Jumaat, 21 Ogos 2009

Pengalaman Memajak Dengan Ar-Rahnu Bank Rakyat

Sebelum ini saya cuma membaca dan melihat pengalaman En Syukor Admin Jutawanemas.com dan rakan-rakan blogger yang lain menceritakan pengalaman mereka memajak emas dengan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Sejauh ini saya memang tiada pengalaman memajak emas.

Berbekalkan 10 keping Dinar Kelantan 1 dinar = 10 dinar, saya melangkah masuk ke Ar-Rahnu Bank Rakyat, cawangan Petaling Jaya. Setelah nombor giliran saya dipanggil, saya pun masuk kedalam bilik untuk urusan pejakan, bukan dikaunter bayaran. Setelah memberitahu tujuan saya, 10 keping Dinar Kelantan diuji ketulinan atau purity..... tepat emas 916. Setelah itu 10 keping Dinar Kelantan itu ditimbang untuk menentukan beratnya..... juga tepat 42.5 garam. Untuk makluman anda yang belum tahu, berat 1 dinar bersamaan dengan 4.25 garam, jadi 10 dinar bersamaan dengan 42.5 gram.

Pengalaman menggadai emas Dinar Kelantan ini dibuat pada 15/06/2009 yang lalu. Butir-butir gadaian adalah seperti dibawah:

Tarikh gadaian: 15/06/2009
Tarikh matang: 15/12/2009

Ini adalah tempuh gadaian paling singkat, iaitu selama 6 bulan. Tempuh gadaian ini boleh dilanjutkan 6 bulan lagi dengan syarat, upah simpan yang terdahulu dilangsaikan. Saya memilih tempuh gadaian yang singkat kerana nilai emas atau nilai marhun itu kecil sahaja jumlahnya, lagi pun untuk merasai sendiri pengalaman memajak itu.

Nilai marhun: RM4,957.63
Nilai pinjaman: RM3,200.00

Nilai pinjaman ialah sebanyak 65% dari nilai marhun, jadi nilai pinjaman yang boleh diperolihi ialah sebanyak RM3,222.45. Tetapi saya cuma mengambil sebanyak RM3,200.00 untuk memudahkan pengiraan.

Upah simpanan bulanan: RM37.29
Upah simpan 6 bulan: RM223.71

Upah simpan adalah bergantung kepada nilai marhun iaitu sebanyak RM0.75 sebulan untuk RM100 nilai marhun. Sepatutnya upah simpan sebulan ialah RM37.50 atau RM225.00 untuk 6 bulan, tetapi mungkin kerana nilai marhun tidak cukup RM5,000.00, menyebabkan upah simpan sebulan/6 bulan, kurang dari itu. Saya boleh membayar atau menebusnya sekaligus dalam tempuh 6 bulan, atau membayarnya secara beransur-ansur dalam tempuh yang sama.

Bayaran bulan pertama 26/06/2009: RM1,000.00 + RM19.00 = RM1,019.00
Bayaran bulan kedua 29/07/2009: RM1,000.00 + RM36.00 = RM1,036.00
Bayaran bulan ketiga 21/08/2009: RM1,200.00 + RM26.90 = RM1,226.90

Dengan membayar ansoran selama 3 bulan, saya dapat menebus kembali 10 keping Dinar Kelantan yang dipajakkan dahulu. Upah simpan untuk 3 bulan ialah RM19.00 + RM36.00 + 26.90 = RM81.90. Berapa saya jimat dengan memendekkan tempuh bayaran dari 6 bulan kepada 3 bulan:

RM223.71 - RM81.90 = RM141.81 <--- jimat

Mungkin ini boleh dijadikan salah satu teknik untuk mengurangkan upah simpan.

SELAMAT MENYIMPAN @ MELABUR

1 ulasan:

  1. Salam.. mcm mne nak dapat kan nilai RM19, RM36 dan RM26.9 untuk kira upah?

    BalasPadam