Salam kepada semua pelawat-pelawat yang sudi melawat ke blog ini. Tentu sekali keuntungan adalah tujuan utama bagi seseorang pelabur. Disini saya ingin berkongsi bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan emas. Apakah ciri-ciri yang sepatutnya diberi perhatian oleh pelabur-pelabur emas.
BELI RENDAH, JUAL TINGGI
Sudah tentu beli rendah, jual tinggi menguntungkan, jika sebaliknya anda mengalami kerugian, jadi bagaimana mengetahui bila harga rendah dan bila pula harga tinggi. Untuk itu seorang pelabur hendaklah selalu melihat naik turun harga semasa melalui Kitco.com
HARGA TAWARAN YANG RENDAH
Setiap syarikat/pengeluar/bank menawarkan harga jualan/belian masing-masing. Harga yang ditawarkan tidak sama diantara satu syarikat/pengeluar/bank dengan syarikat/pengeluar/bank yang lain. Dengan memilih harga pembelian yang rendah, bermakna anda anda mendapat jumlah gram yang lebih dengan modal yang sama. Lihat perbandingan harga tawaran dibawah.
Emas pelaburan dari kedai-kedai emas. Anda boleh melihat Pamp Suisse, Lady Fortuna, Bunga Raya Gold Bar dari kedai-kedai emas. Kedai-kedai menawarkan harga sebagaimana yang disarankan oleh Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia atau singkatannya FGJAM. Apa yang kurang menarik dengan emas pelaburan dari kedai-kedai emas ialah harga belian balik yang rendah ialah sebanyak 12% - 15%. Diantara kedai-kedai emas yang terkenal seperti:
- Habib Jewel
- Tomei
- Poh Kong
- Poh Yin
Harga tawaran terkini fgjam ialah:
999 Gold : RM146.00g
916 Gold : RM138.00g
Last updated on 19 Dec 2009.
Harga Emirates Gold dari Nubex
20g - RM2696.40 / RM2534.62
50g - RM6615.00 / RM6350.40
Harga Gold Bar dari Public Gold
20g - RM2718 / RM2555
50g - RM6763 / RM6391
100g - RM13462 / RM12789
(Last updated 20/12/09 4:15 PM)
Harga Kijang Emas coins dari Maybank
1oz - RM4064 / RM3821
1/2oz - RM2071 / RM1911
1/4oz - RM1055/ RM955
Harga Gold Coins dari UOB
1oz - RM4055 / RM3970
1/2oz - RM2082 / RM2008
1/4oz - RM1066 / RM1016
Gold Bar yang terendah ialah Emirates Gold 50g, iaitu RM132.30 segram dibandingkan dengan PG Gold Bar 50g RM135.26 segram. Bagi Gold Coin pula UOB 1oz, RM130.38 segram berbanding dengan Kijang Emas 1oz RM130.67 segram
PILIH SPREAD YANG RENDAH
Mengapa memilih spread yang rendah. Kerana dengan sedikit sahaja kenaikan harga emas, anda sudah balik modal dan kenaikan seterusnya merupakan keuntungan.
Spread Gold Bar terendah ialah Emirates Gold 50g, iaitu sebanyak 4% berbanding dengan PG Gold Bar 50g sebanyak 5.5%. Untuk Gold Coins pula UOB semua saiz iaitu 1oz, 1/2oz dan 1/4oz dengan spread sebanyak 2.09%, 3.55% dan 4.92% berbanding dengan Kijang Emas 5.97%, 7.72% dan 9.47%.
Semoga entry kali ini dapat memanfaatkan anda........
Kenapa perlu simpan emas dan dinar? - Ia merupakan wang sunnah - Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value) - Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) - Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) - Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Ahad, 20 Disember 2009
Rabu, 9 Disember 2009
Kijang Emas 2009
Syiling Kijang Emas sudah tidak asing lagi kepada peminat-peminat emas, samada pengumpul atau pelabur emas. Syiling Kijang Emas merupakan 'hot item' disamping Syiling Maple Leaf dari UOBank.
Naik turun harga merupakan lumrah bagi komoditi, tidak terkecuali kepada emas. Ketika saya membuat catatan ini harga emas turun kepada USD1133.80 dimana sebelum ini catatan tertinggi USD1226.90 dibuat pada 03/12/2009.
Walau bagaimanapun samada pengumpul atau pelabur Syiling Kijang Emas, ianya tidak mengecewakan. Mari kita lihat catatan sepanjang tahun 2009.
2/1/2009 - RM3239 / RM3137 - harga awal tahun
15/1/2009 - RM3085 / RM2987 - harga terendah
23/2/2009 - RM3885 / RM3731 - harga tertinggi Februari
7/4/2009 - RM3306 / RM3200 - harga terendah April
3/12/2009 - RM4292 / RM4037 - harga tertinggi Disember
10/12/2009 - RM4009 / RM3771 - harga hari ini
Anda seorang penggemar/penyimpan/pengumpul membeli pada awal tahun dengan harga RM3239 dan menyimpannya sehingga hari ini..... kenaikan nilai Syiling Kijang Emas anda ialah sebanyak RM4009 - RM3239 = RM770, iaitu kenaikan sebanyak 23.77%.
Sebagai seorang pelabur pula, sudah tentu mempunyai strategi pelaburannya tersendiri, salah satu daripadanya ialah 'buy low, sell high'. Bagi seorang pelabur naik turun harga memberi manafaat baginya untuk meraih keuntungan. Pelabur akan membeli bila harga rendah dan menjual bila harga tinggi.
buy 15/1/2009 - RM3085
sell 23/2/2009 - RM3731
profit : RM3731 - RM3085 = RM646 (20.94%)
buy 7/4/2009 - RM3306
sell 3/12/2009 - RM4037
profit : RM4037 - RM3306 = RM731 (22.11%)
Profit yang dibuat untuk dua kali trading ialah RM646 + RM731 = RM1377. Bagi mereka yang mahir tentang carta, ia amat membantu.
Kesimpulannya, samada anda sebagai pengumpul atau sebagai pelabur, ianya menguntungkan.
Sumber: BNM

Isnin, 7 Disember 2009
Ar-Rahnu Tak Terima Gold Dinar/Coin/Bar
Kesah Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Agro Bank diperkatakan semula, termasuk pada chatbox blog otai emas Jutawanemas.com. Perkara yang sama telah diperkatakan bermula dari bulan ramadan yang lepas. Ketika itu juga kes Etika Emas timbul. Apakah kes Etika Emas adalah penyebab kepada Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank tidak menerima urusan pajakan dinar/coin/bar... itu tidak pasti.... dalam pada itu ada cawangan yang menerima dan ada yang tidak... mengapa tidak seragam....
Jika pajakan gold bar tidak diterima, bolehlah diandaikan kes Etika Emas sebagai penyebabnya. Ini adalah kerana Etika Emas menggunakan gold bar dalam urusan pajakan mereka. Jika begitu mengapa dinar dan coin juga terbabit...
Sekarang ini kesah ini timbul kembali, diantara ar-rahnu yang terlibat ialah:
- Ar-Rahnu Bank Rakyat
- Ar-Rahnu Agro Bank
- Ar-Rahnu Exchange
- Ar-Rahnu Yapeim
Apa yang dapat diperkatakan ialah ketiga-tiga ar-rahnu diatas tidak dapat berfungsi sebagai yang sepatutnya - sistem pajakan secara Islam (Ar-Rahnu)
Ada yang berkata, kita berbalik kepada kedai pajak Ah Chong... sabar dulu, masih ada lagi ar-rahnu yang boleh kita buat pilihan. Mungkin kita sudah mula melupai dimana kita membeli Dinar Kelantan semenjak kenaikan spreadnya tidak lama dulu. Bukan sahaja jual beli Dinar Kelantan sahaja boleh dibuat melalui Ar-Rahn PKB, urusan pajakan juga boleh dibuat.
Bagi mereka yang memerlukan wang sementara, masih ada ar-rahnu yang masih menerima emas anda...
- Ar-Rahn PKB
- Ar-Rahnu Kotani
- Ar-rahnu Koop Unikeb

Langgan:
Catatan (Atom)