Isnin, 18 Mei 2009

Menyimpan Syiling Emas

Berbaloi ke menyimpan Syiling Emas? Persoalan ini sering berada dalam pemikiran sebilangan diantara kita, terutamanya bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan Syiling Emas. Persoalan yang sama juga berada dalam pemikiran saya ketika mula-mula dulu. Perasaan ingin tahu membuatkan saya mencari maklumat-maklumat tentang emas.


Media elektronik menjadi pilihan saya, web dan blog berkenaan dengan emas saya jelajahi, pakcik google banyak membantu saya…fuuh… jimat kos…


Sila lihat carta ini. Bila inflasi meningkat, nilai ringgit akan menyusut dan nilai emas akan naik.















Carta peningkatan harga emas dalam tempuh 10 tahun















Lihat fakta ini:

Harga Kijang Emas 1oz pada 18/072001 ialah RM1,082 / RM1,041

Harga Kijang Emas 1oz pada 15/05/2009 ialah RM3,459 / RM3,349


Peningkatan sebanyak RM2,267 bersamaan 209.52% kurang dari 9 tahun.

Purata 23.28% setahun.


Lihat perbandingan ini:

Emas: 23.28% setahun

ASB: 14% - 8.75% setahun


















Bagaimana penilaian anda sekarang? Simpan ringgit atau emas? Tepuk dada, tanya poket…

2 ulasan:

  1. salam.. nak tanya kalu simpan dinar mas.. kalu kita nak pakai cash senang ke kalu nak tukar atau ade cara investment lain nak cairkan pelaburan mas tu???

    BalasPadam
  2. w/salam Ojah... tak ada masalah, cuma berurusan dengan institusi yang berjual beli emas / dinar.. mithalnya Dinarkel, Maybank, OUB atau dealer Public Gold.. cuba bawa emas / dinar dan jual semula untuk dapatkan ringgit

    BalasPadam