Memaparkan catatan dengan label Ar-Rahnu Yapeim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ar-Rahnu Yapeim. Papar semua catatan

Isnin, 7 Disember 2009

Ar-Rahnu Tak Terima Gold Dinar/Coin/Bar

Kesah Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Agro Bank diperkatakan semula, termasuk pada chatbox blog otai emas Jutawanemas.com. Perkara yang sama telah diperkatakan bermula dari bulan ramadan yang lepas. Ketika itu juga kes Etika Emas timbul. Apakah kes Etika Emas adalah penyebab kepada Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank tidak menerima urusan pajakan dinar/coin/bar... itu tidak pasti.... dalam pada itu ada cawangan yang menerima dan ada yang tidak... mengapa tidak seragam....

Jika pajakan gold bar tidak diterima, bolehlah diandaikan kes Etika Emas sebagai penyebabnya. Ini adalah kerana Etika Emas menggunakan gold bar dalam urusan pajakan mereka. Jika begitu mengapa dinar dan coin juga terbabit...

Sekarang ini kesah ini timbul kembali, diantara ar-rahnu yang terlibat ialah:
- Ar-Rahnu Bank Rakyat
- Ar-Rahnu Agro Bank
- Ar-Rahnu Exchange
- Ar-Rahnu Yapeim

Apa yang dapat diperkatakan ialah ketiga-tiga ar-rahnu diatas tidak dapat berfungsi sebagai yang sepatutnya - sistem pajakan secara Islam (Ar-Rahnu)

Ada yang berkata, kita berbalik kepada kedai pajak Ah Chong... sabar dulu, masih ada lagi ar-rahnu yang boleh kita buat pilihan. Mungkin kita sudah mula melupai dimana kita membeli Dinar Kelantan semenjak kenaikan spreadnya tidak lama dulu. Bukan sahaja jual beli Dinar Kelantan sahaja boleh dibuat melalui Ar-Rahn PKB, urusan pajakan juga boleh dibuat.

Bagi mereka yang memerlukan wang sementara, masih ada ar-rahnu yang masih menerima emas anda...
- Ar-Rahn PKB
- Ar-Rahnu Kotani
- Ar-rahnu Koop Unikeb