Jumaat, 13 Januari 2012

Emas Sepanjang Tahun 2011


Harga emas pada awal tahun bermula dengan USD1388.50/oz pada 4/1/2011. Turun kepada USD1319.00/oz pada 28/1/2011, merupakan rekod terendah pada tahun 2011.

Dari saat itu harga emas mendaki semula disamping penurunan kecil sehingga mencatatkan rekod tertinggi USD1895.00/oz pada 5 dan 6/9/2011. Sejauh ini kenaikan harga ialah sebanyak USD506.50 (USD1895.00 - USD1388.50), bersamaan dengan 36.47%.

Diperhatikan bahawa harga mula melonjak dengan drastik dari awal bulan Ogos sehingga mencipta rekod tertinggi pada awal September. Lumrah alam, setiap yang naik pasti akan turun..... penurunan yang drastik juga berlaku pada penghujung bulan September. Walau bagaimana pun harga naik semula sehingga awal bulan November dan turun semula sehingga 29/12/2011 dengan harga penutup USD1531.00/oz.

Kenaikan harga emas sepanjang tahun ialah sebanyak USD1531.00 - USD1388.50 = USD142.50, bersamaan 10.26%.

Nota: Data-data diambil dan boleh dilihat dari KITCO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan