Khamis, 14 Mei 2009

Dimana Nak Berjual Beli Emas


Anda semua tentu telah sedia maklum bahawa menyimpan emas adalah lebih baik dari menyimpan ringgit. Ringgit akan mengalami susut nilai, manakala emas nilainya akan meningkat dari masa ke semasa, oleh itu jika anda menyimpan emas, anda juga adalah seorang pelabur emas.

Ramai yang telah melibatkan diri dalam pelaburan emas fizikal ini. Bagi anda yang ingin berjinak-jinak dengan pelaburan emas ini, tentu akan bertanya-tanya bagaimana nak memulakannya, dimana nak membeli dan menjual emas. Saya ringkaskan disini, anda boleh membeli dan menjual semula emas anda dari:

- Ar-Rahn, Permodalan Kelantan Berhad - Dinar 916
- Public Dinar - Dinar 916
- Public Fine Gold International Sdn Bhd - Gold 999
- Maybank - cawangan utama disetiap ibu negeri - Gold Coins 999
- OUB Bank
- Habib Jewel
- Poh Kong, dan lain-lain

Anda sebagai pengumpul atau pelabur mungkin mempunyai ciri emas pilihan anda, mithalnya:

- bentuk yang menarik
- spread yang rendah
- mudah berurusan - berhampiran dengan pejabat/tempat tinggal

Bagi seorang pengumpul emas, kebiasaannya akan memilih bentuk/corak yang menarik, manakala bagi seorang pelabur, ia akan memilih spread yang rendah untuk memaksimakan keuntungan. Harga jualan dan belian dibawah diambil pada 27/04/2009.

Agensi

Buying

Selling

Spread

%






Dinar Public

1 dinar

RM463.00

RM435.00

RM28.00

6.05%

5 dinar

RM2304.00

RM2177.00

RM127.00

5.51%

10 dinar

RM4588.00

RM4359.00

RM229.00

5.00%






Dinar Kelantan

2 dinar

RM918.10

RM878.10

RM40.00

4.36%

1 dinar

RM465.50

RM445.50

RM20.00

4.30%

½ dinar

RM238.80

RM228.80

RM10.00

4.19%

¼ dinar

RM125.90

RM129.90

RM5.00

3.97%






Kijang Emas

1 oz

RM3441.00

RM3330.00

RM111.00

3.23%

½ oz

RM1753.00

RM1665.00

RM88.00

5.02%

¼ oz

RM893.00

RM833.00

RM60.00

6.72%






Public Gold

20 gram

RM2,234

RM2,100

RM134

6%

50 gram

RM5,558

RM5,252

RM306

5.51%

100 gram

RM11,063

RM10,510

RM553

5%

1 kilogram

RM110,627

RM105,096

RM5,531

5%






Emas OUB:





Aust Nugget

1 oz

RM3407

RM3322

RM85.00

2.50%

½ oz

RM1749

RM1675

RM74.00

4.23%

¼ oz

RM896

RM846

RM50.00

5.58%






Maple Leaf

1 oz

RM3407

RM3322

RM85.00

2.50%

½ oz

RM1749

RM1675

RM74.00

4.23%

¼ oz

RM896

RM846

RM50.00

5.58%






Singapore Lion

1 oz

RM3407

RM3322

RM85.00

2.50%

½ oz

RM1749

RM1675

RM74.00

4.23%

¼ oz

RM896

RM846

RM50.00

5.58%






Pamp Gold (OUB)

1 oz

RM3482

RM3337

RM145.00

4.16%

½ oz

RM1823

RM1695

RM128.00

7.02%

20 gram

RM2302

RM2166

RM136.00

5.91%

100 gram

RM11360

RM10830

RM530.00

5.67%






Habib Jewel



Pamp Suisse

15% - 18%






Poh Kong



Bunga Raya

15% - 18%


Spread akan berubah-ubah mengikut perubahan harga kecuali bagi Dinar Emas Kelantan yang mana spreadnya tetap (fix), jika harga dinar naik, peratusan spread akan menjadi rendah. Harga emas Public Gold diatas tidak termasuk 'Delivery Cost'. Harga emas Habib Jewel dan Poh Kong mengikut harga PGJAM, spread bagi kedua-duanya diantara 15% - 18%. Ini menjadikan Habib Jewel dan Poh Kong menjadi pilihan yang terakhir.

4 ulasan:

  1. betul kata tuan, mini iphone tu mmg cantik. minggu lepas kwn turun kl, bdk2 sekolah pun pakai hp nie.

    klu nk beli yg maxis punya tak mampu. Harga plg murah dkt RM3K. tu tak masuk kena register & ikat kontrak dgn maxis.

    HP yg kwn jual spec dia lbh kurang sama yg maxis jual. terus blh pakai dgn sim kad sedia ada.

    klu tuan nk beli, kwn boleh bagi RM1,100-00 termasuk kos penghantaran.

    cara pembayaran, bayar RM600 & kwn akan htr barang. bila puas hati dgn barang tu, baru byr yg baki.

    sblm nie kwn byk jual mcm2 jenis brg melalui Mudah.my. perniagaan atas dasar percaya mempercayai antara buyer & seller. so far, alhamdulilah...

    BalasPadam
  2. Kejap emas ini semua dijual di bank-bank biasake yang ada riba' selama ini setelah sekian lama?

    BalasPadam
  3. Sax-gold... simple culculation bro...

    Nadri... t/kasih, mungkin dimasa2 akan datang, sekarang ni manfaatkan yg sudah ada, walau pun dah uzur...

    D'Rimba... kurang jelas persoalan yg tuan kemukakan... untuk makluman, ada 2 bank yg menjalankan jual beli emas iaitu Maybank dan OUB dan pengeluar emas yg lain ialah Perbananan Kelantan Berhad - pengeluar Dinar Kelantan dan Public Fine Gold - pengeluar Dinar Public dan Public Gold Bar / Coins

    BalasPadam