Mungkin ramai juga pelawat blog ini menyimpan emas sebagai koleksi. Atau ingin membuat koleksi dengan Gold Bars. Bagi mereka-mereka yang berkemampuan, sudah tentu koleksi mereka dari saiz yang besar, contohnya 20gm, 50gm atau 100gm. Bagi mereka yang kurang berkemampuan, masih boleh membuat koleksi dengan emas seberat 1gm.
Anda boleh memilikinya dari jenama EMIRATE GOLD dari NUBEX, KINE BAR dan PALM GOLD dari UOB, KUWAIT GOLD dari KFH. Kuwait Gold dari emas 995%, manakala Emirates Gold, Kine Bar dan Palm Gold dari emas 999%.
Nilai/harga pada hari ini
EMIRATES GOLD 999% - 1gm = RM191.03
KINE BAR 999% - 1gm = RM312.00
PALM GOLD 999% - 1gm = RM251.00
KUWAIT GOLD 999% - 1gm = RM131.56
Kine Bar dan Palm Gold agak tinggi jika dibandingkan dengan Emirates Gold dan Kuwait Gold. Ini adalah kerana harga Kine Bar dan Palm Gold dari UOB diupdate sekali sehari pada jam 9.27am, manakala Emirates Gold dan Kuwait Gold diupdate beberapa kali sehari. Tambahan lagi harga emas sedang menurun sekarang ini menjadikan Emirates Gold dan Kuwait Gold kelihatan lebih rendah.
Untuk makluman Kuwait Gold dari KFH tidaklah boleh dibeli cuma 1gm. Pembeli dikehendaki membuat akaun simpanan emas dengan Kuwait Finance House dengan deposit permulaan sebanyak 10gm dan pembelian tambahan sebanyak 5gm dengan tambahan setiap 1gm.
Pilihan lain... (maaf detail tidak diperolihi)
ISTANBUL GOLD 999% - 1 gm - blog sahabat emas
BUNGA RAYA Gold Bar 999% - 1gm (POH KONG)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan