Khamis, 28 Januari 2010

Mempelbagaikan Koleksi Emas


Ada diantara penggemar/peminat/pengumpul/ pelabur emas yang suka mempelbagaikan koleksi/simpanan/pelaburan mereka. Mereka-mereka ini lebih gemar mengumpul saiz kecil, tetapi tidak kurang juga ada yang mengumpul dari saiz kecil sehingga saiz besar. Berbeza dengan pelabur, rata-rata lebih gemar mengumpul saiz yang besar.

Bagi mereka yang gemar untuk mempelbagaikan koleksi emas, terutamanya emas yang saiz kecil, selain dari emas UOB,Emirates Gold juga terdapat pelbagai saiz, iaitu 1gm, 2.5gm, 5gm, 10gm dan 20gm.

Harga semasa Emirates Gold boleh dilihat dari web pengedar sah Nusantara Bullion Exchange (Nubex). Nubex, sebuah syarikat bumiputra tempatan yang bertanggungjawab mengedar Dinar Muslimdan Emirates Gold.

Harga jualan Emirates Gold pada hari ini 28/01/2010 @ 5.17pm

EG1g - RM185.33 - RM185.33/g
EG2.5g - RM401.54 - RM160.62/g
EG5g - RM710.41 - RM142.08/g
EG10g - RM1348.44 - RM134.84/g
EG20g - RM2659.77 - RM132.99/g

Spread (perbezaan harga jualan/belian balik) Emirates Gold. Harga belian balik boleh dilihat dengan mengklik item pada web Nubex.

EG1g - RM185.33 / RM120.46 - RM64.87(35%)
EG2.5g - RM401.54 / RM309.18 - RM92.36(23%)
EG5g - RM710.41 / RM639.37 - RM71.04(10%)
EG10g - RM1348.44 / RM1254.05 - RM94.39(7%)
EG20g - RM2659.77 / RM2513.48 - RM146.29(5.5%)

Samada menyimpan emas bersaiz kecil atau besar, yang penting menyimpan emas dapat menyelamatkan simpanan anda dari susut nilai, berbanding dengan menyimpan ringgit.

Selamat menambah koleksi emas 999(24K)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan