Ahad, 20 Disember 2009

Memaksimakan Keuntungan

Salam kepada semua pelawat-pelawat yang sudi melawat ke blog ini. Tentu sekali keuntungan adalah tujuan utama bagi seseorang pelabur. Disini saya ingin berkongsi bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan emas. Apakah ciri-ciri yang sepatutnya diberi perhatian oleh pelabur-pelabur emas.

BELI RENDAH, JUAL TINGGI

Sudah tentu beli rendah, jual tinggi menguntungkan, jika sebaliknya anda mengalami kerugian, jadi bagaimana mengetahui bila harga rendah dan bila pula harga tinggi. Untuk itu seorang pelabur hendaklah selalu melihat naik turun harga semasa melalui Kitco.com

HARGA TAWARAN YANG RENDAH

Setiap syarikat/pengeluar/bank menawarkan harga jualan/belian masing-masing. Harga yang ditawarkan tidak sama diantara satu syarikat/pengeluar/bank dengan syarikat/pengeluar/bank yang lain. Dengan memilih harga pembelian yang rendah, bermakna anda anda mendapat jumlah gram yang lebih dengan modal yang sama. Lihat perbandingan harga tawaran dibawah.

Emas pelaburan dari kedai-kedai emas. Anda boleh melihat Pamp Suisse, Lady Fortuna, Bunga Raya Gold Bar dari kedai-kedai emas. Kedai-kedai menawarkan harga sebagaimana yang disarankan oleh Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia atau singkatannya FGJAM. Apa yang kurang menarik dengan emas pelaburan dari kedai-kedai emas ialah harga belian balik yang rendah ialah sebanyak 12% - 15%. Diantara kedai-kedai emas yang terkenal seperti:

- Habib Jewel
- Tomei
- Poh Kong
- Poh Yin

Harga tawaran terkini fgjam ialah:
999 Gold : RM146.00g
916 Gold : RM138.00g
Last updated on 19 Dec 2009.

Harga Emirates Gold dari Nubex
20g - RM2696.40 / RM2534.62
50g - RM6615.00 / RM6350.40

Harga Gold Bar dari Public Gold
20g - RM2718 / RM2555
50g - RM6763 / RM6391
100g - RM13462 / RM12789
(Last updated 20/12/09 4:15 PM)

Harga Kijang Emas coins dari Maybank
1oz - RM4064 / RM3821
1/2oz - RM2071 / RM1911
1/4oz - RM1055/ RM955

Harga Gold Coins dari UOB
1oz - RM4055 / RM3970
1/2oz - RM2082 / RM2008
1/4oz - RM1066 / RM1016

Gold Bar yang terendah ialah Emirates Gold 50g, iaitu RM132.30 segram dibandingkan dengan PG Gold Bar 50g RM135.26 segram. Bagi Gold Coin pula UOB 1oz, RM130.38 segram berbanding dengan Kijang Emas 1oz RM130.67 segram

PILIH SPREAD YANG RENDAH

Mengapa memilih spread yang rendah. Kerana dengan sedikit sahaja kenaikan harga emas, anda sudah balik modal dan kenaikan seterusnya merupakan keuntungan.

Spread Gold Bar terendah ialah Emirates Gold 50g, iaitu sebanyak 4% berbanding dengan PG Gold Bar 50g sebanyak 5.5%. Untuk Gold Coins pula UOB semua saiz iaitu 1oz, 1/2oz dan 1/4oz dengan spread sebanyak 2.09%, 3.55% dan 4.92% berbanding dengan Kijang Emas 5.97%, 7.72% dan 9.47%.

Semoga entry kali ini dapat memanfaatkan anda........

4 ulasan:

  1. "Spread Gold Bar terendah ialah Emirates Gold 50g, iaitu sebanyak 4% "

    nice.tapi 5.5% - 1.5% komesion agen jadi same balik..stock anytime ade.leh lock 24 jam..

    but xpernah lagi kaji pasal emirates gold.i will search.tq

    BalasPadam
  2. Lebih kurang sama jer Pu3emas, TAPI....anda perlu mengeluarkan Duit Tunai lebih apabila hendak mendapat kan barang. Bagi sapa2 yg menggunakan teknik OD, sudah tentu taknak kuarkan duit lebih. Kuar duit ngam2 jer. Correct me if i'm wrong Cdanhash!

    BalasPadam
  3. Put3emas... pandangan den sebagai investor sbb den bukan dealer, sudah tentu investor akan melihat spread Maple Leaf 3% dan Emirates Gold 4% lebih rendah dari PG 5.5%

    tidak dapat dinafikan Maple Leaf susah nak dapat stok kerana ia merupakan 'hot item'

    BalasPadam
  4. maaf, kurang jelas apa yg hendak disampaikan oleh bro ariff

    BalasPadam