Jumaat, 8 Oktober 2010

Carta Emas - 7 Oktober 2010
















Carta emas membuat catatan tertinggi pada 7 Oktober 2010 yang lepas. Bermula dari 28 Julai 2010 trend emas mula mendaki sehingga ia membuat catatan tertinggi. Walau bagaimana pun sepanjang perjalanannya ada berlaku penurunan yang kecil. Diantaranya ialah pada 9 September 2010 dan 7 Oktober 2010.

Penurunan kecil ini memberi peluang kepada pelabur untuk membeli dengan harga yang rendah sedikit. Carta hourly (H1) diatas menunjukkan sedikit penurunan berlaku pada 7 Oktober 2010. Sebelum membuat penurunan, ia telah mencatatkan catatan tertinggi USD1365.80. Catatan terendah pada hari yang sama USD1326.80. Penurunan sebanyak lebih USD30.00.

Penurunan ini berlanjutan sehingga 8 Oktober 2010 dan catatan terendah USD1326.00. Mungkin ada yang mengambil kesempatan membeli ketika harga jatuh sikit.

Penurunan ini hanya sekejap sebelum carta naik semula pada hari yang sama dan ditutup pada USD1346.50.

EMAS PENYIMPAN NILAI TERBAIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan