Selasa, 5 Mei 2009

Beralih Kepada Emas

Saya percaya anda sudah tentu sudah membuat pelaburan untuk jaminan masa depan anda dan keluarga. Pelaburan emas adalah salah satu cabang pelaburan yang harus diberi perhatian.


Beralih kepada emas sebagai penyelamat dan menambah kekayaan
Krisis pelaburan bank dan kegawatan pasaran saham yang melanda menyebabkan pelabur beralih dan mencari kaedah penyelamat iaitu emas. Sejarahnya nilai emas tetap kekal dan para pakar menentukan langkah untuk memperluaskan portfolionya dan berpotensi meningkatkan prestasinya. Hakikatnya emas telah meningkat nilainya melebihi 150% sejak 2001.


Nilai Emas Tak Pernah Hilang (0)
Berbanding dengan saham, yang mana boleh nilainya berubah dari keadaan paling tinggi boleh menjunam hingga kosong dalam waktu yang singkat. Nilai emas tidak pernah kosong. Walaupun pasaran jatuh menjunam, sejarahnya nilai emas sentiasa menunjukkan peningkatan tinggi sehingga pelabur berlumba-lumba mendapatkannya. Emas adalah harta yang dapat melindungi kekayaan dan berupaya terus mengembang terutama apabila pasaran saham dan keadaan ekonomi dunia menunjukkan keadaan negatif.


Mengembang dan Melindungi Kekayaan dengan Gold
Ramai para pakar mencadangkan mempelbagaikan dengan menambah portfolio simpanan emas adalah cara untuk memperbaiki prestasi keseluruhan dan meningkatkan kesetabilan. Beralihlah kepada siling emas dan bar emas. Di dalam keadaan suasana ekonomi tak menentu ini pelaburan emas merupakan pelaburan yang akan kekal nilainya walau apa pun keadaan situasi kewangan.


Mengapa perlu menyimpan, memiliki dan mempelbagai emas?
- Menyimpan emas tulin yang nilainya lebih setabil dan kukuh menjadi lambang keutuhan peribadi.
- Mengembalikan nilai warisan zaman berzaman demi menjamin masa hadapan.
- Pelaburan yang tiada kesudahan hingga ke hari tua yang boleh diwarisi generasi ke generasi.
- Menjadikan sebagai penjana pendapatan sampingan yang setabil.
- Berpeluang memperolehi imbuhan faedah yang lebih tinggi dari menyimpan wang tunai.

2 ulasan:

  1. memang betul bro..emas adalah penjamin sebab dia dah direkemen oleh nabi sendiri..teruskan menulis info2 best camni..

    BalasPadam
  2. Harapan kita untuk memartabatkan matawang dinar emas makin malap apabila kerajaan melancarkan liberalisasi dalam sistem perbankan tidak ketinggalan perbankan Islam kena tempias. Allah Maha Besar....Globalisasi bakal merompak banyak lagi sumber daripada negara-negara kecil yang banyak sumber untuk mereka membuat untung berlipat kali ganda.....

    BalasPadam