Anda tentu sudah tahu berkenaan Ar-Rahn atau Ar-Rahnu, dengan nama lain Pajakan Secara Islam. Mengapa memilih Ar-Rahn atau Ar-Rahnu? Kerana ia menepati syaraq. Kedua upah pajaknya lebih rendah berbanding dengan system pajakan conventional. Cuma bawa koleksi emas anda ke Ar-Rahn atau Ar-Rahnu untuk dipajakkan. Ada Ar-Rahn atau Ar-Rahnu yang memberi margin pinjaman dari 60% - 70%. Hasil dari pajakan tersebut, anda gunakan untuk membeli emas sebagai tambahan kepada yang sedia ada.
Sebelum itu anda harus memilih Ar-Rahn atau Ar-Rahnu pilihan anda. Mungkin anda akan memilih mengikut ciri-ciri seperti dibawah:
1 - Margin pinjaman yang tinggi
2 – Upah simpan yang rendah
3 – Tempuh gadaian yang flexible
4 – Berhampiran dengan pejabat/tempat tinggal
Rata-ratanya Ar-Rahnu memberi had gadaian sehingga RM50,000/RM10,000 sehari. Mari kita lihat perbandingan margin pinjaman, upah simpan dan tempuh gadaian bagi ketiga-tiga Ar-Rahnu dibawah:
Ar-Rahnu Agro Bank:
Margin Pinjaman: 50%, 60% dan 70%
Upah Simpan: RM0.50/RM100, RM60/RM100 dan RM70/RM100
Margin Pinjaman: RM10,000 x 70% = RM7,000
Upah Simpan: RM10,000 @ upah RM0.70/RM100 = RM70 sebulan x 6 bulan = RM420.00
Tempuh Gadaian: 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan
Ar-Rahnu Bank Rakyat:
Margin Pinjaman: RM10,000 x 65% = RM6,500
Upah Simpan: RM10,000 @ upah RM0.75/RM100 = RM75 sebulan x 6 bulan = RM450.00
Tempuh Gadaian: 6 bulan + 6 bulan + bulan sehingga selesai
Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad:
Margin Pinjaman: RM10,000 x 60% = RM6,000
Upah Simpan: RM10,000 @ upah RM0.95/RM100 = RM95 sebulan x 6 bulan = RM570.00
Tempuh Gadaian: 6 bulan + 6 bulan
Ar-Rahnu Agro Bank memberi margin pinjaman 50% sehingga 70%, manakala upah simpan yang rendah dari RM0.50/RM100 ke RM0.70/RM100, tetapi tempuh gadaian agak pendek. Ar-Rahnu Bank Rakyat pula memberi margin pinjaman sebanyak 65%, upah simpan RM0.75/RM100 dan tempuh gadaian yang lebih panjang. Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad cuma memberi margin pinjaman 60%, upah simpan RM0.95/RM100 dan tempuh gadaian maksima 12 bulan.
Buatlah pilihan anda sendiri. Anda sendiri yang menguruskan kewangan @ keemasan anda.
Akhir sekali, bila harga emas turun – beli atau tambah pelaburan; bila harga emas naik – jual sebahagian; bila harga emas naik dikemuncak – jual semua; tunggu saat dan ketika yang terbaik untuk beli semula pada harga rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan