Ahad, 23 Ogos 2009

Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar

Kumpulan Penyelidikan Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam (KUKAPI, UKM) bersama rakan-rakan pengajur lain akan mengadakan SEMINAR ANTARABANGSA PENJANAAN EKONOMI MELALUI TRANSAKSI WANG DINAR 2009.

Seminar ini akan menampilkan para sejarawan ekonomi, pakar ekonomi semasa dan numismatik . Setiap artikel perbincangan boleh menjurus kepada sejarah, teori atau aplikasi semasa atau semuanya sekali iaitu gabungan sejarah, teori dan aplikasi semasa.

Seminar akan diadakan pada masa, tarikh dan tempat seperti dibawah:

Tarikh: 27/8/2009
Masa: 8.00 pagi sehingga 6 petang
Tempat: Auditorium, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Sesiapa yang berminat sila hubungi:
Sekretariat
Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09)
Faculty of Islamic Study
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor
Tel: 03-89215558 Fax no: 03-89215558
Email: sedinar09@gmail.com, salmy1001@yahoo.com

Seramai 30 tokoh-tokoh terkemuka akan membentangkan kertas kerja masing-masing. Sila lihat disini: (Lihat senarai pembentang kertas kerja)

Encik Syukur Hashim Admin Jutawanemas.com juga adalah salah seorang yang akan membentangkan kertas kerjanya "Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia"

PENGENALAN DINAR

Sejak Kerajaan Umawi, mata wang dinar telah mengalami reformasi baru dan ia mempunyai berat standard, iaitu 4.25 gram. Semenjak itu, ekonomi umat Islam berkembang dan mencapai kemajuan. Tradisi penggunaan mata wang ini diteruskan oleh Kerajaan 'Abbassi, Mamluki, Andalusi serta 'Uthmani, dan ia berjaya menyaingi beberapa mata wang emas Eropah. Namun, sejarah moden telah menyaksikan bahawa wang fiat (kertas) akhirnya berjaya menyingkirkan wang dinar apabila ekonomi negara-negara Islam mulai lemah.

Keadaan bertambah parah dengan keadaan ekonomi dunia kini yang tidak menentu. Dollar, iaitu ‘mata wang dunia’ sekarang dengan jelas didapati tidak kompetatif untuk menghadapi kemelut dan krisis ekonomi global semasa. Wang fiat pada masa ini juga, didapati tidak dapat mengembangkan ekonomi sesebuah negara secara sepenuhnya. Ini kerana kedapatan unsur-unsur manipulasi dan pengaruh tidak wajar dalam sistem kewangan tersebut. Keadaan ini telah dialami oleh negaranegara Islam yang sedang membangun.

Oleh itu , pengalaman silam dalam kecemerlangan penggunaan wang dinar boleh dijadikan iktibar dan panduan bagi umat dan negara Islam dewasa ini, khasnya Malaysia, demi menghidupkan semula penggunaan wang dinar bagi menjana ekonomi negara sesuai dengan hasrat murni Kerajaan Malaysia yang ingin menerapkan nilai-nilai ekonomi Islam dalam urusan perdagangan tempatan dan global.

OBJEKTIF

Menyoroti sejarah perkembangan wang dinar sejak awal Islam sehingga zaman ‘Uthmani.
- Menyusuri sejarah kecemerlangan penggunaan mata wang dinar pada zaman Islam dan kejayaannya menembusi mata wang Eropah.
- Mengenal pasti kelemahan dan ketahanan sistem fiat dalam mencari jalan bagi memelihara kekayaan ummah akibat ketidakstabilan sistem mata wang moden, domestik dan global.
- Mengenal pasti bentuk pengaplikasian wang dinar secara sepenuhnya bagi menembusi monopoli wang fiat.
- Mengenal pasti penggunaan wang dinar dalam hubungan perdagangan dalam kalangan negara Islam.
- Menyediakan pelan strategi kepada pihak Kerajaan, bank-bank dan institusi kewangan bagi pengaplikasian semula wang dinar dalam konteks pengembangan ekonomi Malaysia dan negara-negara Islam dengan mengambil kira realiti arkitektur sistem kewangan antarabangsa.
- Menganalisis kerelevanan pengalaman lepas dan bentuk-bentuk panduan yang boleh diguna pakai bagi melaksanakan semula sistem penggunaan wang dinar, dalam konteks pengembangan ekonomi, khasnya sektor perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara Islam lain.

sumber: http://www.pokli.com/

1 ulasan:

  1. salam

    sapa2 nak tingkatkan ILMU emas boleh dapatkan ebook di dalam blog saya

    Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Teknik-teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas Dibongkarkan
    www.pokli.com

    BalasPadam