Rabu, 25 November 2009

Pajak Emas Di Ar-Rahnu

Salam semua..... rakan-rakan blogger, peminat emas, penyimpan emas, pelabur emas dan pedagang emas. Tentu sekali kalian semua sedang bergembira, pertama kerana Aidil-Adha bakal menjelang tiba, kedua kerana harga emas sedang meningkat. Sewaktu saya menulis ini carta kitco menunjukan USD1192.10.

Diwaktu semua orang bergembira, rupanya ada juga yang berdukacita. Ini adalah perihal seorang rakan saya, beliau juga seorang penyimpan emas seperti saya. Pembelian emas sebelum ini adalah hasil dari nasihat saya kepada beliau. Sejauh ini beliau berjaya membeli dan menyimpan dua keping PG Gold Bar 20 gram. Apa yang mendukacitakan beliau ialah kerana kedatangan Aidil-Adha yang akan menjelang tiba.

Beliau bercadang hendak menjual PG Gold Bar yang baru dibelinya. Berat bagi beliau untuk menjualnya, tetapi beliau terpaksa berkorban untuk melepaskannya untuk perbelanjaan pulang kekampong merayakan Aidil-Adha bersama kedua ibubapanya.

Saya memberi cadangan kepada beliau, jangan jual PG Gold Bar tersebut, sebaliknya pajak sahaja dengan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Dibawah ini adalah perkiraan pajakan yang saya berikan kepada beliau.

Nilai PG Gold Bar 20g : RM2870
Nilai emas 999 Bank Rakyat : RM149.54/g
Nilai marhun (barangan) : RM149.54 x 20g = RM2990.80
Upah simpan sebulan : RM0.75/RM100 x RM2990.80 = RM22.50
Tempuh pajakan : 6 bulan
Upah simpan selama 6 bulan : RM22.50 x 6 = RM135.00
Nilai Pinjaman : 65% x RM2990.80 = RM1944.00

Beliau sangat gembira dengan cadangan tersebut sebab tanpa melepaskan pegangan keatas emas tersebut, beliau masih boleh dapatkan wang. Beliau akan ke Ar-Rahnu Bank Rakyat pada hari ini.

Beliau boleh menebus kembali emas tersebut secara lumsum atau beransur-ansur dalam tempuh 6 bulan. Mari kita lihat berapa upah simpan sepatut dibayar jika pinjaman tersebut dilangsai dalam tempuh seperti dibawah:

1 bulan : RM22.50 + RM1944.00 = RM1966.50
2 bulan : RM22.50 x 2 = RM45.00 + RM1944.00 = RM1989.00
3 bulan : RM22.50 x 3 = RM67.50 + RM1944.00 = RM2011.50
4 bulan : RM22.50 x 4 = RM90.00 + RM1944.00 = RM2034.00
5 bulan : RM22.50 x 5 = RM112.50 + RM1944.00 = RM2056.50
6 bulan : RM22.50 x 6 = RM135.00 + RM1944.00 = RM2079.00

Jika beliau beliau menebus kembali emas beliau 6 bulan kemudian, upah simpan yang patut dibayar ialah sebanyak RM135.00 bersamaan dengan 4.51%. Dengan mengambilkira purata kenaikan harga emas sebanyak 24% setahun, bermakna kenaikan harga emas beliau yang disimpan di ar-rahnu ialah sebanyak 12% (6 bulan)

- nilainya RM2870 x 12% = RM344.40 = RM3214.40

Dari sketsa diatas dapat dilihat bahawa upah simpan sebanyak RM135.00, manakala kenaikan nilai emas pula sebanyak RM344.40. Ternyata ia menguntungkan. Walau bagaimanapun ia akan merugikan jika nilai emas tidak naik atau menurun - tetap ada risiko.

Selamat Hari Raya Aidil-Adha dan selamat melabur.

3 ulasan:

  1. salam cdanhash..
    saya pun tak sbr nak tebus balik PG yag dok ada kat Agro bank tu due hujung Dis ni...mula-mula masa pajak takyakin dpt untung...saja nak try ilmu pajak memajak..tapi la ni, alhamdulillah walaupun tak byk, cukup utk tebus balik and upah simpan, .ade la lebih skit. first timer utk saya..excited sket. tkasih atas ilmu ni..

    BalasPadam
  2. w/salam Dayah...
    pajak emas, wang dapat digunakan dan emas tidak hilang...
    - untuk jika nilai emas naik
    - rugi jika nilai emas turun

    BalasPadam
  3. Uh ... tak pernah kisah tentang ini. Thanks.

    Precious

    BalasPadam