Emas didagangkan dipasaran antarabangsa. Ini adalah kerana emas
adalah salah satu barang komoditi. Naik turun harga emas adalah
bergantong kepada permintaan dan penawaran. Pertukaran wang asing
diantara dollar Amerika USD dengan ringgit juga mempengaruhi harga
emas.
Harga emas semasa boleh dilihat di Kitco.com. Harga emas kitco
adalah untuk 1oz emas. Untuk mengetahui harga emas didalam gram,
ambil harga kitco dan dibahagikan dengan 31.1. Ini adalah kerana 1oz
bersamaan dengan 31.1gram. Sekarang kita sudah mendapat harga
untuk 1gram emas, tetapi didalam USD. Untuk mendapatkan harga
dalam ringgit, harga USD didarabkan dengan tukaran wang USD / ringgit.
Ikut step ini:
- ambil harga emas kitco <-- harga kitco didalam oz
- dibahagikan dengan 31.1 <-- 1oz bersamaan 31.1gram
- darabkan dengan tukaran wang USD / ringgit
contoh:
- harga emas kitco – USD952.80
- 952.80 / 31.1 = 30.6366
- 30.6366 x 3.5840 = 109.80 <-- harga dalam ringgit
SellingBuying 1US Dollar RM3.5840 RM3.4300 <-- tukarang wang asing
Atau pun;
-ambil harga emas kitco
- dibahagikan dengan 31.1gram
- guna currency converter - masukkan harga USD 1gram, connvert ke
MYR
Dengan mengetahui harga emas dalam gram, dapatlah kita
membandingkan harga emas dari kedai-kedai emas, pengusaha-
pengusaha emas dan bank-bank yang berjual beli emas.
Kebiasaannya kedai-kedai emas terkemuka menggunakan harga
emas dari (FGJAM) - Federation of Goldsmith and Jewelery
Association of Malaysia. Dibawah ini disenaraikan nama-nama
pengusaha / penjual / pembeli emas.
- Pamp Suisse (Habib Jewel) – fgjam
- Bunga Raya Gold Bar (Poh Kong) – fgjam
- Pamp Suisse (Poh Yin) - fgjam
- Kijang Emas 1/4oz, 1/2oz, loz – Maybank
- Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion, Pamp Gold, Pamp
Suisse – OUB
- Public Gold Bar 20gm, 50gm, 100gm, 1kg, Coin 20gm – Public Gold
- Dinar Public 1dinar, 5dinar, 10dinar – Public Dinar
- Dinar Kelantan 1/4dinar, 1/2dinar, 1dinar, 2dinar – Dinar Kelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan