Memaparkan catatan dengan label BSN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BSN. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mei 2009

Beli Emas Melalui Pinjaman Peribadi BSN

Bank Simpanan Nasional menawarkan pinjaman peribadi kepada Kakitangan Kerajaan. Katakan anda membuat pinjaman peribadi dengan BSN sebanyak RM5,000 dengan tempuh bayaran balik selama 2 tahun. Anda akan membayar ansoran bulan sebanyak RM224 sebulan dengan kadar faedah 3.75% setahun. Dengan bermodalkan RM5,000, anda boleh mula membeli dan menyimpan 10 keping Dinar Kelantan 1D atau 2 keping gold bar Public Gold 20 gram. Wang lebih dari pembelian dinar / gold bar bolehlah digunakan untuk sebahagian dari pembayaran balik kepada bank.


10pcs Dinar Kelantan 1D = RM468.40 x 10 = RM4,684 (harga pada 20/05/2009)

2pcs gold bar Public Gold = RM2,230.00 x 2 = RM4,460 (harga pada 19/05/2009


Beli dan simpan:

Anda menyimpan selama 2 tahun. Berapa nilai emas / dinar anda 2 tahun akan datang. Statistik harga Kijang Emas dari BNM, purata kenaikan tahunan ialah sebanyak 23%. Andaikan kenaikan harga emas 12% setahun, dan 24% untuk 2 tahun.


10pcs Dinar Kelantan = RM4,684 x 24% = RM1,124.15 + RM4,684 = RM5,808.15

2pcs gold bar Public Gold = RM4,460 x 24% = RM1,070.40 + RM4,460 = RM5,530.40


Bandingkan dengan pembayaran yang anda buat kepada BSN selama dua tahun.


RM5,000 - RM224 x 24 bulan = RM5,376


Mungkin ada diantara anda akan berkata, sikit sangat… tak berbaloi….Saya bersetuju dengan kata-kata anda itu, tetapi harus diingat bahawa jika anda tidak berbuat apa-apa, anda langsung tidak akan ada apa-apa… apakah itu lebih berbaloi…


Setelah pinjaman BSN sudah dijelaskan, emas-emas tersebut adalah milik anda. Hendak dijual tak berbaloi, jadi ambil kesempatan ketika harga emas rendah untuk memajak emas milik anda.


Beli dan pajak:

Anda boleh pajakkan emas anda. Hasil pajakan digunakan untuk membeli emas untuk menambah kepada simpanan yang sedia ada, Pajak ketika harga emas rendah, tak secara langsung bayaran ansoran dan upah simpan akan menjadi rendah.


Pajak dengan Ar-Rahnu Agro Bank

10pcs Dinar Kelantan, pajakkan dengan Ar-Rahnu Agro Bank. Margin pinjaman 60% - 70%, hasil pajakan beli 6pcs Dinar Kelantan. Dinar anda sekarang berjumlah 16pcs. Bayar ansoran pinjaman berserta dengan upah simpan dalam tempuh 6 bulan. Tempuh bayaran yang singkat dapat menjimatkan upah simpan. Agro Bank menawarkan margin pinjaman sehingga 70% dengan upah simpan dan rendah.


Pajakkan 2pcs gold bar Public Gold, katakan nilai marhun ialah RM4,600. Pinjaman 60% - 70% dari nilai marhun ialah RM3,000. Upah simpan RM0.70 setiap RM100 pinjaman = RM21.00 sebulan. Bayar ansoran pinjaman RM500 + RM21 = RM521 sebulan, selama 6 bulan. Hasil pajakan sebanyak RM3,000, anda boleh membeli emas tambahan, samada 1pc gold bar atau 6pcs dinar kelantan.


Untuk memajak dengan nilai marhun yang lebih besar dan tempuh bayaran yang lebih panjang, Ar-Rahnu Bank Rakyat menjadi pilihan. Margin pinjaman sehingga 65% dan upah simpan RM0.75 setiap RM100 pinjaman.


Catatan Berkaitan:

Pembiayaan Peribadi - BSN
Manafaatkan Emas Dalam Simpanan

Rabu, 20 Mei 2009

Pembiayaan Peribadi - BSN

PEMBIAYAAN PERIBADI – BSN

Istimewa untuk kakitangan Awam Persekutuan


Syarat:

1 – Berkhidmat sebagai Kakitangan Awam Persekutuan

2 – Berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 58 tahun atau had umur persaraan

3 – Bagi Kakitangan tetap, berkhidmat lebih daripada 6 bulan

4 – Kakitangan kontrak/sementara berkhidmat tidak kurang daripada 12 bulan (dengan penjamin)

5 – Gaji pokok minima RM800.00


Dokumen Sokongan:

1 – Slip gaji asal untuk dua ( 2 ) bulan terakhir

2 – Dua ( 2 ) salinan slip gaji untuk dua ( 2 ) bulan terakhir

3 – Dua ( 2 ) salinan kad pengenalan ( depan dan belakang )

4 – Semua dokumen salinan hendaklah disahkan oleh majikan

5 – Surat Pengesahan Majikan mengandungi maklumat berikut:

- Nama

- No Kad Pengenalan

- Status jawatan

- Tarikh mula berkhidmat

- Tarikh Persaraan

- Pendapatan bulanan


Kadar faedah:

1 – 2 tahun : 3.75%

3 – 5 tahun : 4.74%

6 – 7 tahun: 5,25%

8 – 10 tahun : 5.35%

11 – 15 tahun: 5.45%


Amount pinjaman:

RM5,000 – RM200,000


Jadual Bayaran Ansoran

SPD/SPD 1 SKAP ( PENDAPATAN <>


Amoun

Pembiayaan

(RM)

Tempuh (tahun) / Kadar Keuntungan (Kadar / Tetap)

1

2

3

4

5

3.75%

4.74%

5,000

433

224

159

124

103

10,000

865

448

318

248

207

20,000

1730

896

635

496

413


RM5,000 - RM224 x 24 bulan = RM5,376 (7.52% = 3.76%)

RM10,000 – RM448 x 24 bulan = RM10,752 (7.52% = 3.76%)

RM10,000 – RM318 x 36 bulan = RM11,448 (14.48% = 4.83%)

RM10,000 – RM248 x 48 bulan = RM11,904 (19.04% = 4.76%)

RM10,000 – RM207 x 60 bulan = RM12,420 (24.2% = 4.84%)


Saya lebih tertarik dengan pinjaman untuk tempuh 2 tahun kerana kadar faedah yang rendah. Untuk jumlah pinjaman RM10,000 untuk tempuh 4 tahun lebih menarik. Bagi mereka-mereka yang berminat untuk meminjam dengan jumlah pinjaman yang lebih besar, sila berhubung dengan Bank Simpanan National berhampiran dengan tempat anda.


Anda tahu mengapa saya letakkan catatan berkenaan dengan pinjaman peribadi BSN di blog ini….

Anda memang bijak… bergeliga…. boleh buat batu cincin daa….

Buat modal beli EMASSS…….

Untuk yang tak cukup modal je… yang dah ada modal tak payah… roll je ape yang ade tu…