DUBAI, 8 Mac (Bernama) -- Jumlah emas yang didagangkan melalui Dubai dicatatkan bernilai AS$29 bilion pada 2009, sama seperti nilai emas yang didagangkan pada 2008, menurut angka rasmi.
Lembaga Pusat Komoditi Pelbagai Dubai (DMCCA) berkata sejumlah 576 tan metrik emas diimport ke Dubai tahun lepas berbanding 674 tan metrik pada 2008.
Pada tahun yang sama, eksport emas dari Dubai meningkat sembilan peratus kepada 403 tan metrik berbanding 371 tan metrik pada 2008.
India terus menjadi rakan niaga utama perdagangan emas bagi Dubai, menandakan kepentingan peranan emiriyah itu sebagai pintu masuk bagi perdagangan emas di rantau itu.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi Eksekutif DMCCA Ahmed bin Sulayem berkata prestasi Dubai dalam perdagangan emas adalah mengkagumkan berikutan keadaan ekonomi yang mencabar dan kesannya kepada perdagangan emas di seluruh dunia.
Beliau berkata nilai emas di emiriyah itu meningkat enam kali ganda semenjak 2001.
Kenyataan itu menambah, harga emas memecahkan rekod paras paling tinggi iaitu AS$1,200 satu auns pada 2009 sebelum mancapai harga purata AS$973 satu auns.
Lebih 130 negara menjadi rakan niaga import emas Dubai tahun lepas.
Oleh Abdul Muin Majid - BERNAMA
COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1260.
BalasPadamUntuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Harga belian semula yang hebat.
Terima kasih.