Selasa, 28 September 2010

Carta Emas Melebihi USD1300
















Carta emas Insta menunjukkan trend emas pada hari ini 28 September 2010 menurun kepada USD1283.90, sebelum melonjak semula kepada USD1308.40. Carta ini diabadikan pada jam 12.22am.


Frame hourly H1, 4 hours H4 dan daily D1 menunjukkan up-trend. Dapat dilihat dari frame hourly H1 diatas, penurunan sehingga melepasi support level 3 dan melonjak semula sehingga melepasi ressistance level 3.

Jika trend ini berterusan, harga emas tempatan akan turut naik.

Ketika catatan ini dibuat, harga PUBLIC DINAR, mencatatkan kenaikan harga seperti dibawah:

DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 611.00RM 574.00
5 dinarRM 3042.00RM 2875.00
10 dinarRM 6058.00RM 5755.00
Last updated 29/09/10 12:20 AM

Harga PUBLIC GOLD pula:


We SellWe Buy
20 gramRM 2956.00RM 2779.00
50 gramRM 7356.00RM 6951.00
100 gramRM 14642.00RM 13910.00
1 kilogram RM 146423.00 RM 139102.00
(Last updated 29/09/10 12:40 AM)

Secara kasarnya harga Dinar @ emas 916% ialah RM144.00 segram dan emas 999% ialah RM148.00 segram.

Emas.... sememangnya logam bernilai.

Jumaat, 17 September 2010

Rekod Baru Carta Emas Kitco
















Tanggal 17 September 2010, carta emas Kitco telah membuat rekod tertinggi terbaru iaitu pada paras USD1283.70, terendah USD1273.10. Rekod tertinggi sebelum ini ialah pada 21 Jun 2010 iaitu pada paras USD1265.40. Rekod terendah pula ialah USD1157.90 pada 28 Julai 2010.

Walaupun ketika saya menulis catatan ini harga menurun sedikit, tetapi trend hourly (H1), 4hours (H4) dan daily (D1) masih belum bertukar arah - masih up-trend.

Kemana arah trend seterusnya sama-samalah kita tunggu dan lihat. Maaf kerana saya kurang mahir tentang charts atau TA.

Jika ada pelabur yang membeli ketika harga rendah dahulu, bolehlah mengintai-intai untuk jual dan ambil profit.