Sabtu, 29 Ogos 2009

Wajarkah Membuat Pelaburan Emas

Sebelum membuat apa-apa pelaburan, seharusnyalah kita mengambil tahu prestasi sesuatu pelaburan itu. Tidak terkecuali bagi mereka yang hendak membuat Pelaburan Emas. Buatlah sedikit penyelidikan tentang prestasi untuk tempuh setahun yang lepas, tiga tahun atau lima tahun yang lepas. Lebih panjang lebih baik.


Walau pun prestasi yang lepas tidak menjamin prestasi yang akan datang, tetapi sekurang-kurangnya, kita tahu mengapa kita simpan atau melabur emas…. Bukan hanya terikut dengan kata-kata orang lain yang mengatakan menyimpan atau melabur emas ini baik, jadi anda pun melabur.


Setiap pelaburan sudah tentu ada risikonya, tetapi apa yang saya nampak, risiko melabur emas adalah kecil, mungkin 0%. Mengapa saya berkata begitu ialah penurunan harga emas adalah kecil jika dibandingkan dengan kenaikan harganya.


Mari kita lihat prestasi Kijang Emas selama setahun

Nilai Kijang Emas pada 14/08/2008 ialah RM2921

Nilai Kijang Emas pada 14/08/2009 ialah RM3561

Kenaikan nilai sebanyak RM640 bersamaan dengan 21.91%


Prestasi Kijang Emas selama 3 tahun

Nilai Kijang Emas pada 14/08/2006 ialah RM2446

Nilai Kijang Emas pada 14/08/2009 ialah RM3561

Kenaikan nilai sebanyak RM1115 bersamaan dengan 45.58%

Purata kenaikan setahun ialah 15.19%


Prestasi Kijang Emas dari 18/07/2001 hingga 28/08/2009

Nilai Kijang Emas pada 18/07/2001 ialah RM1082

Nilai Kijang Emas pada 28/08/2009 ialah RM3539

Kenaikan nilai sebanyak RM2457 bersamaan dengan 227.07%

Purata kenaikan setahun ialah 25.23%


Dapat dilihat bahawa prestasi kenaikan nilai Kijang Emas sepanjang setahun kenaikan sebanyak 21.91%, manakala prestasi sepanjang 3 tahun, purata kenaikan tahunan 15.19%, agak berkurangan, tetapi purata kenaikan nilai Kijang Emas sepanjang 9 tahun ialah sebanyak 25.23% setahun.


Dengan purata kenaikan tahunan sebanyak 25.23%, setelah ditolak spread (perbezaan harga jual / beli) sebanyak 3.16%, masih berbaki 22.07%, dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%, keuntungan bersih anda ialah 19.57%.


Jadi untuk menjawab persoalan diatas, adalah amat wajar untuk menyimpan / melabur emas.


Prestasi Kijang Emas boleh dilihat dari website BNM. Harga Kijang Emas harian boleh dilihat dari website Maybank.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan