Jumaat, 5 Jun 2009

Spread Dinar Emas Kelantan Naik

Diperhatikan bahawa spread Dinar Emas Kelantan telah naik lebih sekali ganda dari sebelumnya. Kenaikan ini bermula dari 01 Jun 2009. Kenaikan ini berlaku dengan penurunan harga jualan balik yang lebih rendah berbanding sebelumnya. Dengan kenaikan spread ini membuatkan ramai pelabur merasa kecewa, seolah-olah mereka tertipu. Walau pun harga emas sentiasa meningkat dari masa kesemasa, tetapi dengan perbezaan harga jualan / belian balik yang begitu tinggi membuatkan para pelabur terpaksa menyimpan dinar mereka untuk jankamasa yang panjang.


Dinar Emas Kelantan

DINAR

SELLING

BUYING

Spread

%

2 Dinar

953.00

866.00

87

9.13

1 Dimar

483.00

439.00

44

9.11

½ Dinar

247.00

225.00

22

8.91

¼ Dinar

130.00

118.00

12

9.23

Friday, June 05, 2009


Sila lihat perbezaan spread hari ini dan sebelumnya


DINAR

SELLING

BUYING

Spread

Sekarang

Spread

Dahulu

Kenaikan

Spread

2 Dinar

953.00

866.00

87

40

47

1 Dimar

483.00

439.00

44

20

24

½ Dinar

247.00

225.00

22

10

12

¼ Dinar

130.00

118.00

12

5

7


Ini membuatkan Dinar Emas Kelantan tidak lagi menjadi salah satu dinar yang popular. Para peminat dinar akan beralih kepada Dinar Public, kerana spread yang rendah untuk memaksimakan keuntungan. Pandangan peribadi, saya melihat Dinar Emas Kelantan akan mengikut jejak langkah dinar Islamic Gold Dinar (IGD).


Jika benar Permodalan Kelantan Berhad hendak memartabatkan dinar, kenaikan spread atau penurunan harga belian Dinar Emas Kelantan hendaklah dikaji semula.

3 ulasan:

  1. saya pon ada beberapa keping dinar kelantan...tapi tak apa la.......janji kita simpan emas....sebenarnya ini adalah peluang anda untuk menjadi agen public gold..kalau berminat contact pokli 019 3516478

    pokli77.blogspot.com

    BalasPadam
  2. kira tunggu masa jer dinar kelantan nih... ar-rahn pn sama..

    BalasPadam
  3. Trading Pair GOLD with Paragon4x,0.1oz = 10pip

    Profit amat pantas

    www.paragon4x.com

    BalasPadam