Jumaat, 14 Ogos 2009

Prestasi Kijang Emas Sebulan

Apa yang kita semua sedia maklum ialah harga emas sentiada naik dan turun, walaupun penurunannya agak kecil dibandingkan dengan kenaikannya. Walau bagaimana pun prestasi kenaikan harga emas untuk tempuh sebulan yang lepas agak kurang memberangsangkan. Mari kita lihat prestasi Kijang Emas selama sebulan, bermula dari 14/07/2009 hingga 14/08/2009

Kijang Emas Daily Prices
SIZE (oz) SELLING (RM) BUYING (RM)
ONE 3479 3368
HALF 1772 1684
QUARTER 903 842
Gold Savings Passbook
DATE SELLING (RM/g) BUYING (RM/g)
14/07/09 109.05 103.56

Kijang Emas Daily Prices
SIZE (oz) SELLING (RM) BUYING (RM)
ONE 3561 3448
HALF 1814 1724
QUARTER 924 862
Gold Savings Passbook
DATE SELLING (RM/g) BUYING (RM/g)
14/08/09 111.16 105.55

Harga Kijang Emas 1oz hari ini (14/08/09) ialah RM3561, manakala harga pada 14/07/09 ialah RM3479. Kenaikannya sebanyak RM82, lebih kurang 2.35%. Adalah tidak sesuai untuk membincangkan soal keuntungan setakat ini kerana untuk mengira keuntungan spread sebanyak 3.3% harus diambil kira.

Walau bagaimana pun kenaikan sebanyak 2.35% sebulan, boleh dianggap baik kerana jika peratusan ini berpanjangan sehingga setahun, bermakna kenaikan sebanyak 28.2% setahun. Apabila ditolak spread 3.3%, masih berbaki 24.9%, setelah dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%, masih berbaki 22.4%.

Kesimpulannya, lebih baik dari ASB dengan dividen dan bonus 8.5% setahun, atau AmFlexi dividen 2007 sebanyak 10.3%

Tiada ulasan:

Catat Ulasan