Isnin, 7 Disember 2009

Ar-Rahnu Tak Terima Gold Dinar/Coin/Bar

Kesah Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Agro Bank diperkatakan semula, termasuk pada chatbox blog otai emas Jutawanemas.com. Perkara yang sama telah diperkatakan bermula dari bulan ramadan yang lepas. Ketika itu juga kes Etika Emas timbul. Apakah kes Etika Emas adalah penyebab kepada Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank tidak menerima urusan pajakan dinar/coin/bar... itu tidak pasti.... dalam pada itu ada cawangan yang menerima dan ada yang tidak... mengapa tidak seragam....

Jika pajakan gold bar tidak diterima, bolehlah diandaikan kes Etika Emas sebagai penyebabnya. Ini adalah kerana Etika Emas menggunakan gold bar dalam urusan pajakan mereka. Jika begitu mengapa dinar dan coin juga terbabit...

Sekarang ini kesah ini timbul kembali, diantara ar-rahnu yang terlibat ialah:
- Ar-Rahnu Bank Rakyat
- Ar-Rahnu Agro Bank
- Ar-Rahnu Exchange
- Ar-Rahnu Yapeim

Apa yang dapat diperkatakan ialah ketiga-tiga ar-rahnu diatas tidak dapat berfungsi sebagai yang sepatutnya - sistem pajakan secara Islam (Ar-Rahnu)

Ada yang berkata, kita berbalik kepada kedai pajak Ah Chong... sabar dulu, masih ada lagi ar-rahnu yang boleh kita buat pilihan. Mungkin kita sudah mula melupai dimana kita membeli Dinar Kelantan semenjak kenaikan spreadnya tidak lama dulu. Bukan sahaja jual beli Dinar Kelantan sahaja boleh dibuat melalui Ar-Rahn PKB, urusan pajakan juga boleh dibuat.

Bagi mereka yang memerlukan wang sementara, masih ada ar-rahnu yang masih menerima emas anda...
- Ar-Rahn PKB
- Ar-Rahnu Kotani
- Ar-rahnu Koop Unikeb

2 ulasan:

  1. salam,
    Berkenaan perkara diatas, sblm mana2 pihak nyatakan "ketiga-tiga ar-rahnu diatas tidak dapat berfungsi sebagai yang sepatutnya - sistem pajakan secara Islam". Pihak berkenaan perlu selidik dahulu dan cuba berada di pihak arrahnu. Apa kesan yang akan diterima oleh ar rahnu arrahnu. Tidak hanya berfikir di pihak penggadai saja, tidak di pihak ar rahnu. Seperti mana kita ketahui, kes etika emas timbul menjadi isu di kalangan yang berkaitan dengan emas dan kes etika emas ini menjadi salah satu kes pihak berkuasa.
    Di sini saya ingin terangkan kesan yang diterima pihak arrahnu terlibat, antaranya: bila sesuatu kes berlaku cthnya kes etika emas. Sekiranya pihak arrahnu menerima etika emas, dan kes itu menjadi kes polis. Besar kemungkinan barang gadaian akan manjadi barang kes, dan secara tidak langsung pihak arrahnu terlibat sama dalam kes ini. Dari terlibat sama dalam menerima barang gadaian tersebut, baik pihak arrahnu memberhentikan buat SEMENTARA waktu dari menerima barang tersebut. Dan bukanya tidak akan menerima, cuma menunggu kes selesai.
    Akan tetapi, di arrahnu yapeim masih menerima gold bar selain dari etika emas. Dengan syarat ada resit dan sijil gold bar sebagai bukti pembelian gold bar tersebut.
    Walaupun artikel boleh dikatakan lama, akan tetapi kebenaran untuk penkongsian maklumat untuk semua adalah perlu saya ceritakan di sini.

    BalasPadam
  2. I like Dinar.and its revaluation of currency.
    Dinar

    BalasPadam