Rabu, 22 April 2009

MENABONG DENGAN DINAR EMAS



Tentu anda semua masih ingat lagi bagaimana ibubapa kita mendidik kita untuk menabong. Saya masih ingat lagi ketika itu saya menabong menggunakan tabong gajah. Ada yang menggunakan tabong yang diperbuat dari buluh dan sebagainya. Sekarang ini cara menabong seperti itu sudah kurang digunakan, mungkin sudah tidak digunakan lagi. Walau apa cara digunakan, amalan menabong adalah satu amalan yang baik.

Konsep menabong itu adalah sama dengan konsep menyimpan. Bak kata pepatah melalu “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Kata Haji Bakhil pula, “satu sen pun kalau dikumpul, boleh beli ghumah batu”. Menabong atau menyimpan sebahagian dari pendapatan adalah satu amalan yang sepatutnya diteruskan tanpa henti. Ini adalah kerana jika ada apa-apa keperluan atau musibah yang bakal berlaku dimasa mendatang, sekurang-kurangnya wang simpanan itu dapat meringankan bebanannya.

Tentu sekali anda bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri. Pendahuluan sebanyak 10% dari harga rumah yang hendak dibeli hendaklah disediakan disamping cost peguam sebelum anda dapat meminjam dari mana-mana institusi kewangan bagi membiayai pembelian rumah tersebut. Setelah rumah sudah siap dan boleh diduduki, mungkin sedikit ubahsuai seperti memasang grill dan sebagainya disamping perabut dan peralatan lain diperlukan. Ini semua memerlukan wang. Jika tidak ada simpanan, bagaimana mungkin boleh terlaksana.



Berbalik kepada tabongan dan simpanan. Berapa banyak simpanan ada setiap bulan, bergantong kepada kemampuan anda sendiri, lagi banyak lebih baik.

Contoh: Anda menyimpan RM250/bulan x 12 bulan = RM3,300 x 10 tahun = RM30,000

Masalahnya nilai RM30,000 pada 10 tahun akan datang tidaklah sama dengan nilai RM30,000 sekarang kerana ringgit dimamah inflasi. Jadi anda perlu menyimpan lebih dari RM250/bulan.

Bagaimana pula jika anda menabong atau menyimpan emas? Emas kalis inflasi dan nilainya sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Katakanlah anda menyimpan Dinar Emas.

Contoh: Anda menyimpan 1/2dinar/bulan x 12 bulan = 6 dinar x 10 tahun = 60 dinar emas
Harga dinar hari ini 1 dinar = RM460 x 60 dinar = RM27,600
Andaian peningkatan harga dinar sebanyak 15% setahun x 10 tahun = 150%
Harga dinar anda 10 tahun akan datang = RM27,600 x 150% = RM41,400

Purata kenaikan harga emas ialah lebih dari 20% setahun. Statistic ini dapat dilihat dari website Bank Negara Malaysia. Cuba lihat harga emas dari tahun 2001 sehingga sekarang. BNM



Dari contoh diatas, anda cuma menyimpan 1/2dinar sebulan, lebih kurang RM230/bulan dan nilai simpanan anda 10 tahun akan datang, jauh lebih besar berbanding menyimpan dengan ringgit. Disamping itu juga emas boleh dipajakkan di Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad, Ar-Rahnu Bank Rakyat atau Ar-Rahnu Agro Bank untuk menampong kesakan sementara.

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan samada hendak menyimpan dengan 1/4dinar, 1/2dinar, 1dinar, 5dinar atau 10dinar. Ada dua pilihan anda untuk mendapatkan dinar:

1 – Dinar Emas Kelantan – 1dinar, 1/2dinar dan 1/4dinar
2 – Dinar Public Gold – 1dinar, 5dinar dan 10dinar

Saya percaya, anda tentu bijak membuat pilihan.

Dinar Emas Kelantan, Dinar Public Gold

1 ulasan: