Isnin, 5 Oktober 2009

Emas Tidak Susut Nilai

Harga emas sekarang ini berada diatas paras USD1000. Sudah dua minggu harga emas berlegar-legar diparas tersebut. Kemana arah trend seterusnya.... siapa boleh jawab..... hahaa.... Yang pasti harga tidak akan kekal disitu, mungkin memerlukan petunjuk baru samada meneruskan pendakian atau beralih arah menurun.....

Sebagai pelabur sudah tentu mengharapkan keuntungan dari pelaburannya, samada pelaburan jangka panjang, sederhana atau pendek.... jika boleh biarlah keuntungan itu dapat dibuat dalam tempuh masa yang singkat.....

Terpulanglah kepada individu itu sendiri meletakkan matalamatnya mengapa ia menyimpan emas..... yang pasti simpanan @ pelaburan itu tidak merugikan

Mari kita imbas kembali harga Kijang Emas

Kijang Emas Daily Prices

SIZE (oz)

SELLING (RM)

BUYING (RM)

ONE

3550

3434

HALF

1809

1719

QUARTER

921

859

Gold Savings Passbook

DATE

SELLING (RM/g)

BUYING (RM/g)

01/09/09

111.33

105.67


Kijang Emas Daily Prices

SIZE (oz)

SELLING (RM)

BUYING (RM)

ONE

3598

3385

HALF

1834

1693

QUARTER

934

846

Gold Savings Passbook

DATE

SELLING (RM/g)

BUYING (RM/g)

30/09/09

114.50

108.73


Kenaikan Kijang Emas 1oz sebanyak RM48.00 - 1.35%
Kenaikan Kijang Emas 1/2oz sebanyak RM25.00 - 1.38%
Kenaikan Kijang Emas 1/4oz sebanyak RM13.00 - 1.41%

Kijang Emas 1oz sebagai contoh, kenaikan ialah sebanyak 1.35%. Jika inilah kenaikan harga emas setiap bulan, bermakna kenaikan setahun ialah sebanyak 16.2%. Setelah ditolak spread sebanyak 6%, masih berbaki 10.2%. Ditolak zakat sebanyak 2.5%, masih berbaki 7.7%

Dengan andaian kenaikan harga emas sebanyak 16.2% setahun dan simpanan dibuat selama tiga tahun, jadi kenaikannya ialah sebanyak 48.6%. Ditolak spread sebanyak 6% dan zakat (2.5% x 3 = 7.5%), masih berbaki 35.1%

Dari senario diatas dapatlah dilihat bahawa menyimpan emas tidak merugikan sebaliknya menguntungkan jika disimpan dalam jangkamasa yang panjang

TUKARKAN SIMPANAN DARI RINGGIT KEPADA EMASSSSS.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan