Kenapa perlu simpan emas dan dinar? - Ia merupakan wang sunnah - Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value) - Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) - Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) - Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Isnin, 13 April 2009
Apakah Ringgit Mempunyai Nilai Yang Kukoh
Ringgit adalah matawang Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa kita semua memerlukan wang untuk perbelanjaan seharian untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Pendek kata, semuanya memerlukan wang, bahkan ada yang mencuri, merompak, mengugut dan membunuh untuk mendapatkan wang. Begitulah betapa pentingnya wang dalam kehidupan kita seharian. Wang adalah sesuatu yang sangat berharga.
Empat fungsi wang yang utama:
1. Sebagai Unit Nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual didalam Ringgit
Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah Ringgit dan Sen.
2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Contoh, jika anda hendak ke
pasar malam untuk membeli barang keperluan, anda cuma perlu membawa Ringgit
Malaysia yang mencukupi. Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai
media pertukaran dengan barangan yang mereka jual.
3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda. Ini membolehkan urusniaga
secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan. Contohnya, jika anda membuat
pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %, maka jumlah pembayaran pada masa
hadapan boleh dikira dengan mudah.
4. Sebagai Penyimpan Nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul. Dengan kata lain kita boleh
menyimpan wang dan menggunakannya pada masa hadapan/bila diperlukan tanpa perlu
risau wang tersebut kehilangan nilainya. Sebab itulah benda-benda yang mudah
rosak seperti buah-buahan tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik.
Jika fungsi-fungsi diatas tiada pada sesuatu matawang, maka tidaklah ia merupakan wang yang terbaik. Piawaian emas telah digunakan untuk mencetak sesuatu matawang.
wang kertas 1 ringgit 50 tahun dahulu
Selepas perang dunia I tahun 1914, piaian emas telah tidak digunapakai oleh kerana banyak negara-negara yang terlibat telah mencetak matawang melebihi dari simpanan emas yang dimilikinya.
Pada 1 Julai 1944 negara-negara sekutu telah bersepakat untuk menstabilkan semula tukaran wang setelah perang dunia II, melalui Perjanjian Bretton Woods. Amerika akan menukar wang kertas USD35 dengan 1 ounce emas. Perjanjian ini telah menyepakati bahawa pencetakan matawang sesebuah negara berdasarkan rezab emas, dan dolar dijadikan piaian matawang dunia.
Malangnya pada 15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika dan sekutunya membatalkan Perjanjian Bretton Woods dengan mencetak lebih banyak wang kertas untuk membiayai ekonominya. Sistem kewangan dunia berubah dimana matawang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu dari rizab matawang asing yang dimilikinya. Dunia mula menggunakan fiat money.
Pemansuhan nilai tara USD kepada emas inilah yang menjadi punca kepada krisis ekonomi yang meluas. Mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya hanya dalam USD dengan kadar faedah tertentu. IMF menetapkan 15% - 20%. Ini adalah perangkap negara maju untuk mengeploitasikan negara miskin.
Penggunaan wang fiat diperkenalkan oleh negara kolonialis untuk memanipulasikan pasaran wang dunia dan menjadi alat penjajahan.
Baru-baru ini Amerika dibawah Presiden Barrack Obama didalam Persidangan G20 sekali lagi mengulangi apa yang dibuat oleh Presiden Richard Nixon dengan mencetak 1.1 trilion USD untuk membantu negara-negara miskin. Negara miskin akan terus terbeban dengan faedah yang mesti dilangsaikan, sekaligus menyelamatkan Amerika dari krisis kewangan yang melandanya.
Dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil, mampukah sesebuah negara mempertahankan nilai wang negara masing-masing. Lihat apa yang berlaku di Zimbabwe. Inflasi meningkat, wang susut nilai. 100 billion Zimbabwean Dollar diperlukan untuk membeli 3 biji telur. Untuk meneruskan kehidupan mereka mendulang emas.
Tentu sekali kita tidak mahu keadaan sedemikian berlaku pada negara kita. Tepi takdir penentu segala. Jadi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan. Tukar tabongan anda dengan emas, menggantikan ringgit.
The Real Money is GOLD.
Perjanjian Bretton Woods
fiat money
G20
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan