Sabtu, 23 Mei 2009

Yang Mana Satu.. Idaman Kalbu..

Yang Mana Satu..... Idaman Kalbu.....


Sepotong lirik lagu dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Lirik dan lagu-lagu beliau dikatakan mendahului zamannya, disebabkan itulah lagu-lagu beliau masih sedap didengar sehingga sekarang.


Begitu juga dengan emas, dari dulu sehingga sekarang, emas masih mempunyai nilai yang tinggi. Logam bernilai ciptaan Tuhan Yang Maha Pencipta, untuk umat manusia.


Didalam catatan saya yang lepas tentang spread, dapat dilihat bahawa Syiling Kijang Emas dan Syiling Maple Leaf, Australian Nugget dan Singapore Lion adalah diantara emas yang spreadnya rendah. Memilih spread yang rendah boleh memaksimakan keuntungan.


Syiling Maple Leaf adalah lebih rendah spreadnya berbanding Syiling Kijang Emas. Jika anda seorang penyimpan (collector), sudah pasti akan memilih Maple Leaf. Beli, simpan dan tunggu harga naik dan jual untuk mendapat untong. Bagi seorang pelabur pula, kedua-duanya menjadi pilihan.


Mengapa begitu? Sebabnya kedua-dua syiling emas ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.


Kelebihan:

Syiling Kijang Emas:

- Boleh dipajak jika memerlukan wang sementara

- Boleh dipajak bila harga rendah dan hasil pajakan digunakan untuk membeli Syiling Maple Leaf

- Bayar ansoran bulanan dan upah simpan, seolah-olah membeli secara ansoran


Syiling Maple Leaf:

- Spread yang rendah


Kekurangan:

Syiling Kijang Emas:

- Spread tinggi


Syiling Maple Leaf:

- Tidak boleh dipajak - OUB tidak akan menerima kembali Syiling Maple Leaf jika sekiranya pembungkusannya dibuka atau risit pembeliannya hilang.


Maklumat tambahan:

- Harga jualan, belian dan spread yang sama bagi Maple Leaf, Australian Nugget dan Singapore Lion

- Catatan diatas hanya sebagai contoh, anda boleh gunakan Public Gold Bar atau emas-emas lain, untuk dipajak dan hasil pajakan digunakan untuk membeli Syiling Emas dari OUB

- Pilih Ar-Rahnu yang memberi margin pinjaman yang tinggi dan upah simpan yang rendah

- Pajak ketika harga rendah – bayaran balik dan upah simpan murah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan