Carta emas kitco ditutup pada USD1177.00 pada hari Jumaat lepas. Trend pada minggu lepas menurun. Penurunan bermula dari 13 Mei 2010 USD1244.00 kepada USD1177.00, iaitu sebanyak USD67.00. Kemungkinan penurunan ini disebabkan aktiviti mengambil untung dan juga pengukuhan USD berbanding MYR. Kadar tukaran wang asing sekarang ialah USD3.3180 (buying) / USD3.3230 (selling)
Bagi seorang pelabur, inilah kesempatan untuk membeli emas bagi menambah aset yang sedia ada. Beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.
Bagi mereka yang hendak bermula dengan pelaburan emas, mungkin sekarang adalah masa yang sesuai. Begitu juga bagi mereka yang hendak menambah aset pelaburan. Bagi mereka yang kurang mahir dengan carta, bolehlah membuat pembelian secara beransur-ansur. Mereka yang mahir akan menunggu sehingga harga emas betul-betul berada dibawah.
Mungkin harga akan jatuh lagi sebelum naik semula. Carta diatas menunjukkan trend sedang menurun. Walau bagaimanapun, trend weekly masih up-trend.
Teruskan melabur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan