Memaparkan catatan dengan label Gold Bars. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gold Bars. Papar semua catatan

Jumaat, 8 April 2011

Sri Ayu Gold Bar


Sri Ayu Gold Bar
Satu lagi Gold Bar keluaran bumiputra tempatan

Pengeluar:
SRI AYU FINE GOLD SDN BHD
Kedai Emas Sri Ayu,
No.25 Jalan Dato Nik Mustafa,
17500 Tanah Merah, Kelantan

Purity/Ketulinan:
999.9% (24K Gold)

Saiz:
5g
10g
20g
50g
100g

Sijil Ketulinan:
Setiap Gold Bar disertakan dengan sijil ketulinan dengan nombor siri masing-masing


Harga Semasa:
Sila lawati web http://Pelaburan-Emas.com

Rabu, 2 Mac 2011

Gold - Catatan Tertinggi Terbaru

Pada bulan Januari 2011 merupakan bulan kejatuhan bagi emas. Catatan pada 4 Januari 2010 sebanyak USD1388.50. Catatan terendah pada 28 Januari 2011 sebanyak USD1319.00. Catatan pada akhir bulan 31 Januari 2011 dengan catatan sebanyak USD1327.00.

Untuk makluman, catatan tertinggi carta emas Kitco untuk tahun 2010 ialah pada paras USD1420 dicatatkan pada 7 Disember 2010, merupakan catatan tertinggi sebelum ini.

Kejatuhan pada bulan Januari ditebus semula pada bulan Februari 2011. Catatan pada 1 Februari 2011 sebanyak USD1331.50, melonjak kepada USD1411.00 pada 28 Februari 2011.

Pada bulan Mac pula catatan pada 1 Mac 2011 sebanyak USD1420.75, merupakan catatan tertinggi terbaru yang dibuat pada 7 Disember 2010. Pada hari berikutnya 2 Mac 2011 catatan dibuat sebanyak USD1435.50, merupakan catatan tertinggi terkini (sehingga 2/3/2011).

Jika dibandingkan catatan terendah pada 28 Januari 2011, kenaikan sehingga 2 Mac 2011 ialah sebanyak USD116.50, bersamaan dengan 8.83% dalam tempuh 34 hari.

SIMPAN EMAS, GANTIKAN SIMPANAN DENGAN RINGGIT.

Sumber: Kitco

Sabtu, 23 Oktober 2010

Arrahnu Bank Rakyat - Emas Yang Diterima Untuk Pajakan

Arrahnu Bank Rakyat dan Arrahnu Exchange adalah diantara arrahnu yang menerima pajakan emas. Arrahnu Exchange cuma menjalan urusan pajak gadai emas, adalah anak syarikat kepada Bank Rakyat.

Banyak cawangan-cawangan Bank Rakyat dan Arrahnu Exchange diseluruh negara. Cawangan Bank Rakyat boleh dilihat disini. Cawangan Arahnu Exchange pula boleh dilihat disini.

Selain dari barang kemas atau emas perhiasan wanita, Gold Bar, Coin dan Gold Dinar juga boleh dipajak. Bukan semua jenis Gold Bar, Coin dan Gold Dinar yang diterima untuk pajakan. Bank Rakyat dan Arrahnu Exchange hanya menerima Gold Bar, Coin dan Gold Dinar seperti dibawah.

Bank Malaysia
1.Maybank-Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia.
2.United Overseas Bank (UOB)-Canadian Maple Leaf dan Australian Nugget sahaja.

Kedai Emas yang tersenarai dalam bursa saham Malaysia
1.Poh Kong Holding Bhd.
2.Tomei Consolidate Bhd.

Kerajaan Negeri Kelantan
1.Dinar Emas Kelantan

Syarikat One Asia Gold Sdn Bhd
1.Gold Pendant 916 50g dan 100g.
2.Gold Pendant 999 20g,50g dan 100g.
3.Gold Dinar 916 1 Dinar,2 Dinar,4 dinar dan 8 Dinar

Dinar Emas keluaran One Asia Gold mempunyai reka bentuk yang sama dengan Dinar Muslim yang dijual oleh syarikat NUBEX, bezanya perkataan 'dinar' tersebut ditulis dalam bahasa melayu bukan seperti yang kebiasaannya ditulis dalam bahasa arab.

Bagi kategori barang kemas, purity emas dari 18K hingga 24K diterima untuk pajakan. Bagi kategori emas pelaburan, purity emas dari 22K dan 24K.

Dibawah ini adalah nilai emas semasa dari Bank Rakyat/Arrahnu Exchange pada 20/10/2010.

HARGA PASARAN BARANG KEMAS PADA 20-10-2010
KARAT % EMAS HARGA SEMASA (RM)
24.0K 99.99 160.87
22.8K 95.00 152.82
22.0K 91.60 147.46
21.0K 87.50 140.76
20.0K 83.50 134.06
18.0K 75.00 120.65
HARGA PASARAN BARANG EMAS PADA 20-10-2010
KARAT % EMAS HARGA SEMASA (RM)
24.0K B 99.99 160.87
22.0K B 91.60 147.46

Ahad, 20 Disember 2009

Memaksimakan Keuntungan

Salam kepada semua pelawat-pelawat yang sudi melawat ke blog ini. Tentu sekali keuntungan adalah tujuan utama bagi seseorang pelabur. Disini saya ingin berkongsi bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan emas. Apakah ciri-ciri yang sepatutnya diberi perhatian oleh pelabur-pelabur emas.

BELI RENDAH, JUAL TINGGI

Sudah tentu beli rendah, jual tinggi menguntungkan, jika sebaliknya anda mengalami kerugian, jadi bagaimana mengetahui bila harga rendah dan bila pula harga tinggi. Untuk itu seorang pelabur hendaklah selalu melihat naik turun harga semasa melalui Kitco.com

HARGA TAWARAN YANG RENDAH

Setiap syarikat/pengeluar/bank menawarkan harga jualan/belian masing-masing. Harga yang ditawarkan tidak sama diantara satu syarikat/pengeluar/bank dengan syarikat/pengeluar/bank yang lain. Dengan memilih harga pembelian yang rendah, bermakna anda anda mendapat jumlah gram yang lebih dengan modal yang sama. Lihat perbandingan harga tawaran dibawah.

Emas pelaburan dari kedai-kedai emas. Anda boleh melihat Pamp Suisse, Lady Fortuna, Bunga Raya Gold Bar dari kedai-kedai emas. Kedai-kedai menawarkan harga sebagaimana yang disarankan oleh Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia atau singkatannya FGJAM. Apa yang kurang menarik dengan emas pelaburan dari kedai-kedai emas ialah harga belian balik yang rendah ialah sebanyak 12% - 15%. Diantara kedai-kedai emas yang terkenal seperti:

- Habib Jewel
- Tomei
- Poh Kong
- Poh Yin

Harga tawaran terkini fgjam ialah:
999 Gold : RM146.00g
916 Gold : RM138.00g
Last updated on 19 Dec 2009.

Harga Emirates Gold dari Nubex
20g - RM2696.40 / RM2534.62
50g - RM6615.00 / RM6350.40

Harga Gold Bar dari Public Gold
20g - RM2718 / RM2555
50g - RM6763 / RM6391
100g - RM13462 / RM12789
(Last updated 20/12/09 4:15 PM)

Harga Kijang Emas coins dari Maybank
1oz - RM4064 / RM3821
1/2oz - RM2071 / RM1911
1/4oz - RM1055/ RM955

Harga Gold Coins dari UOB
1oz - RM4055 / RM3970
1/2oz - RM2082 / RM2008
1/4oz - RM1066 / RM1016

Gold Bar yang terendah ialah Emirates Gold 50g, iaitu RM132.30 segram dibandingkan dengan PG Gold Bar 50g RM135.26 segram. Bagi Gold Coin pula UOB 1oz, RM130.38 segram berbanding dengan Kijang Emas 1oz RM130.67 segram

PILIH SPREAD YANG RENDAH

Mengapa memilih spread yang rendah. Kerana dengan sedikit sahaja kenaikan harga emas, anda sudah balik modal dan kenaikan seterusnya merupakan keuntungan.

Spread Gold Bar terendah ialah Emirates Gold 50g, iaitu sebanyak 4% berbanding dengan PG Gold Bar 50g sebanyak 5.5%. Untuk Gold Coins pula UOB semua saiz iaitu 1oz, 1/2oz dan 1/4oz dengan spread sebanyak 2.09%, 3.55% dan 4.92% berbanding dengan Kijang Emas 5.97%, 7.72% dan 9.47%.

Semoga entry kali ini dapat memanfaatkan anda........

Khamis, 30 Julai 2009

Bagaimana Memilih Gold Bars

Gold Bars adalah pilihan para pelabur emas, selain dari Gold Coins. Pada umumnya Gold Bars berbentuk empat segi bujur. Gold Bars dihasilkan dari emas tulin dikenali sebagai emas 999.9 atau emas 24K. Berbagai saiz dikeluarkan oleh pihak pengeluar. Diantara Gold Bars yang popular di Malaysia ialah Public Gold Bar dan Pamp Gold Bar.


Mari kita lihat satu persatu


Public Gold Bars

Public Gold Bars dikeluarkan oleh Public Fine Gold International yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Public Gold Bars dikeluarkan dalam empat saiz iaitu 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1 kilogram. Kesemua Gold Bar tersebut dihasilkan dari emas 999.9 atau emas 24K. Dibawah adalah harga belian dan jualan balik pada 29/07/2009 diambil pada jam 7.35pm. Kalau tidak silap saya, harganya di update setiap 10 minit, setiap hari. Untuk memudahkan saya memasukkan spread dan peratusan spreadnya.


Public Fine Gold International

Public Gold

Selling

Buying

Spread

%

20 gram

2,270

2,145

125

5.50

50 gram

5,650

5,339

311

5.50

100 gram

11,246

10,684

562

5.00

29 Julai 2009 @ 7.35pm


Keistimewaan Public Gold Bars

Diantara keistimewaan Public Gold Bars ialah:

- harga yang menasabah

- spread yang rendah

- sesuai untuk di pajak / gadai

- jaminan belian balik dari syarikat walau pun calar atau bengkok

- boleh berurusan jual / beli walau pun selepas waktu pejabat – melalui dealer’s

- harga di update 24 jam sehari

- boleh menjadi dealer


Harga jualan / belian balik serta dealer’s Public Gold boleh dilihat melalui website syarikat.


Pembelian dari luar Pulang Pinang dikenakan transport charge seperti dibawah:

20 gram gold bar - RM10(EM) - RM20(WM)

50 gram gold bar - RM20(EM) - RM40(WM)

100 gram gold bar - RM30(EM) - RM60(WM)

1kg gold bar - RM500(EM) - RM1000(WM)


Pamp Gold Bars - Pamp Suisse


Pamp Gold Bars dikeluarkan di Negara Swiss, Negara pengeluar emas terkemuka. Pamp Gold Bars dihasilkan dari emas 999.9 atau emas 24K. Pamp Gold Bars dipasarkan melalui United Overseas Bank (UOB) terpilih. Berbagai-bagai saiz dikeluarkan, dari 1 gram sehingga 100 gram. Untuk perbandingan dengan Public Gold Bars, saya memilih saiz 20 gram dan 100 gram sahaja.


Dapat dilihat bahawa Pamp Gold Bars 20 gram, lebih tinggi harga jualannya, begitu juga dengan spreadnya. Untuk Pamp Gold Bars 100 gram spreadnya lebih murah, tetapi peratusan spreadnya sama dengan Public Gold Bars. Walau bagaimana pun harga belian, ternyata Public Gold Bars lebih rendah.


United Overseas Bank (UOB)

Pamp Gold

Selling

Buying

Spread

%

20 gram

2,335

2,199

136

5.82

100 gram

11.525

10.995

530

5.00

29 Julai 2009


Kekurangan Pamp Gold Bars

Diantara kekurangan-kekurangannya ialah:

- harga jualan lebih tinggi

- spread untuk 20 gram lebih tinggi

- tidak sesuai untuk dipajak / gadai


Pamp Gold Bars dibungkus dengan plastik keras dan di seal. Jika pembungkusnya dibuka pihak OUB tidak akan membeli balik Pamp Gold Bars tersebut. Oleh itu sila pastikan pembungkusnya tidak dibuka dan resit pembelian disimpan dengan baik.


Harga jualan dan belian balik boleh dilihat dari website OUB. Untuk makluman Pamp Suisse Gold Bars juga boleh didapati dari kedai-kedai emas terkemuka seperti Habib Jewel. Walau bagaimana pun Habib Jewel menggunakan harga jualan dan belian baliknya sendiri. Apa yang saya difahamkan Habib Jewel menggunakan harga yang digunakan oleh kedai-kedai emas yang boleh dilihat melalui website ini – fgjam – harganya lebih tinggi.


Nota: Untuk ujian ketulinan dan timbangan berat, pihak ar-rahnu meminta supaya pembungkus emas tersebut dibuka untuk tujuan memajak.