Khamis, 28 Januari 2010

Mempelbagaikan Koleksi Emas


Ada diantara penggemar/peminat/pengumpul/ pelabur emas yang suka mempelbagaikan koleksi/simpanan/pelaburan mereka. Mereka-mereka ini lebih gemar mengumpul saiz kecil, tetapi tidak kurang juga ada yang mengumpul dari saiz kecil sehingga saiz besar. Berbeza dengan pelabur, rata-rata lebih gemar mengumpul saiz yang besar.

Bagi mereka yang gemar untuk mempelbagaikan koleksi emas, terutamanya emas yang saiz kecil, selain dari emas UOB,Emirates Gold juga terdapat pelbagai saiz, iaitu 1gm, 2.5gm, 5gm, 10gm dan 20gm.

Harga semasa Emirates Gold boleh dilihat dari web pengedar sah Nusantara Bullion Exchange (Nubex). Nubex, sebuah syarikat bumiputra tempatan yang bertanggungjawab mengedar Dinar Muslimdan Emirates Gold.

Harga jualan Emirates Gold pada hari ini 28/01/2010 @ 5.17pm

EG1g - RM185.33 - RM185.33/g
EG2.5g - RM401.54 - RM160.62/g
EG5g - RM710.41 - RM142.08/g
EG10g - RM1348.44 - RM134.84/g
EG20g - RM2659.77 - RM132.99/g

Spread (perbezaan harga jualan/belian balik) Emirates Gold. Harga belian balik boleh dilihat dengan mengklik item pada web Nubex.

EG1g - RM185.33 / RM120.46 - RM64.87(35%)
EG2.5g - RM401.54 / RM309.18 - RM92.36(23%)
EG5g - RM710.41 / RM639.37 - RM71.04(10%)
EG10g - RM1348.44 / RM1254.05 - RM94.39(7%)
EG20g - RM2659.77 / RM2513.48 - RM146.29(5.5%)

Samada menyimpan emas bersaiz kecil atau besar, yang penting menyimpan emas dapat menyelamatkan simpanan anda dari susut nilai, berbanding dengan menyimpan ringgit.

Selamat menambah koleksi emas 999(24K)

Sabtu, 23 Januari 2010

Harga Emas Jatuh - Pro dan Kontra

Harga emas sedang menurun...... apa perlu dibuat. Lumrah kepada setiap manusia, ada yang cemas dan ada yang gembira dengan penurunan harga emas. Emas yang terkumpul sudah berkilo-kilo, mana tak cemas dengan penurunan harga emas..... ia tak? Ada yang baru sahaja membeli emas bulan lepas, tiba-tiba harga menurun pula, tentu terlintas didalam fikiran bila boleh buat untung......

Berlainan pula dengan mereka yang sedang berura-ura untuk membeli emas. Membeli emas dengan harga rendah adalah target utama mereka.

Kita semua sedia maklum bahawa emas adalah komoditi yang didagangkan dipasaran antarabangsa. Sebagai komoditi ia tertakluk kepada permintaan dan penawaran, jadi sudah tentu akan berlaku kenaikan dan penurunan harga pasaran.

Pelabur kebiasaannya mengambil kesempatan dari penurunan harga emas untuk menambah emas dalam simpanan mereka. Bagi mereka yang ada emas dalam simpanan, inilah masa untuk gunakan emas tersebut bagi menambah simpanan yang sedia ada. Bawa emas tersebut ke ar-rahnu yang berdekatan dan pajak. Hasil pajakan (65% dari nilai marhun) digunakan untuk membeli emas tambahan.

Sejauh mana harga emas akan turun dan berapa lama ia akan naik semula. Inilah diantara fenomena yang berada dalam fikiran seorang pelabur.

Apa yang penting, simpan emas dapat protect dari kejatuhan nilai ringgit.

Fakta dari Bank Negara Malaysia:
Kijang Emas 1oz (18/07/2001) - RM1082 - RM35.79/g
Kijang Emas 1oz (22/01/2010) - RM3929 - RM126.33/g

Rabu, 13 Januari 2010

Emirates Gold

Emirates Gold satu lagi product emas dengan ketulinan 999.9 bertaraf antarabangsa. Emirates Gold juga dikenali sebagai Emas Dubai. Ini adalah kerana Emirates Gold dikeluarkan oleh Dubai Multi Commodities Centre (DMCC).

Emirates Gold boleh didapati dari Nubex, syarikat bumiputra tempatan yang beroperasi dialamat seperti dibawah:


Nusantara Bullion Exchange (nubex)
C-510, Centre Wing,
Metropolitan Square,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

info[at]nubex.com.my
Phone : +6(03)-7729 9640/04
Fax : +6(03)-7729 9940
Cell : +6(013)-399 9688


Nubex memasarkan produk Emirates Gold didalam beberapa saiz, iaitu 1g, 2.5g, 5g, 10g dan 20g. Bagi mereka yang meminati gold bar/nugget dalam saiz kecil, Nubex adalah salah satu pilihan selain dari UOB.

Untuk mengetahui harga pasaran semasa, sila lawati web Nubex. Untuk mengetahui harga 'buy back' sila klik pada item berkenaan. Pembelian terus dengan Nubex bolehlah dibuat melalui web tersebut. Penghantaran dan insuran dikenakan sedikit kos tambahan. Kos tambahan ini ditanggung oleh pelanggan.

Selamat menambah aset pelaburan anda.

Khamis, 7 Januari 2010

Emas - Pilih Spread Rendah

Spread ialah perbezaan harga selling dan buying. Spread juga berbeza-beza jika dibandingkan dengan satu pengeluar dengan pengeluar yang lain walaupun beratnya sama. Sedia maklum bahawa emas bukanlah barang kawalan, sebab itu setiap pengeluar bebas menetapkan harga masing-masing. Oleh itu terpulanglah kepada pelabur memilih emas pilihan mereka.

Mengapa memilih spread rendah???
Jawapannya, spread rendah dapat memaksimakan keuntungan. Sebagai seorang pelabur, tentu sekali menitik beratkan keuntungan. Spread rendah adalah salah satu ciri untuk memaksimakan keuntungan. Cuba kita lihat perbandingan Gold Coins dibawah:

Kijang Emas
1oz - selling RM3984 / buying RM3746 - spread RM238 (5.97%)
1/2 oz - selling RM2030 / buying RM1873 - spread RM157 (7.73%)
1/4 oz - selling RM1034 / buying RM937 - spread RM97 (9.38%)
(last update: 7 Jan 2010)

Maple Leaf
1oz - selling RM3988 / buying RM3903 - spread RM85 (2.13%)
1/2 oz - selling RM2048 / buying RM1974 - spread RM74 (3.61%)
1/4 oz - selling RM1049 / buying RM999 - spread RM50 (4.76%)
(last update: 7 Jan 2010)

Dapat dilihat bahawa spread Kijang Emas 1oz ialah 5.97%, manakala Maple Leaf 2.13%, begitu juga spread 1/2 oz Kijang Emas 7.73% dan Maple Leaf 3.61%, spread Kijang Emas 1/4 oz 9.38% berbanding Maple Leaf 4.76%.

Pelabur mengharapkan kenaikan harga emas untuk mendapat keuntungan. Dengan kenaikan sebanyak 5.97% bermakna pelaburan dengan Kijang Emas baru balik modal, manakala pelaburan dengan Maple Leaf sudah membuat untung sebanyak 5.97% - 2.13% = 3.84%.

Jika kenaikan harga emas sebanyak 15%, pelaburan dengan Kijang Emas memperolihi keuntungan 15% - 5.97% = 9.03%, manakala pelaburan dengan Maple Leaf 15% - 2.13% = 12.87%.

Kesimpulannya, spread rendah dapat memaksimakan keuntungan. Teruskan melabur dengan emas.

Nota: Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion boleh diperolihi dari UOB main branch diseluruh negeri.

Isnin, 4 Januari 2010

Gold Saving vs Gold Investment


Emas sebagai penyimpan nilai terbaik, sebab itu ia sesuai sebagai saving. Emas juga salah satu komoditi yang didagangkan dipasaran emas antarabangsa, menyebabkan ia sesuai sebagai investment. Carta emas Kitco menunjukkan naik turun harga emas sepanjang tahun 2009. Sekali imbas kita dapat melihat harga rendah pada awal tahun dan harga tinggi diakhir tahun, sudah tentu dengan membeli dan menyimpan emas diawal tahun dan menyimpannya sepanjang tahun, nilai simpanan emas tersebut turut meningkat.

Untuk lebih terperinci mari kita lihat statistik BNM. Kita ambil Kijang Emas 1oz sebagai contoh.

Gold Saving:

Kijang Emas 02/01/2009 - RM3239 / RM3137
Kijang Emas 31/12/2009 - RM3902 / RM3669

Kenaikan nilai RM3902 - RM3239 = RM663 (20.46%). Kijang Emas yang dibeli dengan nilai RM3239 pada 02/01/2009, sekarang bernilai RM3902, kenaikan sebanyak RM663 bersamaan dengan 20.46%.

Gold Investment:

Bagi Investor pula turun naik harga emas memberi peluang untuk membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi - buy low, sell high. Investor memerlukan kemahiran untuk mengetahui pergerakan naik turun harga.

buy 15/01/2009 - RM3085 / RM2987
sell 23/02/2009 - RM3855 / RM3731

Keuntungan jualan RM3731 - RM3085 = RM646 (20.94%)

buy 07/04/2009 - RM3306 / RM3200
sell 26/11/2009 - RM4161 / RM3912

Keuntungan jualan RM3912 - RM3306 = RM606 (18.33%)
Jumlah keuntungan RM646 + RM606 = RM1252 (lebih 39%)

Jika dilihat kenaikan harga emas untuk tahun 2008 dan 2009 lebih menarik jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

Teruskan menyimpan dan melabur emas.