Sabtu, 26 Februari 2011

Carta Emas Mendaki Semula
















Carta pada bulan Januari 2011 menurun (sila lihat catatan sebelum ini). Carta emas kitco pada bulan Februari 2011 sedang mendaki. Catatan pada 25 Februari harga ditutup pada paras USD1402.50. Catatan tertinggi dibuat pada paras USD1411.50 pada 24 Februari 2011, merupakan catatan tertinggi sepanjang bulan Februari 2011, sekaligus catatan tertinggi pada tahun 2011 (sehingga 25 Februari 2011).

Untuk makluman, catatan tertinggi sebelum ini ialah USD1420.00, dicatatkan pada 7 Disember 2010. Dengan catatan sebanyak USD1402.50 pada 25 Februari 2011, cuma memerlukan kenaikan sebanyak USD17.50 atau 1.25% untuk mencapai semula rekod tertinggi sebelumnya.

Berdasarkan kenaikan pada tahun 2010 sebanyak 18.5% dan dengan mengandaikan kenaikan pada tahun 2011 juga adalah sama, rekod tertinggi sebanyak USD1661.90 akan tercapai. Apakah ia akan berlaku...... kita tunggu......

Ramai yang sudah menyimpan emas...... anda bila lagi.......

Sumber data: kitco

Tiada ulasan:

Catat Ulasan