Isnin, 1 Februari 2010

Kijang Emas Gold Coins

Kijang Emas Gold Coins dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Syiling emas dengan ketulinan 999(24K) ini dicetak oleh The Royal Mint of Malaysia. Kijang Emas Gold Coins diedarkan melalui Maybank terbesar disetiap negeri. Gambar kijang diabadikan dibahagian dihadapan dan gambar bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia dibahagian belakang syiling.

Kijang Emas Gold Coins boleh diperolihi dalam tiga saiz, iaitu 1oz, 1/2oz dan 1/4oz. Specifikasi syiling Kijang Emas adalah seperti dibawah:


Kijang Emas 1oz
Face value: RM200
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 31.105g
Diameter: 37.00 mm


Kijang Emas 1/2oz
Face value: RM100
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 15.550g
Diameter: 28.00 mm


Kijang Emas 1/4oz
Face value: RM50
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 7.780g
Diameter: 22.00 mm

Harga pasaran boleh dilihat melalui web BNM atau web Maybank. Harga pasaran dikemaskini setiap hari. Harga pasaran hari ini 2/2/2010 adalah seperti berikut:

1oz - RM4005 / RM3849
1/2oz - RM2041 / RM1924
1/4oz - RM1039 / RM962

Dari harga diatas dapat dilihat bahawa harga setiap gram bagi saiz besar adalah lebih rendah.

1oz - RM4005 - RM128.78/g
1/2oz - RM2041 - RM131.25/g
1/4oz - RM1039 - RM133.63/g

Spread (perbezaan harga jual/beli) bagi saiz besar adalah lebih rendah peratusannya.

1oz - RM4005 / RM3849 - RM156(3.90%)
1/2oz - RM2041 / RM1924 - RM117(5.73%)
1/4oz - RM1039 / RM962 - RM77(7.41%)

Walau apa pun pilihan anda, menyimpan emas untuk jangkamasa panjang menguntungkan.

1 ulasan: