Memaparkan catatan dengan label Nubex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nubex. Papar semua catatan

Khamis, 28 Januari 2010

Mempelbagaikan Koleksi Emas


Ada diantara penggemar/peminat/pengumpul/ pelabur emas yang suka mempelbagaikan koleksi/simpanan/pelaburan mereka. Mereka-mereka ini lebih gemar mengumpul saiz kecil, tetapi tidak kurang juga ada yang mengumpul dari saiz kecil sehingga saiz besar. Berbeza dengan pelabur, rata-rata lebih gemar mengumpul saiz yang besar.

Bagi mereka yang gemar untuk mempelbagaikan koleksi emas, terutamanya emas yang saiz kecil, selain dari emas UOB,Emirates Gold juga terdapat pelbagai saiz, iaitu 1gm, 2.5gm, 5gm, 10gm dan 20gm.

Harga semasa Emirates Gold boleh dilihat dari web pengedar sah Nusantara Bullion Exchange (Nubex). Nubex, sebuah syarikat bumiputra tempatan yang bertanggungjawab mengedar Dinar Muslimdan Emirates Gold.

Harga jualan Emirates Gold pada hari ini 28/01/2010 @ 5.17pm

EG1g - RM185.33 - RM185.33/g
EG2.5g - RM401.54 - RM160.62/g
EG5g - RM710.41 - RM142.08/g
EG10g - RM1348.44 - RM134.84/g
EG20g - RM2659.77 - RM132.99/g

Spread (perbezaan harga jualan/belian balik) Emirates Gold. Harga belian balik boleh dilihat dengan mengklik item pada web Nubex.

EG1g - RM185.33 / RM120.46 - RM64.87(35%)
EG2.5g - RM401.54 / RM309.18 - RM92.36(23%)
EG5g - RM710.41 / RM639.37 - RM71.04(10%)
EG10g - RM1348.44 / RM1254.05 - RM94.39(7%)
EG20g - RM2659.77 / RM2513.48 - RM146.29(5.5%)

Samada menyimpan emas bersaiz kecil atau besar, yang penting menyimpan emas dapat menyelamatkan simpanan anda dari susut nilai, berbanding dengan menyimpan ringgit.

Selamat menambah koleksi emas 999(24K)

Rabu, 13 Januari 2010

Emirates Gold

Emirates Gold satu lagi product emas dengan ketulinan 999.9 bertaraf antarabangsa. Emirates Gold juga dikenali sebagai Emas Dubai. Ini adalah kerana Emirates Gold dikeluarkan oleh Dubai Multi Commodities Centre (DMCC).

Emirates Gold boleh didapati dari Nubex, syarikat bumiputra tempatan yang beroperasi dialamat seperti dibawah:


Nusantara Bullion Exchange (nubex)
C-510, Centre Wing,
Metropolitan Square,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

info[at]nubex.com.my
Phone : +6(03)-7729 9640/04
Fax : +6(03)-7729 9940
Cell : +6(013)-399 9688


Nubex memasarkan produk Emirates Gold didalam beberapa saiz, iaitu 1g, 2.5g, 5g, 10g dan 20g. Bagi mereka yang meminati gold bar/nugget dalam saiz kecil, Nubex adalah salah satu pilihan selain dari UOB.

Untuk mengetahui harga pasaran semasa, sila lawati web Nubex. Untuk mengetahui harga 'buy back' sila klik pada item berkenaan. Pembelian terus dengan Nubex bolehlah dibuat melalui web tersebut. Penghantaran dan insuran dikenakan sedikit kos tambahan. Kos tambahan ini ditanggung oleh pelanggan.

Selamat menambah aset pelaburan anda.

Isnin, 23 November 2009

Emirates Gold

Emirates Gold Bar satu lagi pilihan bagi peminat emas. Emirates Gold Bar dikeluarkan oleh Dubai Multi Commodities Center (DMCC). Emirates Gold Bar dari emas 999(24K) , dikeluarkan dalam 5 saiz iaitu 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Selain dari Emirates Gold Bar, peminat emas juga boleh mendapatkan Canadian Maple Leaf dan Australian Kanggaroo Gold Coin. Masing-masing dengan saiz 1oz.

Emirates Gold Bar boleh diperolih dari Nubex Nusantara Bullion Exchange dan alamat perniagaannya seperti dibawah:

Nubex Nusantara Bullion Exchange C-510,
Centre Wing,
Metropolitan Square,
Damansara Perdana,

47820 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
web: http://nubex.com.my

info@nubex.com.my
Phone : +6(03)-7729 9640/04
Fax : +6(03)-7729 9940
Cell : +6(013)-399 9688

Harga semasa boleh dilihat dari web syarikat dan harga tersebut dikemaskini setiap 2 minit.