trend seterusnya sama-samalah kita tunggu dan lihat. Maaf kerana saya kurang mahir tentang charts atau TA.

Jika ada pelabur yang membeli ketika harga rendah dahulu, bolehlah mengintai-intai untuk jual dan ambil profit.

Jumaat, 14 Mei 2010

Trend Emas - Minggu Kedua Mei 2010

Carta Emas Kitco ditutup USD1231.40 pada 14 Mei 2010. Harga pada 10 Mei USD1196.00, naik kepada USD1223.00 pada 11 Mei. Naik lagi ke USD1236.00 pada 12 Mei. Menurun pada 13 Mei dan 14 Mei dan ditutup pada USD1231.40.

Kenaikan sepanjang minggu sebanyak USD35.40. Carta pada 4 Mei ialah USD1185.00, dengan itu kenaikan sepanjang dua minggu ialah sebanyak USD46.40

Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku minggu hadapan....

Sabtu, 8 Mei 2010

Trend Emas - Minggu Pertama Mei 2010


Carta Emas Kitco ditutup tinggi pada USD1208.00 pada minggu ini. Pergerakan harga emas untuk minggu ini agak menarik. Harga emas pada 4 Mei 2010 ialah USD1185.00, melonjak ke USD1208.00 pada 7 Mei 2010, walaupun mengalami sedikit penurunan USD1165.00 pada 5 Mei 2010. Keseluruhannya up-trend.....

Bagaimana trend emas untuk minggu hadapan..... kita tunggu dan lihat.....

Simpan emas.... sikit-sikit, lama-lama jadi busut.....