Kenapa perlu simpan emas dan dinar? - Ia merupakan wang sunnah - Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value) - Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) - Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) - Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Rabu, 8 April 2009
Gold Bar/Nugget dan Coin
Gold Bar merujuk kepada emas 999.9. Angka 999.9 itu menunjukkan ketulinan (purity) emas tersebut, iaitu 999.9%. Emas 999.9 boleh didapati didalam bentuk nugget/bar dan coin/syiling. Gold bar/nugget boleh didapati dalam berbagai saiz, 20gm, 50gm, 100gm dan 1kg. Gold coin pula boleh didapati dengan saiz 1/4oz, 1/2oz dan 1oz.
Samada Gold bar/nugget atau coin, emas ini kebiasaannya disimpan untuk tujuan pelaburan. Diantara Gold Coin yang popular di Malaysia ialah Kijang Emas Gold Coin. Kijang Emas Gold Coin boleh didapati dari Maybank disetiap ibu negeri. Selain dari itu terdapat juga Gold Coin seperti Canadian Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion dll. Gold Coin tersebut boleh didapati dari OUB terpilih.
Gold bar/nugget yang popular ialah Pamp Gold, Pamp Suisse, Kine Bar. Boleh didapati dengan saiz dari 1gm ke 100gm dan dari 1/2oz dan 1oz. Gold bar/nugget ini boleh didapati dari OUB terpilih.
Gold bar/nugget keluaran tempatan, yang dikeluarkan oleh Public Gold International (Public Gold) juga sedang mendapat sambutan sekarang ini. Emas keluaran Public Gold boleh didapati dengan saiz 20gm, 50gm, 100gm dan 1kg dan boleh didapati dari Public Gold atau wakil-wakil jualan diseluruh negeri.
Anda juga boleh mendapatkan gold bar/nugget dari kedai-kedai emas yang terkenal seperti Habib Jewel, Kedai Emas Poh Kong, Kedai Emas Poh Win dan mungkin ada lagi yang diluar pengetahuan saya.
Kedai Emas Habib Jewel dan Poh Win menjual emas Pamp Suisse, manakala Kedai Emas Poh Kong mengeluarkan gold bar tersendiri dipanggil Bunga Raya Gold Bar.
Harga jualan/belian diantara sesebuah kedai adalah tidak sama dan spread adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan OUB dan Public Gold.
Untuk memaksimakan keuntungan pelaburan, saya syorkan Public Gold dan OUB.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan