Khamis, 7 Januari 2010

Emas - Pilih Spread Rendah

Spread ialah perbezaan harga selling dan buying. Spread juga berbeza-beza jika dibandingkan dengan satu pengeluar dengan pengeluar yang lain walaupun beratnya sama. Sedia maklum bahawa emas bukanlah barang kawalan, sebab itu setiap pengeluar bebas menetapkan harga masing-masing. Oleh itu terpulanglah kepada pelabur memilih emas pilihan mereka.

Mengapa memilih spread rendah???
Jawapannya, spread rendah dapat memaksimakan keuntungan. Sebagai seorang pelabur, tentu sekali menitik beratkan keuntungan. Spread rendah adalah salah satu ciri untuk memaksimakan keuntungan. Cuba kita lihat perbandingan Gold Coins dibawah:

Kijang Emas
1oz - selling RM3984 / buying RM3746 - spread RM238 (5.97%)
1/2 oz - selling RM2030 / buying RM1873 - spread RM157 (7.73%)
1/4 oz - selling RM1034 / buying RM937 - spread RM97 (9.38%)
(last update: 7 Jan 2010)

Maple Leaf
1oz - selling RM3988 / buying RM3903 - spread RM85 (2.13%)
1/2 oz - selling RM2048 / buying RM1974 - spread RM74 (3.61%)
1/4 oz - selling RM1049 / buying RM999 - spread RM50 (4.76%)
(last update: 7 Jan 2010)

Dapat dilihat bahawa spread Kijang Emas 1oz ialah 5.97%, manakala Maple Leaf 2.13%, begitu juga spread 1/2 oz Kijang Emas 7.73% dan Maple Leaf 3.61%, spread Kijang Emas 1/4 oz 9.38% berbanding Maple Leaf 4.76%.

Pelabur mengharapkan kenaikan harga emas untuk mendapat keuntungan. Dengan kenaikan sebanyak 5.97% bermakna pelaburan dengan Kijang Emas baru balik modal, manakala pelaburan dengan Maple Leaf sudah membuat untung sebanyak 5.97% - 2.13% = 3.84%.

Jika kenaikan harga emas sebanyak 15%, pelaburan dengan Kijang Emas memperolihi keuntungan 15% - 5.97% = 9.03%, manakala pelaburan dengan Maple Leaf 15% - 2.13% = 12.87%.

Kesimpulannya, spread rendah dapat memaksimakan keuntungan. Teruskan melabur dengan emas.

Nota: Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion boleh diperolihi dari UOB main branch diseluruh negeri.

3 ulasan:

  1. Saya amat setuju dengan data analisis cdan tersebut & saya akui bahawa pilihan pertama saya ialah emas UOB 1oz sebab spread rendah tak perlu mencari pembeli, sekiranya stok UOB habis barulah saya membeli Kijang Emas.
    Harga kedua2 emas UOB dan Kijang emas setelah dibahagi berat per gram adalah rendah berbanding dengan emas lain.
    Minta izin saya copy analisis tersebut dlm blog saya, terima kasih.

    _________________________________________________________________________
    Blog how to increase your financial mgmt & gold investment
    mfadil
    Email: http://ideabusiness-fadil.blogspot.com/
    Contact: 013-3845811

    BalasPadam
  2. Betul bro Fadil... sedikit sahaja kenaikan harga dah pulang modal, kenaikan seterusnya merupakan untung....

    Premium juga harus diambilkira
    - premium rendah, kurang modal
    - premium rendah, lebih gram boleh dibeli

    Premium UOB Coin 1oz - RM3988 / 31.1g = RM128.23
    Premium Kijang 1oz - RM3984 / 31.1g = RM128.10
    Premium Emirates 20g - RM2755.01 / 20g = RM137.75
    Premium Public Gold 20G - RM2750 / 20g = RM137.50

    BalasPadam
  3. spread kijang emas dah turun...
    20/01/2010
    1oz - RM4046 / RM3887 - spread 159 (3.93%)

    BalasPadam