Rabu, 22 Disember 2010

Dividen ASB vs Kenaikan Nilai Emas

Dividen dan bonus ASB untuk tahun berakhir 31 Disember 2010, telah diumumkan. Dividen sebanyak 7.5% dan bonus sebanyak 1.25%. Dividen dikira keatas simpan selama setahun dan bonus dikira keatas simpanan selama 10 tahun.

Jika anda mula melabur 10 tahun dahulu, sekarang adalah kali yang ke-sepuluh bakal menerima dividen dan bonus penuh, dividen 7.5% dan bonus 1.25%. Jika ini adalah kali yang pertama dan anda bermula dari Januari lepas, kelayakan anda ialah 7.5% dividen dan 0.125% bonus untuk setahun.

Katakan anda adalah pelabur yang melabur semenjak 10 tahun dahulu. Anda akan menerima pulangan sebanyak 7.5% + 1.25% = 8.75%. Jika anda bermula Januari lepas, pulangan yang bakal diperolihi ialah 7.5% + 0.125% = 7.625%.

Bagaimana pula dengan kenaikan harga emas. Untuk memudahkan mari kila lihat statistik Kijang Emas dari BNM.

Katakan anda membeli Kijang Emas pada 4/1/2010. Nilai Kijang Emas 1oz ketika itu ialah RM3902.
Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
4/1/2010 3,902 3,669 1,989 1,834 1,013 917

Nilai Kijang Emas 1oz pada 22/12/210 ialah RM4613
Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
2010-12-22 4,613 4,432 2,350 2,216 1,197 1,108

Dari statistik diatas dapat dilihat bahawa peningkatan harga dari RM3902 kepada RM4613. Meningkat sebanyak RM711 atau peningkatan sebanyak 18.22%. Lebih dari 2 kali ganda keuntungan berbanding ASB. Walau bagaimana pun harga emas bergantung kepada pasaran emas semasa.

Dari sudut mudah tunai / kecairan, ASB lebih mudah tunai berbanding emas, tetapi adalah lebih baik jika anda pelbagaikan pelaburan anda dalam kedua-duanya. ASB jika terdesak memerlukan wang sementara, emas untuk memaksimakan keuntungan.

Salah satu caranya, gunakan dividen ASB untuk membeli emas.

Sabtu, 18 Disember 2010

Carta Emas Menurun Menjelang Krismas
















Carta emas menurun kepada USD1376.20 pada 17/12/2010.
Carta tertinggi USD1379.80
Carta terendah USD1365.80

Rekod carta emas tertinggi ditunjukkan dalam catatan saya sebelum ini.

Ambil kesempatan untuk membeli / menambah aset ketika harga rendah.

Isnin, 6 Disember 2010

Rekod Tertinggi Terbaru Carta Emas
















Carta emas membuat rekod tertinggi terbaru pada 6/12/2010. Butir-butir pencapaian terbaru adalah seperti dibawah:

Tarikh: 6/12/2010
Tertinggi: USD1428.20
Terendah: USD1410.00
Penutup: USD1424.70

Rekod tertinggi sebelum ini dibuat pada 9/11/2010. Pencapaiannya sebagaimana dibawah:

Tarikh: 9/11/2010
Tertinggi: USD1425.30
Terendah: USD1383.70
Penutup: USD1393.90

Kemana arah carta emas seterusnya..... sama-sama kita tunggu. Walau bagaimanapun sehingga saat ini jam 4.00pm (8/12/2010), carta menunjukkan sedikit penurunan, carta sekarang USD1423.40

Bila pula rekod terbaru selepas ini.