Memaparkan catatan dengan label Agro Bank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agro Bank. Papar semua catatan

Selasa, 7 Julai 2009

AR-RAHNU AGRO BANK

Keseluruhannya pasaran emas jatuh sepanjang bulan Jun 2009. Kejatuhan ini bermula dari 03 Jun 2009 sehingga sekarang. Walau mengalami kejatuhan, tetapi harga emas sekarang masih disekitar RM110/gram.

Harga emas pada hari ini 07 Julai 2009:
Kijang Emas 1oz - RM3,465 / RM3,355 - RM111.41/gram
Maple Leaf 1oz - RM3,428 / RM3,342 - RM110.23/gram
Public Gold 20gram - RM2,256 / RM2,121 - RM112.80/gram
Public Gold 50gram - RM5,613 / RM5,304 - RM112.26/gram
Public Gold 100gram - RM11,174 / RM10,615 - RM111.74/gram


Semasa kejatuhan harga ini mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk membeli emas. Ada yang membeli buat kali pertama dan ada juga yang membeli untuk menambah pelaburan yang sedia ada. Kesempatan ini juga diambil oleh para pelabur untuk memajak emas dalam simpanan dan hasil pajakan itu digunakan untuk membeli emas yang baru sebagai tambahan kepada stok yang sedia ada.

Mari kita lihat kemudahan Ar-Rahnu yang ditawarkan oleh Agro Bank.

SEKIM AR-RAHNU (AGRO BANK)


Bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan iaitu pinjam RM10,000 bayar balik RM10,000. Pinjaman yang diberi hendaklah bercagar. Cagaran yang diambil adalah barang kemas. Barang kemas ini disimpan oleh Bank berdasarkan Al-Wadiah Yad Dhamanah dan dijamin keselamatannya. Barang kemas yang disimpan dikenakan sedikit upah (Al-Ujrah).

Kelayakan

- Terbuka kepada semua individu atau bukan individu warganegara Malaysia.

- Berumur 18 tahun ke atas.


Had Kemudahan/Gadaian

- Maksimum RM50,000 @ RM10,000 / hari

- Minimum RM100


Tempoh Kemudahan/Gadaian

- 6+3+2 bulan (Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan).


Jenis Barang Gadaian

- Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti : Rantai,Subang,Cincin,Gelang tangan dan Gelang kaki,Kerongsang ,Lain-lain

- Emas paun dan emas putih (Platinum) tidak diterima oleh Bank


Kadar Upah Simpan

Margin Pinjaman

Kadar Upah Sebulan

Bagi Setiap RM100 Nilai Marhun

50%

RM0.50

60%

RM0.60

75%

RM0.75


Penebusan Gadaian

- Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang.

* Tertakluk kepada perubahan semasa polisi Bank


Kelebihan Skim Ar-Rahnu

- Pembiayaan mengikut Syariah

- Cepat, mudah dan selamat. Barang kemas dijamin keselamatannya

- Lebih murah berbanding pajak gadai konvensional

- Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh

- Tempoh gadaian lebih lama

- Tiada denda

- Lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada penggadai


Panduan Berurusan


Permohonan

- Isi borang permohonan di kaunter Ar-Rahnu

- 1 salinan kad pengenalan

- Barang kemas yang hendak digadai

- Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera


Pembayaran Secara Beransur

- Bayar terus kepada tella di kaunter dengan hanya mengemukakan Surat Akuan Gadaian

- Kekerapan bayaran tidak terhad


Penebusan Penuh

- Bawa bersama Surat Akuan Gadaian serta bayaran penebusan

- Jika melalui wakil, sila kemukakan Surat Akuan bertulis dan salinan kad pengenalan penggadai


Lanjut Tempoh Gadaian

- Bawa Surat Akuan Gadaian dan bayaran upah simpan


Kehilangan Surat Akuan Gadaian

- Bawa surat Akuan Sumpah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan salinan Surat Akuan Gadaian akan diberikan tanpa caj tambahan


Untuk maklumat lanjut dan cawangan Ar-Rahnu yang berdekatan, sila layari website Ar-Rahnu Agro Bank..


Sumber: AGRO BANK

Jumaat, 22 Mei 2009

Beli Emas Melalui Pinjaman Peribadi BSN

Bank Simpanan Nasional menawarkan pinjaman peribadi kepada Kakitangan Kerajaan. Katakan anda membuat pinjaman peribadi dengan BSN sebanyak RM5,000 dengan tempuh bayaran balik selama 2 tahun. Anda akan membayar ansoran bulan sebanyak RM224 sebulan dengan kadar faedah 3.75% setahun. Dengan bermodalkan RM5,000, anda boleh mula membeli dan menyimpan 10 keping Dinar Kelantan 1D atau 2 keping gold bar Public Gold 20 gram. Wang lebih dari pembelian dinar / gold bar bolehlah digunakan untuk sebahagian dari pembayaran balik kepada bank.


10pcs Dinar Kelantan 1D = RM468.40 x 10 = RM4,684 (harga pada 20/05/2009)

2pcs gold bar Public Gold = RM2,230.00 x 2 = RM4,460 (harga pada 19/05/2009


Beli dan simpan:

Anda menyimpan selama 2 tahun. Berapa nilai emas / dinar anda 2 tahun akan datang. Statistik harga Kijang Emas dari BNM, purata kenaikan tahunan ialah sebanyak 23%. Andaikan kenaikan harga emas 12% setahun, dan 24% untuk 2 tahun.


10pcs Dinar Kelantan = RM4,684 x 24% = RM1,124.15 + RM4,684 = RM5,808.15

2pcs gold bar Public Gold = RM4,460 x 24% = RM1,070.40 + RM4,460 = RM5,530.40


Bandingkan dengan pembayaran yang anda buat kepada BSN selama dua tahun.


RM5,000 - RM224 x 24 bulan = RM5,376


Mungkin ada diantara anda akan berkata, sikit sangat… tak berbaloi….Saya bersetuju dengan kata-kata anda itu, tetapi harus diingat bahawa jika anda tidak berbuat apa-apa, anda langsung tidak akan ada apa-apa… apakah itu lebih berbaloi…


Setelah pinjaman BSN sudah dijelaskan, emas-emas tersebut adalah milik anda. Hendak dijual tak berbaloi, jadi ambil kesempatan ketika harga emas rendah untuk memajak emas milik anda.


Beli dan pajak:

Anda boleh pajakkan emas anda. Hasil pajakan digunakan untuk membeli emas untuk menambah kepada simpanan yang sedia ada, Pajak ketika harga emas rendah, tak secara langsung bayaran ansoran dan upah simpan akan menjadi rendah.


Pajak dengan Ar-Rahnu Agro Bank

10pcs Dinar Kelantan, pajakkan dengan Ar-Rahnu Agro Bank. Margin pinjaman 60% - 70%, hasil pajakan beli 6pcs Dinar Kelantan. Dinar anda sekarang berjumlah 16pcs. Bayar ansoran pinjaman berserta dengan upah simpan dalam tempuh 6 bulan. Tempuh bayaran yang singkat dapat menjimatkan upah simpan. Agro Bank menawarkan margin pinjaman sehingga 70% dengan upah simpan dan rendah.


Pajakkan 2pcs gold bar Public Gold, katakan nilai marhun ialah RM4,600. Pinjaman 60% - 70% dari nilai marhun ialah RM3,000. Upah simpan RM0.70 setiap RM100 pinjaman = RM21.00 sebulan. Bayar ansoran pinjaman RM500 + RM21 = RM521 sebulan, selama 6 bulan. Hasil pajakan sebanyak RM3,000, anda boleh membeli emas tambahan, samada 1pc gold bar atau 6pcs dinar kelantan.


Untuk memajak dengan nilai marhun yang lebih besar dan tempuh bayaran yang lebih panjang, Ar-Rahnu Bank Rakyat menjadi pilihan. Margin pinjaman sehingga 65% dan upah simpan RM0.75 setiap RM100 pinjaman.


Catatan Berkaitan:

Pembiayaan Peribadi - BSN
Manafaatkan Emas Dalam Simpanan