Selasa, 28 April 2009

Emas Adalah Pilihan Yang Tepat


Sudah tentu ada diantara anda yang sudah mempunyai simpan emas, samada dinar emas, syiling emas atau jongkong emas (gold bar) atau emas batangan dalam bahasa Indonesia. Tahniah dan syabas untuk anda kerana membuat pilihan yang tepat. Anda juga tentu sudah maklum bahawa nilai wang fiat atau fiat money tidak mempunyai nilai yang kukuh kerana tekanan inflasi. Jika ada diantara anda yang masih belum tahu mengapa kita harus menyimpan emas
menggantikan ringgit, sila rujuk post saya sebelum ini.

Anda boleh teruskan membuat koleksi simpanan anda, sementara menunggu nilai emas yang terbaik untuk anda jual. Atau anda terus menyimpan sebagai harta untuk diwarisi kepada waris-waris anda. Emas ini sebagai asset menggantikan rumah/tanah. Mungkin juga ini adalah anak tangga untuk anda menceburi bidang hartanah pula. Kedua-dua bidang ini, emas dan hartanah yang memberi pulangan yang baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Anda tak perlu risau. Tetapi untuk memulakan bidang hartanah, anda memerlukan modal yang agak besar, berbanding dengan emas yang boleh dibeli setiap bulan mithalnya 1 dinar sebulan dengan kos RM460.60 (Dinar Kelantan @ 24/04/2009) RM466.00 (Dinar Public @ 24/04/2009)


Sebagaimana hartanah, nilai emas juga sentiasa meningkat dari masa ke semasa, walaupun nilai emas ada turun naik, tetapi penurunannya hanya bersifat sementara dan akan naik semula. Anda boleh lihat cartakitco untuk tempuh 5 tahun atau 10 tahun. Turunnaik nilai emas itu memberi peluang kepada pembeli/pelabur untuk memaksimakan keuntungan. Penurunan nilai emas memberi peluang didagangkan dipasaran emas antarabangsa. Harga emas di Malaysia merujuk kepada harga emas kitco, setelah mengambil kira tukaranringgit dan USD. Anda boleh lihat statistic harga emas di Malaysia dari website Bank Negara Malaysia. Statistic ini adalah untuk Kijang Emas Bullionkepada pembeli/pelabur untuk membeli dengan harga rendah. Kenaikan nilai emas pula memberi peluang kepada pelabur untuk menjual dengan harga tinggi.Harga emas kitco adalah harga emas yang .


Harga Kijang Emas 1oz (31.1gram) pada 18/07/2001 = RM1,082
Harga Kijang Emas 1oz (31.1gram) pada 24/04/2009 = RM3,464


Jika waktu itu anda memiliki 10 keping Kijang Emas dengan nilai RM10,820, sekarang nilainya ialah RM34,640. Kenaikan sebanyak RM2,382 bersamaan 220.15% dalam tempuh kurang 9 tahun. Jika diambil kira sebagai 9 tahun, purata kenaikan sebanyak 24.46% setahun. Ini adalah lebih baik dari pulangan ASB.

Berdasarkan statistic dari BNM, apakah mungkin peningkatan nilai emas akan mengekalkan kenaikannya ditahun-tahun mendatang. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.


fiat money, dinar kelantan, dinar public, kitco, BNM

Sabtu, 25 April 2009

Manafaatkan Emas Dalam Simpanan

Anda sudah mempunyai koleksi emas, samada dinar emas, syiling emas atau jongkong emas. Anda sedang menunggu masa untuk menjual emas anda pada margin yang anda tetapkan, tetapi harga emas masih berlegar-legar disekitar harga yang anda beli sebelumnya, atau lebih rendah dari itu, jangan panic. Ini adalah satu peluang bagi anda untuk menambah koleksi anda dengan bermodalkan koleksi emas yang sedia ada.


Anda tentu sudah tahu berkenaan Ar-Rahn atau Ar-Rahnu, dengan nama lain Pajakan Secara Islam. Mengapa memilih Ar-Rahn atau Ar-Rahnu? Kerana ia menepati syaraq. Kedua upah pajaknya lebih rendah berbanding dengan system pajakan conventional. Cuma bawa koleksi emas anda ke Ar-Rahn atau Ar-Rahnu untuk dipajakkan. Ada Ar-Rahn atau Ar-Rahnu yang memberi margin pinjaman dari 60% - 70%. Hasil dari pajakan tersebut, anda gunakan untuk membeli emas sebagai tambahan kepada yang sedia ada.


Sebelum itu anda harus memilih Ar-Rahn atau Ar-Rahnu pilihan anda. Mungkin anda akan memilih mengikut ciri-ciri seperti dibawah:


1 - Margin pinjaman yang tinggi

2 – Upah simpan yang rendah

3 – Tempuh gadaian yang flexible

4 – Berhampiran dengan pejabat/tempat tinggal


Rata-ratanya Ar-Rahnu memberi had gadaian sehingga RM50,000/RM10,000 sehari. Mari kita lihat perbandingan margin pinjaman, upah simpan dan tempuh gadaian bagi ketiga-tiga Ar-Rahnu dibawah:


Ar-Rahnu Agro Bank:

Margin Pinjaman: 50%, 60% dan 70%

Upah Simpan: RM0.50/RM100, RM60/RM100 dan RM70/RM100

Margin Pinjaman: RM10,000 x 70% = RM7,000

Upah Simpan: RM10,000 @ upah RM0.70/RM100 = RM70 sebulan x 6 bulan = RM420.00

Tempuh Gadaian: 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan


Ar-Rahnu Bank Rakyat:

Margin Pinjaman: RM10,000 x 65% = RM6,500

Upah Simpan: RM10,000 @ upah RM0.75/RM100 = RM75 sebulan x 6 bulan = RM450.00

Tempuh Gadaian: 6 bulan + 6 bulan + bulan sehingga selesai


Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad:

Margin Pinjaman: RM10,000 x 60% = RM6,000

Upah Simpan: RM10,000 @ upah RM0.95/RM100 = RM95 sebulan x 6 bulan = RM570.00

Tempuh Gadaian: 6 bulan + 6 bulan


Ar-Rahnu Agro Bank memberi margin pinjaman 50% sehingga 70%, manakala upah simpan yang rendah dari RM0.50/RM100 ke RM0.70/RM100, tetapi tempuh gadaian agak pendek. Ar-Rahnu Bank Rakyat pula memberi margin pinjaman sebanyak 65%, upah simpan RM0.75/RM100 dan tempuh gadaian yang lebih panjang. Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad cuma memberi margin pinjaman 60%, upah simpan RM0.95/RM100 dan tempuh gadaian maksima 12 bulan.


Buatlah pilihan anda sendiri. Anda sendiri yang menguruskan kewangan @ keemasan anda.


Akhir sekali, bila harga emas turun – beli atau tambah pelaburan; bila harga emas naik – jual sebahagian; bila harga emas naik dikemuncak – jual semua; tunggu saat dan ketika yang terbaik untuk beli semula pada harga rendah.


Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu BR , Ar-Rahnu AB

Jumaat, 24 April 2009

Gold and Gold Dinar


Tahukah anda?

EMAS:

- Emas adalah logam yang berharga diseluruh dunia

- Emas adalah barang komoditi yang diniagakan dipasaran emas antarabangsa

- Emas sebagai sandaran matawang dalam perjanjian Bretton Woods (1 Julai 1944)

- Emas bukan lagi sandaran matawang - perjanjian Bretton Woods dimansuhkan (15 Ogos 1971)

- Emas mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)

- Nilai Emas diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)

- Nilai Emas seiring dengan harga barangan (value increase)

- Emas sebagai perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

- Emas ialah barang perhiasan wanita dan bukan perhiasan untuk lelaki muslim

- Wajib zakat Emas apabila cukup haul (85 gram) dan nisabnya selama setahun

- Zakat Emas sebanyak 2.5%


Tahukah anda?

DINAR EMAS:

- Dinar Emas ialah matawang sunah

- Dinar Emas tidak digunakan lagi sebagai matawang selepas kejatuhan Kalifah Uthman

- Dinar Emas diperbuat dari emas 22 carat atau emas 916% ketulinannya

- Satu Dinar Emas bersamaan dengan 4.25gram

- Dinar Emas Kelantan ialah Dinar Emas yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kelantan Berhad

- Dinar Emas Kelantan dikeluarkan pada 20 September 2006

- Dinar Emas Kelantan dikeluarkan dalam 4 dinominasi iaitu 1/2dinar, 1/2dinar, 1dinar dan 2dinar

- Dinar Emas Kelantan boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahn seluruh semenanjung

- Dinar Emas Kelantan dikeluarkan dengan modal 50 juta ringgit


Tahukah anda?

DINAR EMAS PUBLIC:

- Dinar Emas Public dikeluarkan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd

- Dinar Emas Public diperbuat dari emas 22 carat atau emas 916% ketulinannya

- Satu Dinar Emas Public bersamaan dengan 4.25 gram

- Dinar Emas Public dikeluarkan dalam 4 dinominasi iaitu 1dinar, 5dinar dan 10 dinar

- Dinar Emas Boleh diperolehi dari ibu pejabat Public Fine Gold atau mana-mana dealer’s PG


Tahukah anda?

PUBLIC GOLD COIN:

- Syiling Public Gold dikeluarkan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd

- Syiling Public Gold diperbuat dari emas 24 carat atau emas 999% ketulinannya

- Syiling Public Gold seberat 20 gram

- Syiling Public Gold berserta sijil ketulinan bagi setiap item


Tahukah anda?

PUBLIC GOLD BAR/NUGGET:

- Public Gold Bar dikeluarkan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd

- Public Gold Bar diperbuat dari emas 24 carat atau emas 999% ketulinannya

- Public Gold Bar dikeluarkan dalam 4 dinominasi iaitu 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1 kgram

- Public Gold Bar berserta sijil ketulinan bagi setiap item


Tahukah anda?

KIJANG EMAS COIN

- Syiling Kijang Emas dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia

- Syiling Kijang Emas diperbuat dari emas 24 carat atau emas 999% ketulinannya

- Syiling Kijang Emas dikeluarkan dalam 3 dinominasi iaitu 1/4oz, 1/2oz dan 1oz

- Syiling Kijang Emas seberat 1 ounce bersamaan 31.1 gram

- Syiling Kijang Emas dijual melalui Maybank disetiap ibu negeri

- Syiling Kijang Emas diniagakan mulai 18/07/2001

- Syiling Kijang Emas 1 ounce pada 18/07/2001 bernilai RM1082

- Syiling Kijang Emas 1 ounce pada 24/04/2009 bernilai RM3464


Tahukah anda?

EMAS dan DINAR EMAS

- Emas dan Dinar Emas boleh digadai di cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat

- Emas dan Dinar Emas boleh digadai di cawangan Ar-Rahnu Agro Bank

- Emas dan Dinar Emas boleh digadai di cawangan Ar-Rahn PKB

- Emas dan Dinar Emas boleh digadai dimana-mana kedai Pajak Gadai

- Emas dan Dinar Emas boleh dijual balik kepada mana-mana syarikat pengeluar

- Emas dan Dinar Emas boleh dijual dimana-mana kedai emas

- Emas dan Dinar Emas boleh dijadikan mahar – emas kahwin

- Emas dan Dinar Emas digunakan untuk membayar zakat dengan tepat




Khamis, 23 April 2009

Dinar oh Dinar

Ini merupakan Dinar Emas yang pertama keluaran Malaysia. Dinar Emas seberat 4.25 gram ini dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Dimana dinar ini sekarang? Mengapa tiada dinar ini dipasaran? Mengapa tiada cetakan ulangan? Soalan ini ditujukan kepada anda untuk menjawabnya....




Dinar Emas Kelantan. DEK dikeluarkan oleh Permodalan Kelantan Berhad. Dikeluarkan dalam 3 denominasi - 1/4 dinar, 1/2 dinar dan 1 dinar. Diperbuat dari emas 22 carat gold. Boleh diperolehi dari mana-mana cawangan Ar-Rahn http://www.pkb.net.my/arrahn/rangkaian.html
Harga dinar harian boleh dilihat disini
http://dinarkel.com/






Dinar Emas Public Gold 4.25 gram. PD keluarkan oleh Public Fine Gold. Dikeluarkan dalam 3 denominasi - 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Diperbuat dari emas 22 carat. Boleh diperolehi dari Public Fine Gold atau mana-mana dealer's yang berhampiran
http://www.publicgold.com.my/content/view/49/81/
Harga dinar public gold boleh dilihat di
http://www.publicdinar.com/


DEK, PD


Rabu, 22 April 2009

MENABONG DENGAN DINAR EMAS



Tentu anda semua masih ingat lagi bagaimana ibubapa kita mendidik kita untuk menabong. Saya masih ingat lagi ketika itu saya menabong menggunakan tabong gajah. Ada yang menggunakan tabong yang diperbuat dari buluh dan sebagainya. Sekarang ini cara menabong seperti itu sudah kurang digunakan, mungkin sudah tidak digunakan lagi. Walau apa cara digunakan, amalan menabong adalah satu amalan yang baik.

Konsep menabong itu adalah sama dengan konsep menyimpan. Bak kata pepatah melalu “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Kata Haji Bakhil pula, “satu sen pun kalau dikumpul, boleh beli ghumah batu”. Menabong atau menyimpan sebahagian dari pendapatan adalah satu amalan yang sepatutnya diteruskan tanpa henti. Ini adalah kerana jika ada apa-apa keperluan atau musibah yang bakal berlaku dimasa mendatang, sekurang-kurangnya wang simpanan itu dapat meringankan bebanannya.

Tentu sekali anda bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri. Pendahuluan sebanyak 10% dari harga rumah yang hendak dibeli hendaklah disediakan disamping cost peguam sebelum anda dapat meminjam dari mana-mana institusi kewangan bagi membiayai pembelian rumah tersebut. Setelah rumah sudah siap dan boleh diduduki, mungkin sedikit ubahsuai seperti memasang grill dan sebagainya disamping perabut dan peralatan lain diperlukan. Ini semua memerlukan wang. Jika tidak ada simpanan, bagaimana mungkin boleh terlaksana.



Berbalik kepada tabongan dan simpanan. Berapa banyak simpanan ada setiap bulan, bergantong kepada kemampuan anda sendiri, lagi banyak lebih baik.

Contoh: Anda menyimpan RM250/bulan x 12 bulan = RM3,300 x 10 tahun = RM30,000

Masalahnya nilai RM30,000 pada 10 tahun akan datang tidaklah sama dengan nilai RM30,000 sekarang kerana ringgit dimamah inflasi. Jadi anda perlu menyimpan lebih dari RM250/bulan.

Bagaimana pula jika anda menabong atau menyimpan emas? Emas kalis inflasi dan nilainya sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Katakanlah anda menyimpan Dinar Emas.

Contoh: Anda menyimpan 1/2dinar/bulan x 12 bulan = 6 dinar x 10 tahun = 60 dinar emas
Harga dinar hari ini 1 dinar = RM460 x 60 dinar = RM27,600
Andaian peningkatan harga dinar sebanyak 15% setahun x 10 tahun = 150%
Harga dinar anda 10 tahun akan datang = RM27,600 x 150% = RM41,400

Purata kenaikan harga emas ialah lebih dari 20% setahun. Statistic ini dapat dilihat dari website Bank Negara Malaysia. Cuba lihat harga emas dari tahun 2001 sehingga sekarang. BNM



Dari contoh diatas, anda cuma menyimpan 1/2dinar sebulan, lebih kurang RM230/bulan dan nilai simpanan anda 10 tahun akan datang, jauh lebih besar berbanding menyimpan dengan ringgit. Disamping itu juga emas boleh dipajakkan di Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad, Ar-Rahnu Bank Rakyat atau Ar-Rahnu Agro Bank untuk menampong kesakan sementara.

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan samada hendak menyimpan dengan 1/4dinar, 1/2dinar, 1dinar, 5dinar atau 10dinar. Ada dua pilihan anda untuk mendapatkan dinar:

1 – Dinar Emas Kelantan – 1dinar, 1/2dinar dan 1/4dinar
2 – Dinar Public Gold – 1dinar, 5dinar dan 10dinar

Saya percaya, anda tentu bijak membuat pilihan.

Dinar Emas Kelantan, Dinar Public Gold

Isnin, 20 April 2009

Membeli Public Dinar dari agen Public Fine Gold


Public Fine Gold International adalah syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan Dinar, Gold Coin, Gold Nugget dan Gold Bar. Dinar menggunakan emas 916 manakala yang lain-lain dari emas tulin 999.9%.

Public Gold HQ
Public Fine Gold International Sdn Bhd
(818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Tel : 04-644 9999

Harga pasaran dinar dan emas semasa boleh dilihat dari website Public Dinar (sini) dan Public Gold (sinun)

Dinar keluaran Public Gold dalam 3 saiz iaitu:
1 Dinar
5 Dinar
10 Dinar

Gold Coin, Nugget dan Gold Bar Public Gold:
Gold Coin 50 gram
Gold Nugget 20 gram
Gold Nugget 50 gram
Gold Bar 100 gram
Gold Bar 1 kilogram

Setiap pembelian dinar/coin/nugget/bar dari Public Gold disertakan sijil ketulinan.

Emas keluaran Public Fine Gold boleh diperolihi dari ibu pejabat Public Gold atau dari agen-agen jualan atau dealer's yang boleh dilihat di sini

Memandangkan harga dinar turun sedikit setelah kejatuhan harga emas dua tiga minggu yang lepas, saya membuat keputusan untuk membeli dinar, sebagai tambahan kepada yang sedia ada.

Kali ini saya membeli Dinar dari seorang agen jualan Public Dinar yang berhampiran dengan tempat tinggal saya iaitu di Bandar Kinrara, Puchong.





Inilah pertama kali saya melihat Dinar Public, cukup cantik, menarik dan terpesona dengan kilauannya. Sebelum ini saya mengumpul Dinar Kelantan.

Perbualan biasa diantara pembeli dan penjual. Setelah bayaran dibuat, dinar PG 5D bertukar tangan dengan akad jual beli berjalan serentak. Perbualan diterusan dengan menceritakan pengalaman masing-masing seolah-olah kawan lama yang terpisah 15 tahun. Pada hal inilah kali pertama kami bertemu.

Disini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Saiful Nazri @ agen PG yang melayan pelanggannya (den la tu...) dengan mesra sekali. Saya juga mengambil kesempatan ini menyeru kepada sesiapa yang ingin membeli Public Dinar, Coin, Nugget atau Bar dikawasan berhampiran dan sewaktu dengannya , sila hubungi Encik Saiful Nazri - HP: 012-6513 775 Bandar Kinrara Sec.3

Cuci mata (besornye..), Public Dinar, Public Gold

Ahad, 19 April 2009

Zakat Emas













Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak

1. Emas Yang Disimpan

Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.

Contoh: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa), maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM100.

2. Emas Yang Dipakai

Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.

Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM50.

Tunaikanlah zakat apabila sampai nisab (85gram) emas dan cukup haul setahun.

Harta-harta lain yang diwajibkan zakat:

ZAKAT HARTA
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Emas & Perak
- Zakat Saham
- Zakat KWSP
- Zakat Pertanian
- Zakat Ternakan

Sumber: Zakat, Emas Kalkulator

Rabu, 15 April 2009

Apa itu Dinar Emas?

Dinar Emas atau Gold Dinar ialah syiling emas 24 karat atau emas 999.9 ketulinannya. 1 Dinar bersamaan 4.25gram.


Difinasi Dinar Emas dari Vikipedia:

Islamic gold dinar:

The modern Islamic gold dinar (sometimes referred as Islamic dinar or Gold dinar) is a bullion gold coin made from 4.25 grams of 22-carat (k) gold that is a recent revival of the historical gold dinar which was a leading coin of early Islam. It is separate from the currencies of various states that use the dinar as a denomination.

Gold Content And Value Calculator

Denomination Weight Lon Fix
1 Dinar 0.125254 Oz $110.13
2 Dinars 0.250508 Oz $220.26
8 Dinars 1.002032 Oz $881.04

• Fabrication costs are not included
• London Fix on Apr 07, 2009 @ 879.25

Dinar history

According to Islamic law, the Islamic dinar is a coin of 22k (91.7%) gold weighing 4.25 grams. The Islamic dirham coin is 2.975 grams of pure silver. Umar Ibn al-Khattab established the known standard relationship between them based on their weights: "7 dinars must be equivalent (in weight) to 10 dirhams."

“The Revelation undertook to mention them and attached many judgements to them, for example zakat, marriage, and hudud, etc., therefore within the Revelation they have to have a reality and specific measure for assessment of zakat, etc. upon which its judgements may be based rather than on the non-shari'i other coins.

Know that there is consensus [ijma] since the beginning of Islam and the age of the Companions and the Followers that the dirham of the shari'ah is that of which ten weigh seven mithqals weight of the dinar of gold... The weight of a mithqal of gold is seventy-two grains of barley, so that the dirham which is seven-tenths of it is fifty and two-fifths grains. All these measurements are firmly established by consensus.”
—Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah

Modern history

As a consequence of the currency crisis in Asia, in the first part of 1997, then Prime Minister of Malaysia Mahathir bin Mohamad proposed introduction of Islamic gold dinar as currency for international trade in the Muslim world. It was intended to replace the United States dollar and, as a gold-based currency, provide a medium of exchange more stable than the dollar. Mahathir announced that Malaysia was to start using the dinar in mid-2003, but when in 2003 Abdullah Ahmad Badawi replaced him as Prime Minister of Malaysia, this idea was halted.

Gold dinar in Malaysia

On the 20 September 2006, Kelantan became the first state to launch gold dinar coins. It features the Kelantanese state crest, the date of production, as well as the weight and purity of the gold used on its face. The Dinar Emas Kelantan (DEK) is similar to the original dinar in weight and purity of gold used. The coins can be bought and sold at the Kelantan Corporation Berhad (Perbadanan Kelantan Berhad) and all eight Ar-Rahn Islamic pawnshops in the state.

Common uses of the gold dinar include:
- Saving them, because they are wealth in themselves.
- Paying zakat and dowry as established within Islamic Law.
- Buying merchandise from outlets.
- Holding accounts, and making and receiving payments as with any other medium of exchange. [1]

Sudah tentu ada diantara anda yang telah menyimpan Dinar Emas atau ingin menyimpan Dinar Emas. Diantara Dinar Emas yang berada dipasaran sekarang ialah Dinar Emas Kelantan dan Dinar Emas Public Gold.

Mungkin ada diantara ada yang telah mengumpul Dinar Emas sebagai koleksi peribadi atau sebagai hobi. Walau apapun tujuan anda, mengumpul Dinar Emas adalah satu pilihan yang terbaik kerana harga emas akan meningkat dari masa ke semasa dan ia akan menjadi satu pelaburan yang menguntungkan untuk jangkamasa panjang.

Sumber Vikipedia Dinar DinarPG
Topik Berkaitan Dinar Emas Kelantan

Isnin, 13 April 2009

Apakah Ringgit Mempunyai Nilai Yang Kukoh



Ringgit adalah matawang Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa kita semua memerlukan wang untuk perbelanjaan seharian untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Pendek kata, semuanya memerlukan wang, bahkan ada yang mencuri, merompak, mengugut dan membunuh untuk mendapatkan wang. Begitulah betapa pentingnya wang dalam kehidupan kita seharian. Wang adalah sesuatu yang sangat berharga.



Empat fungsi wang yang utama:

1. Sebagai Unit Nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual didalam Ringgit
Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah Ringgit dan Sen.

2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Contoh, jika anda hendak ke
pasar malam untuk membeli barang keperluan, anda cuma perlu membawa Ringgit
Malaysia yang mencukupi. Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai
media pertukaran dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda. Ini membolehkan urusniaga
secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan. Contohnya, jika anda membuat
pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %, maka jumlah pembayaran pada masa
hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai Penyimpan Nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul. Dengan kata lain kita boleh
menyimpan wang dan menggunakannya pada masa hadapan/bila diperlukan tanpa perlu
risau wang tersebut kehilangan nilainya. Sebab itulah benda-benda yang mudah
rosak seperti buah-buahan tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika fungsi-fungsi diatas tiada pada sesuatu matawang, maka tidaklah ia merupakan wang yang terbaik. Piawaian emas telah digunakan untuk mencetak sesuatu matawang.








wang kertas 1 ringgit 50 tahun dahulu

Selepas perang dunia I tahun 1914, piaian emas telah tidak digunapakai oleh kerana banyak negara-negara yang terlibat telah mencetak matawang melebihi dari simpanan emas yang dimilikinya.

Pada 1 Julai 1944 negara-negara sekutu telah bersepakat untuk menstabilkan semula tukaran wang setelah perang dunia II, melalui Perjanjian Bretton Woods. Amerika akan menukar wang kertas USD35 dengan 1 ounce emas. Perjanjian ini telah menyepakati bahawa pencetakan matawang sesebuah negara berdasarkan rezab emas, dan dolar dijadikan piaian matawang dunia.

Malangnya pada 15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika dan sekutunya membatalkan Perjanjian Bretton Woods dengan mencetak lebih banyak wang kertas untuk membiayai ekonominya. Sistem kewangan dunia berubah dimana matawang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu dari rizab matawang asing yang dimilikinya. Dunia mula menggunakan fiat money.

Pemansuhan nilai tara USD kepada emas inilah yang menjadi punca kepada krisis ekonomi yang meluas. Mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya hanya dalam USD dengan kadar faedah tertentu. IMF menetapkan 15% - 20%. Ini adalah perangkap negara maju untuk mengeploitasikan negara miskin.

Penggunaan wang fiat diperkenalkan oleh negara kolonialis untuk memanipulasikan pasaran wang dunia dan menjadi alat penjajahan.

Baru-baru ini Amerika dibawah Presiden Barrack Obama didalam Persidangan G20 sekali lagi mengulangi apa yang dibuat oleh Presiden Richard Nixon dengan mencetak 1.1 trilion USD untuk membantu negara-negara miskin. Negara miskin akan terus terbeban dengan faedah yang mesti dilangsaikan, sekaligus menyelamatkan Amerika dari krisis kewangan yang melandanya.

Dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil, mampukah sesebuah negara mempertahankan nilai wang negara masing-masing. Lihat apa yang berlaku di Zimbabwe. Inflasi meningkat, wang susut nilai. 100 billion Zimbabwean Dollar diperlukan untuk membeli 3 biji telur. Untuk meneruskan kehidupan mereka mendulang emas.



Tentu sekali kita tidak mahu keadaan sedemikian berlaku pada negara kita. Tepi takdir penentu segala. Jadi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan. Tukar tabongan anda dengan emas, menggantikan ringgit.

The Real Money is GOLD.

Perjanjian Bretton Woods
fiat money
G20

Ahad, 12 April 2009

Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak.


Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Topik berkaitan: Dinar Emas Kelantan

Labur Dalam Emas


KILAUAN kuning emas sering menjadi tarikan sesetengah wanita hingga ada yang sanggup berhabis wang semata-mata untuk memilikinya.

Bagi mereka yang kurang cenderung menghimpunkan barangan kemas dihasilkan daripada emas kuning, malah langsung tidak terfikir untuk memilikinya, tarikan logam ini tetap tidak dapat dinafikan menerusi nilainya sebagai aset pelaburan.

Membeli dan menjual emas sebagai satu bentuk pelaburan bukan kisah baru namun memiliki jongkong emas atau mungkin lebih sesuai disebut kepingan emas untuk beratnya yang agak minimum, antara aliran yang agak rancak kini.

Kepopularannya mungkin berpunca daripada pelbagai faktor khususnya harga emas yang menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini. Ia juga dikatakan antara pelaburan terbaik dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan kini.

"Sekalipun harganya jatuh, tetapi secara purata, harga emas tetap berada pada tahap yang tinggi. Jika tahun lalu, ia pernah berada pada harga RM80 segram, namun kini rata-rata ia berada pada harga RM120 segram.

"Kenaikan harganya yang agak ketara ini antara tarikan utama pembelian emas sebagai pelaburan. Malah, berdasarkan pemerhatian, aliran pembelian jongkong emas semakin popular sejak tahun lalu," kata Penolong Pengurus Komunikasi Pemasaran Habib Jewels Sdn Bhd (Habib), Yasheedah Yashaiya ketika ditemui di ruang pameran Habib di Alamanda, Putrajaya, baru-baru ini.

Menurutnya, peningkatan dan penurunan harga emas boleh dirujuk pada harga dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu apabila harga dolar AS meningkat, harga emas akan menurun dan sebaliknya.

Bagi Habib, pengeluaran jongkong emas dilakukan sejak syarikat terbabit mula beroperasi. Ia dihasilkan dalam bentuk yang ringkas, sekali gus memudahkan pemiliknya untuk menyimpan, bahkan jongkong emas itu boleh dijual di mana-mana ceruk dunia.

Kepingan emas seberat 10 gram misalnya, hanya selebar ibu jari manakala berat maksimum dikeluarkan Habib adalah jongkong emas satu kilogram.

Jongkong atau kepingan emas berkenaan adalah jenis terbaik iaitu emas 999 yang mempunyai nilai paling tinggi berbanding tiga jenis emas lain - 916, 835 dan 750.

Bagi kepingan emas 10 gram, harga semasa mengikut pasaran dunia mungkin menjangkau RM1,300 namun syarikat berkenaan boleh mengurangkan harganya berdasarkan beberapa faktor misalnya cara bayaran.

Pembayaran dilakukan secara tunai mendapat potongan harga berbeza untuk setiap gram berbanding pembayaran menggunakan kad kredit.

Menariknya, menurut Yasheedah, ramai pembeli jongkong atau kepingan emas berkenaan adalah lelaki yang memang mendapatkannya semata-mata untuk tujuan pelaburan.

"Wanita yang bekerjaya turut memilikinya untuk pelaburan dan ada yang menjadikannya sebagai hadiah hantaran perkahwinan," katanya.

Di kalangan wanita yang memang menggemari emas kuning, katanya, gelang dan rantai tangan antara aksesori yang paling laris, bukan saja dijadikan pelaburan, malah untuk perhiasan diri.

Memandangkan sambutan terhadap emas putih, turut dijadikan pilihan adalah barangan kemas dihasilkan daripada emas 916 yang disalut emas putih sekali gus menghasilkan dua rona berbeza, putih dan kuning pada satu-satu aksesori.

Antaranya koleksi eksport barangan kemasnya diberi potongan sehingga 70 peratus manakala koleksi dianggap paling istimewa adalah berlian bersijil dengan potongan harga paling rendah di pasaran.

Info
Warna emas paling popular
- Emas kuning - warna emas dalam keadaan semula jadi yang bersinar dan begitu menyerlah.
- Emas merah - warna diperoleh hasil campuran tembaga ke dalam emas untuk menghasilkan kilauan berseri.
- Emas putih - dihasilkan menerusi kombinasi emas dengan sejumlah besar perak manakala bahan lain seperti zink, nikel dan palladium boleh digunakan untuk memutihkan emas.

Menjaga barangan perhiasan emas
- Jika sering dipakai, ia tentu menarik kehadiran debu dan habuk. Pastikan perhiasan emas dicuci setiap tiga bulan supaya lebih berkilat. Gunakan pencuci khusus (ada di kebanyakan kedai emas) atau air sabun suam dan berus gigi lembut untuk menanggalkan minyak serta bahan lain.

- Simpan dalam bekas berasingan atau bekas lembut untuk mengelakkannya bergesel antara satu sama lain yang boleh mengakibatkan calar.
- Pakai barangan emas selepas solekan, wangian dan penyembur rambut kerana bahan kimia dalam bahan berkenaan boleh bertindak balas dengan aloi dalam barangan emas.
- Usah berenang bersama barangan emas kerana klorin dalam kolam renang dan garam dalam air laut boleh merosakkan barangan emas selain risiko kehilangannya.
- Usah menggunakan barangan emas ketika melakukan kerja di rumah atau berkebun kerana bahan pelelas (pelicin) dalam pencuci dan tanah boleh mencalarkan barangan emas.
- Beri perhatian pada kancing dan pengunci keselamatan lain pada rantai, gelang tangan serta gelang kaki. Jika ada tanda kerosakan, hantarkannya untuk diperbaiki oleh tukang yang mahir.

Ahad, 12 April 2009 - MyMetro
Oleh Rahayu Mohd Salleh

ayu@nstp.com.my

Sabtu, 11 April 2009

Dinar Emas Kelantan



Dinar Emas Kelantan dikeluarkan oleh Permodalan Kelantan Berhad dan pelancarannya telah dibuat pada 20 September 2006. Dinar Emas Kelantan dikeluarkan dalam 4 saiz iaitu 1/4 Dinar, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 2 Dinar.


* Satu Dinar merujuk kepada emas 22 Karat atau emas 916 yang beratnya 2.25 gram.


Syiling Dinar Emas berbentuk bulat, senang untuk dibawa atau disimpan. Kilauan kekuningan emas tentu sekali membuatkan anda terpesona.

Ar-Rahn merupakan pejabat jualan Dinar Emas Kelantan yang berada diseluruh Semenanjung. Bagi anda yang berada di Selangor dan Wilayah Persekutuan, anda boleh dapatkan Dinar Emas Kelantan di cawangan Ar-Rahn seperti berikut:


Ar-Rahn Raja Laut
No. 44G, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26933433
Fax : 03-26933431

Ar-Rahn Kajang
No. 10 Jalan Raja Harun
43000 Kajang
Selangor
Tel: 03-87361517
Fax: 03-87367552

Ar-Rahn Rawang
No. 49, Jalan Maxwell,
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03-60928441
Fax : 03-60928429

Anda boleh melihat cawangan2 Ar-Rahn dari laman web resmi Dinar Emas Kelantan http://www.dinarkel.com/

Harga belian dan jualan dapat dilihat dari laman web yang sama. Perbezaan harga belian dan jualan ialah RM5, RM10, RM20 dan RM40 mengikut kategori masing2. Pandangan peribadi saya, spread yang rendah membuatkan ramai yang berminat terutama untuk tujuan pelaburan.

Di Ar-Rahn juga anda boleh memajak emas, jika anda hendak menggunakan wang sementara.

Kebaikan Emas Dinar Kelantan:
- harga lebih murah berbanding emas 999.9 atau emas 24 karat
- sifatnya lebih keras, jadi tidak mudah calar atau bengkok
- boleh digadai, jika hendak gunakan wang sementara
- boleh dijual untuk mendapatkan wang anda semula

Kenapa perlu simpan dinar?
- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Selamat menyimpan@melabur.

Rabu, 8 April 2009

Emas Sebagai Pelaburan



Bercakap berkenaan pelaburan, kita semua sedia maklum bahawa banyak pelaburan-pelaburan yang ada mithalnya:


  • Amanah Saham Nasional;
  • Unit Trust
  • Bursa Saham Kuala Lumpur (KLCI)
  • Fix Deposit (Mudharabah)
  • Tukaran Wang Asing (FOREX)
  • Rumah/Hartanah
Saya bukanlah hendak membicarakan tentang pelaburan-pelaburan diatas, walaupun saya pernah terlibat dengannya, kecuali FOREX dan rumah/hartanah (tak mampu beb...). Apa yang saya hendak berkongsi dengan anda semua ialah pelaburan EMAS

Mengapa EMAS?

Emas merupakan alat penukaran paling selamat semasa berlakunya ketidakstabilan politik atau pasaran. Pasaran saham pernah kerugian ribuan juta sedangkan emas meningkat hampir 40% pada masa yang sama. Simpanlah ditempat yang selamat - EMAS.

Inisiatif Kerajaan Malaysia untuk menggunakan emas sebagai "International Trade Settlement" menunjukkan mustahaknya emas sebagai matawang dalam abad ke 21 Masihi. Wang kertas adalah tertakluk kepada inflasi dan spekulasi dan nilai sering hilang dari semasa ke semasa.

Sebagai langkah proaktif, Kerajaan Kelantan memperkenalkan Emas Dinar kepada masyarakat sebagai usaha mengembalikan peranan/fungsi dinar di dalam ekonomi Islam.

Emas adalah kalis inflasi (inflation proof), dan mempunyai nilai tetap dan dikehendaki di serata dunia.

Emas adalah satu cara yang terbaik untuk menyimpan harta. Emas adalah harta sebenar dalam tangan anda, diiktiraf dan diterima di seluruh dunia oleh pelbagai kaum dan agama.

Apa yang kita semua maklum, matawang yang dikeluarkan disemua negara adalah bersandarkan nilai harga emas yang disimpan di "Federal Reserved" USA. Apa yang berlaku sekarang Dollar Amerika (USD) tidak lagi bersandarkan kepada emas, jadi nilainya tidak stabil. Didalam pertukaran wang asing (FOREX), nilai Ringgit dan matawang asing yang lain masih bergantung kepada nilai USD yang tidak stabil. Apakah tiada kemungkinan USD akan menjadi duit Jepun gambar pokok pisang satu hari nanti....

Jadi... tunggu apa lagi... tukarkan Ringgit kepada EMAS.