Ahad, 30 Mei 2010

Emas - Minggu Berakhir 28 Mei 2010

Carta emas kitco ditutup USD1214.30 pada 28 Mei 2010. Carta kitco pada 4 Mei 2010 USD1184.00. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak USD30.30. H4 dan D1 menunjukkan trend menurun masih belum tamat. Walau bagaimanapun carta meningkat mulai 24 Mei 2010 sehingga 28 Mei 2010. Wl masih up-trend.

Carta terendah tahun ini ialah pada 5 Februari 2010 USD1058.00 dan tertinggi pada 12 Mei 2010 USD1238.00.

Kadar tukaran wang asing USD3.2940 / USD3.2980.

Harga emas tidak banyak berubah oleh kerana USD mengukuh berbanding MYR menjadi lemah.

Harga gold coins/bar

KIJANG EMAS gold coins
1oz - RM4280.00 / RM4112
1/2oz - RM2180.00 / RM2056.00
1/4oz - RM1110.00 / RM1028.00

UOB gold coins
1oz - RM4209.00 / RM4124.00
1/2oz - RM2161.00 / RM2087.00
1/4oz - RM1107.00 / RM1057.00
1/10oz - RM456.00 / RM429.00
1/4oz - RM290.00 / RM243.00

UOB - Kinebar
1oz - RM4379.00 / RM4194.00
20gm - RM2893.00 / RM2731.00
10gm - RM1545.00 / RM1410.00
5gm - RM879.00 / RM796.00

UOB - Pamp Gold
1oz - RM4302.00 / RM4157.00
100gm - RM14,070.00 / RM13,540.00
20gm - RM2844.00 / RM2708.00
10gm - RM1500.00 / RM1390.00
5gm - RM802.00 / RM719.00

EMIRATES GOLD
20gm - RM2856.91 / RM2685.50
10gm - RM1468.88 / RM1366.06
5gm - RM774.87 / RM697.38
2.5gm - RM437.97 / RM337.24
1gm - RM202.14 / RM131.39

PUBLIC GOLD
20gm - RM2833.00 / RM2663.00
50gm - RM7050.00 / RM6662.00
100gm - RM14,034.00 / RM13,332.00

Simpan emas untuk mengelak aset dari susut nilai, berbanding dengan simpanan dengan ringgit

Sabtu, 22 Mei 2010

Emas - Minggu Berakhir 21 Mei 2010

Carta emas kitco ditutup pada USD1177.00 pada hari Jumaat lepas. Trend pada minggu lepas menurun. Penurunan bermula dari 13 Mei 2010 USD1244.00 kepada USD1177.00, iaitu sebanyak USD67.00. Kemungkinan penurunan ini disebabkan aktiviti mengambil untung dan juga pengukuhan USD berbanding MYR. Kadar tukaran wang asing sekarang ialah USD3.3180 (buying) / USD3.3230 (selling)
Bagi seorang pelabur, inilah kesempatan untuk membeli emas bagi menambah aset yang sedia ada. Beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.

Bagi mereka yang hendak bermula dengan pelaburan emas, mungkin sekarang adalah masa yang sesuai. Begitu juga bagi mereka yang hendak menambah aset pelaburan. Bagi mereka yang kurang mahir dengan carta, bolehlah membuat pembelian secara beransur-ansur. Mereka yang mahir akan menunggu sehingga harga emas betul-betul berada dibawah.

Mungkin harga akan jatuh lagi sebelum naik semula. Carta diatas menunjukkan trend sedang menurun. Walau bagaimanapun, trend weekly masih up-trend.

Teruskan melabur.

Jumaat, 14 Mei 2010

Trend Emas - Minggu Kedua Mei 2010

Carta Emas Kitco ditutup USD1231.40 pada 14 Mei 2010. Harga pada 10 Mei USD1196.00, naik kepada USD1223.00 pada 11 Mei. Naik lagi ke USD1236.00 pada 12 Mei. Menurun pada 13 Mei dan 14 Mei dan ditutup pada USD1231.40.

Kenaikan sepanjang minggu sebanyak USD35.40. Carta pada 4 Mei ialah USD1185.00, dengan itu kenaikan sepanjang dua minggu ialah sebanyak USD46.40

Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku minggu hadapan....