Selasa, 7 Julai 2009

AR-RAHNU AGRO BANK

Keseluruhannya pasaran emas jatuh sepanjang bulan Jun 2009. Kejatuhan ini bermula dari 03 Jun 2009 sehingga sekarang. Walau mengalami kejatuhan, tetapi harga emas sekarang masih disekitar RM110/gram.

Harga emas pada hari ini 07 Julai 2009:
Kijang Emas 1oz - RM3,465 / RM3,355 - RM111.41/gram
Maple Leaf 1oz - RM3,428 / RM3,342 - RM110.23/gram
Public Gold 20gram - RM2,256 / RM2,121 - RM112.80/gram
Public Gold 50gram - RM5,613 / RM5,304 - RM112.26/gram
Public Gold 100gram - RM11,174 / RM10,615 - RM111.74/gram


Semasa kejatuhan harga ini mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk membeli emas. Ada yang membeli buat kali pertama dan ada juga yang membeli untuk menambah pelaburan yang sedia ada. Kesempatan ini juga diambil oleh para pelabur untuk memajak emas dalam simpanan dan hasil pajakan itu digunakan untuk membeli emas yang baru sebagai tambahan kepada stok yang sedia ada.

Mari kita lihat kemudahan Ar-Rahnu yang ditawarkan oleh Agro Bank.

SEKIM AR-RAHNU (AGRO BANK)


Bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan iaitu pinjam RM10,000 bayar balik RM10,000. Pinjaman yang diberi hendaklah bercagar. Cagaran yang diambil adalah barang kemas. Barang kemas ini disimpan oleh Bank berdasarkan Al-Wadiah Yad Dhamanah dan dijamin keselamatannya. Barang kemas yang disimpan dikenakan sedikit upah (Al-Ujrah).

Kelayakan

- Terbuka kepada semua individu atau bukan individu warganegara Malaysia.

- Berumur 18 tahun ke atas.


Had Kemudahan/Gadaian

- Maksimum RM50,000 @ RM10,000 / hari

- Minimum RM100


Tempoh Kemudahan/Gadaian

- 6+3+2 bulan (Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan).


Jenis Barang Gadaian

- Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti : Rantai,Subang,Cincin,Gelang tangan dan Gelang kaki,Kerongsang ,Lain-lain

- Emas paun dan emas putih (Platinum) tidak diterima oleh Bank


Kadar Upah Simpan

Margin Pinjaman

Kadar Upah Sebulan

Bagi Setiap RM100 Nilai Marhun

50%

RM0.50

60%

RM0.60

75%

RM0.75


Penebusan Gadaian

- Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang.

* Tertakluk kepada perubahan semasa polisi Bank


Kelebihan Skim Ar-Rahnu

- Pembiayaan mengikut Syariah

- Cepat, mudah dan selamat. Barang kemas dijamin keselamatannya

- Lebih murah berbanding pajak gadai konvensional

- Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh

- Tempoh gadaian lebih lama

- Tiada denda

- Lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada penggadai


Panduan Berurusan


Permohonan

- Isi borang permohonan di kaunter Ar-Rahnu

- 1 salinan kad pengenalan

- Barang kemas yang hendak digadai

- Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera


Pembayaran Secara Beransur

- Bayar terus kepada tella di kaunter dengan hanya mengemukakan Surat Akuan Gadaian

- Kekerapan bayaran tidak terhad


Penebusan Penuh

- Bawa bersama Surat Akuan Gadaian serta bayaran penebusan

- Jika melalui wakil, sila kemukakan Surat Akuan bertulis dan salinan kad pengenalan penggadai


Lanjut Tempoh Gadaian

- Bawa Surat Akuan Gadaian dan bayaran upah simpan


Kehilangan Surat Akuan Gadaian

- Bawa surat Akuan Sumpah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan salinan Surat Akuan Gadaian akan diberikan tanpa caj tambahan


Untuk maklumat lanjut dan cawangan Ar-Rahnu yang berdekatan, sila layari website Ar-Rahnu Agro Bank..


Sumber: AGRO BANK

1 ulasan:

  1. salam perkenalan,
    sama-sama berkongsi ilmu dan mencapai kejayaan memiliki 1kg emas.

    BalasPadam