Jumaat, 15 Mei 2009

Gold Coins

Gold Coins atau Syiling Emas sudah tidak asing lagi bagi peminat dan pengumpul emas (gold collector). Bagi peminat dan pengumpul emas sudah tentu akan memilih corak (design) yang berbagai- bagai untuk koleksi mereka dan jika harga juga menarik, ia akan menujadi bonus kepada mereka.

Bagi pelabur emas pula, harga yang menarik menjadi pilihan utama untuk memaksimakan keuntungan.

Bagaimana pula dengan anda?
Walau apapun pilihan anda, menyimpan emas menguntongkan untuk jangka masa panjang. Rancang pelaburan anda untuk jangka masa 10 tahun atau 20 tahun akan datang. Emas akan menjadi asset anda apabila bersara nanti.

Mengapa pula dengan emas?
Kerana emas boleh diperolihi dengan cara pembelian sedikit-sedikit mengikut kemampuan anda. Cuma tukarkan simpanan anda dari menyimpan ringgit kepada menyimpan emas.

Berapa nilai syiling emas sekarang?
Nilai syiling emas atau gold coins bergantong kepada nilai semasa emas. Harga emas semasa boleh dilihat di carta Kitco.


Betulke syiling emas diperbuat dari pure gold?
Syiling emas atau gold coins diperbuat dari emas tulin atau pure gold. Ia juga dikenali dengan emas 24 karat atau emas 999. Angka-angka tersebut menunjukkan ketulinannya.

Syiling emas ada berapa saiz? Yang mana satu nak pilih?
Syiling emas terdapat dalam saiz 1oz, 1/2oz dan 1/4oz. Satu ounce merujuk kepada 31.1 gram. Kebiasaannya saiz 1oz lebih menjimatkan. Saiz yang kecil lebih mahal dibandingkan dengan saiz besar. Dari perbezaan spread dibawah, saiz 1oz lebih menguntongkan.

Kijang Emas (Maybank)

Selling

Buying

Spread

1 oz Kijang Emas

3459

3349

110

½ oz Kijang Emas

1762

1675

87

¼ oz Kijang Emas

897

837

60

Last update : 15-May-09 at 1:59:16 PM

Syiling emas yang mana lebih menguntongkan?
Ia bergantung kepada harga pengeluar dan nilai semasa emas. Mari kita lihat perbandingan diantara Syiling Kijang Emas dan Syiling keluaran OUB. Harga syiling OUB lebih rendah berbanding syiling Kijang Emas, begitu juga dengan spread cuma RM85 berbanding RM110 bagi Kijang Emas.


Gold Coins (OUB)

Selling

Buying

Spread

1oz Maple Leaf (coin)

3415

3330

85

1oz Australian Nugget (coin)

3415

3330

85

1oz Singapore Lion (coin)

3415

3330

85

Last updated 15/05/2009 09:30


Diharap catatan diatas dapat membantu anda untuk membuat pilihan.

3 ulasan:

  1. OUB ok jugak dia punya spread ek..leh cuba servey kat AS kedah ada ke tak..Murah gi dibandingkan ngan kijang mas..tapi, OUB maple leaf ni ada kekurangan len tak bro?macam susah nak gadai ke?hehe..yang tau ni produk panas ja..hehe..

    BalasPadam
  2. Salam UOB tak boleh beli dgn cc & kena simpan resit tapi Kijang emas boleh beli dgn cc & tak perlu resit

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada kedua-dua sahabatku Semezer dan Fadil diatas komen anda berdua.

    Kedua-dua syiling emas diatas mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Maple Leaf harga dan spread rendah, beli dan simpan buat jeruk... bila cukup matang, jual untuk ambil untong. Resit pembelian tak boleh hilang dan pembungkus / pakaging tak boleh dibuka, OUB tidak akan membeli balik jika kedua-dua ini tidak dipatuhi... fuh..

    Kijang Emas boleh beli dengan CC, sesuai untuk ar-rahn bila harga rendah atau nak guna wang sementara atau nak tambah pelaburan.

    Maple Leaf sesuai bagi seorang penyimpan (collector) dan Kijang Emas sesuai bagi seorang pelabur (investor)

    BalasPadam