Memaparkan catatan dengan label UOB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UOB. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Februari 2011

Kijang Emas & Maple Leaf Gold Coin

Kijang Emas dan Maple Leaf Gold Coin adalah dua jenama yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat emas. Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia boleh diperolihi dari Maybank terbesar seluruh negeri dan Maple Leaf keluaran Negara Canada boleh diperolihi dari United Overseas Bank terbesar seluruh negeri.


Kedua-dua emas tersebut merupakan emas tulin atau 24K gold atau 999% gold coin. Terdapat pelbagai saiz dari 1oz, 1/2oz, 1/4oz dan bagi Maple Leaf terdapat saiz yang lebih kecil. Untuk makluman saiz besar harga pergram dan spread lebih rendah berbanding saiz kecil.

Nilai kedua-dua jenama tersebut pada 25 Februari 2011:

KIJANG EMAS
Saiz || Selling || Buying || Per/g || Spread || %
1oz || rm4556 || rm4379 || 146.50 || 177 || 3.88%
1/2oz || rm2321 || rm2190 || 149.26 || 131 || 5.64%
1/4oz || rm1182 || rm1095 || 152.02 || 87 || 7.36%

MAPLE LEAF
Saiz || Selling || Buying || Per/g || Spread || %
1oz || rm4506 || rm4321 || 144.89 || 185 || 4.10%
1/2oz || rm2328 || rm2158 || 149.71 || 170 || 7.30%
1/4oz || rm1214 || rm1079 || 156.14 || 135 || 11.12%

Mungkin kedua-duanya menjadi pilihan anda. Ramai yang sudah memilikinya..... Anda bila lagi......

Nota: Saiz Maple Leaf Gold Coin boleh dilihat dari web UOB

Jumaat, 1 Oktober 2010

Gold Bullion Coins - UOB


Gold Bullion Coins atau syiling emas memang tidak asing lagi bagi peminat-peminat emas, selain dari Gold Dinar dan Gold Bar. Diantara Gold Bullion Coins yang menjadi buruan peminat-peminat emas ialah Canadian Maple Leaf, Australian Nugget/Kanggaroo dan Singapore Lion. Ketiga-tiga syiling emas ini boleh didapati dari United Overseas Bank (UOB) terbesar diseluruh negara.

Syiling emas tersebut terdapat dalam berbagai-bagai saiz. Saiz yang besar adalah lebih rendah harga pergram, dibandingkan dengan saiz kecil.

Harga Canadian Maple Leaf hari ini - 1/10/2010
Saiz || Selling || Buying
1 oz || 4216 || 4058
1/2 oz || 2165 || 2032
1/4 oz || 1109 || 1017
1/10 oz || 459 || 407
1/20 oz || 291 || 207

Dari harga diatas, harga pergram bagi setiap saiz ialah:
1 oz - RM135.56/gram
1/2 oz - RM139.23/gram
1/4 oz - RM142.64/gram
1/10 oz - RM147.59/gram
1/20 oz - RM187.14/gram

Sedia maklum bahawa pelanggan akan membeli dengan harga 'Selling' dan menjual semula dengan harga 'Buying'. Perbezaan harga ini dipanggil 'spread'. Berapakah 'spread' Canadian Maple Leaf hari ini????

Saiz || Selling || Buying || Spread || %
1 oz || 4216 || 4058 || 158 || 3.75%
1/2 oz || 2165 || 2032 || 133 || 6.14%
1/4 oz || 1109 || 1017 || 92 || 8.30%
1/10 oz || 459 || 407 || 52 || 11.33%
1/20 oz || 291 || 207 || 84 || 28.57%

Disini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa saiz besar adalah lebih rendah harga pergram berbanding saiz kecil. Begitu juga dengan 'spread'. Saiz besar 'spread' lebih rendah berbanding dengan saiz kecil.

Simpan emas, aset yang tidak susut nilai.

Ahad, 30 Mei 2010

Emas - Minggu Berakhir 28 Mei 2010

Carta emas kitco ditutup USD1214.30 pada 28 Mei 2010. Carta kitco pada 4 Mei 2010 USD1184.00. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak USD30.30. H4 dan D1 menunjukkan trend menurun masih belum tamat. Walau bagaimanapun carta meningkat mulai 24 Mei 2010 sehingga 28 Mei 2010. Wl masih up-trend.

Carta terendah tahun ini ialah pada 5 Februari 2010 USD1058.00 dan tertinggi pada 12 Mei 2010 USD1238.00.

Kadar tukaran wang asing USD3.2940 / USD3.2980.

Harga emas tidak banyak berubah oleh kerana USD mengukuh berbanding MYR menjadi lemah.

Harga gold coins/bar

KIJANG EMAS gold coins
1oz - RM4280.00 / RM4112
1/2oz - RM2180.00 / RM2056.00
1/4oz - RM1110.00 / RM1028.00

UOB gold coins
1oz - RM4209.00 / RM4124.00
1/2oz - RM2161.00 / RM2087.00
1/4oz - RM1107.00 / RM1057.00
1/10oz - RM456.00 / RM429.00
1/4oz - RM290.00 / RM243.00

UOB - Kinebar
1oz - RM4379.00 / RM4194.00
20gm - RM2893.00 / RM2731.00
10gm - RM1545.00 / RM1410.00
5gm - RM879.00 / RM796.00

UOB - Pamp Gold
1oz - RM4302.00 / RM4157.00
100gm - RM14,070.00 / RM13,540.00
20gm - RM2844.00 / RM2708.00
10gm - RM1500.00 / RM1390.00
5gm - RM802.00 / RM719.00

EMIRATES GOLD
20gm - RM2856.91 / RM2685.50
10gm - RM1468.88 / RM1366.06
5gm - RM774.87 / RM697.38
2.5gm - RM437.97 / RM337.24
1gm - RM202.14 / RM131.39

PUBLIC GOLD
20gm - RM2833.00 / RM2663.00
50gm - RM7050.00 / RM6662.00
100gm - RM14,034.00 / RM13,332.00

Simpan emas untuk mengelak aset dari susut nilai, berbanding dengan simpanan dengan ringgit

Jumaat, 20 November 2009

Gold Coins Spread Terendah


Ramai yang meminati Gold Coins, samada sebagai simpanan atau pelaburan, atau pun sebagai collector atau investor. Sebagai collector sudah tentu anda ingin memiliki apa saja jenis Gold Coins yang berada dipasaran. Sebagai investor soal keuntungan menjadi faktor utama, untuk itu harga jualan dan spread yang rendah menjadi menjadi pilihan mereka.

Ada beberapa jenis Gold Coins yang berada dipasaran. Gold Coins yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat Gold Coins ialah Kijang Emas, Canadian Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion. Ramai yang sudah tahu bahawa Kijang Emas diperolihi dari Maybank dan yang lain-lain boleh diperolihi dari UOB.

Mari kita lihat perbandingan harga/spread kedua-duanya
Tarikh: 20 November 2009

Maybank - Kijang Emas
1oz - RM4036 / RM3795 - spread RM241 - 5.97%
1/2oz - RM2057 / RM1897 - spread RM160 - 7.77%
1/4oz - RM1048 / RM949 - spread RM99 - 9.44%

UOB - Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion
1oz - RM4034 / RM3949 - spread RM85 - 2.10%
1/2oz - RM2071 / RM1997 - spread RM74 - 3.57%
1/4oz - RM1061 / RM1011 - spread RM50 - 4.94%

Dari perbandingan diatas dapat dilihat bahawa Canadian Maple Leaf, Australian Nugget dan Singapore Lion dari UOB masih mengungguli carta spread terendah.

Apa pilihan anda....

Anda berminat dengan Dinar Emas
Anda berminat dengan Dirham & Silver Coins

Sabtu, 24 Oktober 2009

Australian Kangaroo Nugget Gold Bullion Coins

The Perth Mint has pulled away the curtains to unveil the new and unique 2009 Australian Kangaroo gold coin design. The Australian Government official, legal tender bullion coins are struck in 99.99% pure gold, carry a guarantee in weight and purity, and include eight fractional sizes with two different reverse designs.

The series of 8 coins are minted for both investors and collectors and will be released October 1, 2008 for worldwide distribution.

The obverse or heads side of the gold coins depict Ian Rank-Broadley’s effigy of Her Majesty Queen Elizabeth II.

The one-ounce gold Kangaroo from Australia is an ounce of .9999 pure gold, with a nominal face value of $100 Australian.
Each coin comes in a hard plastic case.
Diameter is 32.1 mm, with a thickness of 2.8 mm.

The 1oz, 1/2oz, 1/4oz, 1/10oz and 1/20oz reverse design portrays a kangaroo with a ‘joey’ in its pouch with a representation of the Southern Cross constellation and the seven-pointed Commonwealth Star in the background.

The reverse of the 1 kilo, 10oz and 2oz coins depict the a classic kangaroo design by Dr Stuart Devlin, jeweler and goldsmith to Her Majesty The Queen.

Australian Kanggaro Nugget Gold Bullion Coins boleh didapati dari United Overseas Bank terpilih diseluruh negara. Saiz yang paling besar ialah 1oz. Nilai pasaran tempatan boleh dilihat dari web UOB yang mana di update sekali sehari sekitar jam 9.30am.

Nilai dan spread adalah lebih rendah dari Kijang Emas Coins, syiling emas keluaran Bank Negara Malaysia

Pro & contra:

- nilai dan spread yang rendah (3%) - ini dapat memaksimumkan keuntungan

- saiz besar adalah lebih rendah spread dari saiz kecil

- tidak banyak cawangan diseluruh negara - hanya cawangan tertentu sahaja

- tidak sesuai untuk urusan pajakan kerana jika calar atau bengkok UOB tidak akan menerima kembali