Sabtu, 23 Januari 2010

Harga Emas Jatuh - Pro dan Kontra

Harga emas sedang menurun...... apa perlu dibuat. Lumrah kepada setiap manusia, ada yang cemas dan ada yang gembira dengan penurunan harga emas. Emas yang terkumpul sudah berkilo-kilo, mana tak cemas dengan penurunan harga emas..... ia tak? Ada yang baru sahaja membeli emas bulan lepas, tiba-tiba harga menurun pula, tentu terlintas didalam fikiran bila boleh buat untung......

Berlainan pula dengan mereka yang sedang berura-ura untuk membeli emas. Membeli emas dengan harga rendah adalah target utama mereka.

Kita semua sedia maklum bahawa emas adalah komoditi yang didagangkan dipasaran antarabangsa. Sebagai komoditi ia tertakluk kepada permintaan dan penawaran, jadi sudah tentu akan berlaku kenaikan dan penurunan harga pasaran.

Pelabur kebiasaannya mengambil kesempatan dari penurunan harga emas untuk menambah emas dalam simpanan mereka. Bagi mereka yang ada emas dalam simpanan, inilah masa untuk gunakan emas tersebut bagi menambah simpanan yang sedia ada. Bawa emas tersebut ke ar-rahnu yang berdekatan dan pajak. Hasil pajakan (65% dari nilai marhun) digunakan untuk membeli emas tambahan.

Sejauh mana harga emas akan turun dan berapa lama ia akan naik semula. Inilah diantara fenomena yang berada dalam fikiran seorang pelabur.

Apa yang penting, simpan emas dapat protect dari kejatuhan nilai ringgit.

Fakta dari Bank Negara Malaysia:
Kijang Emas 1oz (18/07/2001) - RM1082 - RM35.79/g
Kijang Emas 1oz (22/01/2010) - RM3929 - RM126.33/g

1 ulasan: