Isnin, 31 Ogos 2009

Gold Investing News - Donald Doyle

GOLD SOLD FOR USD750 on November 19, 2008, So TODAY???


Blanchard and Company’s Chairman and CEO Donald Doyle is interviewed about investing in gold.


ANSWER:

GOLD SOLD FOR USD750 on November 19, 2008, So TODAY USD950 an above....


video dari: http://emas24k.wordpress.com/

Sedikit Panduan Pelaburan Emas Fizikal

Syiling Kijang Emas dari Maybank dan Syiling Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion dari UOB adalah diantara Gold Coin yang menjadi pilihan pelabur emas. Ini adalah kerana spreadnya rendah. Begitu juga dengan Gold Bar dari Public Fine Gold International. Disini ditunjukkan sedikit data-data untuk menjadi panduan untuk melabur emas. Harga terendah bolehlah dijadikan panduan untuk membeli dan harga tertinggi sebagai panduan untuk memjual semula. Spread juga harus diberi perhatian untuk memaksimakan keuntungan pelaburan.


Kijang Emas Coin (Maybank)

Hi/Low

Tarikh

1oz

1/2oz

1/4oz

Sell

Buy

Sell

Buy

Sell

Buy

Terendah

15/01/09

3085

2987

1572

1493

800

747

Tertinggi

24/02/09

3835

3713

1954

1856

995

928

Terkini

28/08/09

3539

3427

1803

1714

918

857


Harga Kijang Emas 1oz tertinggi pada 24/02/09 ialah RM3835 berbanding terendah pada 15/01/09 RM3085, peningkatan sebanyak RM750 iaitu sebanyak 24.31% dalam tempuh 40 hari amat memberangsangkan. Setelah ditolak spread RM628 bersamaan 20.35%.


Harga Kijang Emas 1oz pada 28/08/09 RM3539 berbanding harga pada 15/01/09 RM3085, peningkatan sebanyak RM454 iaitu sebanyak 14.71%, setelah ditolak spread masih berbaki RM342 iaitu sebanyak 11.08%. Berdasarkan harga pada 28/08/09 spread disekitar 3.16%. Harga Kijang Emas terkini seperti dibawah:


Kijang Emas Daily Prices

SIZE (oz)

SELLING (RM)

BUYING (RM)

ONE

3539

3427

HALF

1803

1714

QUARTER

918

857

Last Update: 28/08/2009


Carta Kijang Emas tahun 2009



Carta diatas menunjukkan Kijang Emas 1oz menjadi pilihan pelabur disebabkan spreadnya rendah. Pilih saiz 1oz untuk memaksimankan keuntungan. Saiz besar lebih rendah sprednya berbanding saiz kecil.


Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion 1oz (UOB)

Hi / Low

Tarikh

M/L

A/N

S/L

Terendah

07/04/09

3279

3279

3279

Tertinggi

01/06/09

3562

3562

3562

Terkini

28/08/09

3498

3498

3498


Dari rekod dalam simpanan saya mulai April 2009, harga terendah Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion 1oz ialah pada 07/04/2009 RM3279, manakala harga tertinggi pada 01/06/2009 ialah RM3562, kenaikan sebanyak RM283 iaitu 8.63%. Berdasarkan harga pada 28/08/2009 spread Coins UOB disekitar 2.43% . Sila lihat dibawah:


Gold Coins (UOB)

Weight

Gold Type

West M'sia -
Bank Selling
(RM)

East M'sia -
Bank Selling
(RM)

Bank Buying
(RM)

1 OZ

AUST NUGGETS

3498

3499

3413

1/2 OZ

AUST NUGGETS

1796

1797

1722

1/4 OZ

AUST NUGGETS

920

921

870

1 OZ

GOLD MAPLE LEAF

3498

3499

3413

1/2 OZ

GOLD MAPLE LEAF

1796

1797

1722

1/4 OZ

GOLD MAPLE LEAF

920

921

870

1 OZ

S'PORE LION

3498

3499

3413

1/2 OZ

S'PORE LION

1796

1797

1722

1/4 OZ

S'PORE LION

920

921

870

Last Update 28/08/2009


Pilih saiz 1oz untuk memaksimankan keuntungan kerana spread lebih rendah berbanding saiz kecil.


Public Gold Bar (Public Fine Gold International)

Hi / Low

Tarikh

20 gram

50 gram

100 gram

1 k/gram

Terendah

06/04/09

2,123

5,282

10,512

105,124

Tertinggi

20/03/09

2,377

5,913

11,769

117,694

Terkini

28/08/09

2,304

5,733

11,412

114,116


Rekod yang terawal dalam simpanan saya ialah bermula April 2009. Berdasarkan rekod tersebut harga yang terendah Gold Bar Public Gold ialah pada 06/04/2009, manakala rekod tertinggi pula pada 20/03/2009.


Jika diambil Gold Bar 100 gram sebagai contoh, kenaikannya sebanyak RM1257 iaitu sebanyak 11.95%. Berdasarkan harga pada 28/08/2009 spread bagi Gold Bar 100 gram ialah 5.00%.


Public Gold (Public Fine Gold International)


Selling Price

Buying Price

20 gram

RM 2,304.00

RM 2,166.00

50 gram

RM 5,733.00

RM 5,418.00

100 gram

RM 11,412.00

RM 10,841.00

1 kilogram

RM 114,116.00

RM 108,410.00

(Last updated 28/08/09 8:10 PM)


Saiz 100 gram dapat memaksimakan keuntungan kerana spread lebih rendah berbanding dengan saiz kecil.


Gold Bar (UOB)

Weight

Gold Type

West M'sia -
Bank Selling
(RM)

East M'sia -
Bank Selling
(RM)

Bank Buying
(RM)

20 GMS

KINEBAR

2404

2405

2242

100 GM

PAMP GOLD

11665

11666

11135

20 GMS

PAMP GOLD

2363

2364

2227

Last Update 28/08/2009


Untuk pilihan lain UOB juga menawarkan Kinebar Gold Bar 20 gram, Pamp Gold 20 gram dan 100 gram. Spread Kinebar 6.74%, Pamp Gold 20 gram 5.75% dan Pamp Gold 100 gram 4.54%. Jika dibandingkan dengan Gold Bar Public Gold 100 gram, Pamp Gold 100 gram lebih rendah spreadnya dan ini lebih menguntongkan. Walau bagaimana pun samada Gold Bar atau Gold Coins dari UOB tidak sesuai untuk digadaikan jika memerlukan wang sementara. Ini adalah kerana apabila pembungkusan emas tersebut dibuka untuk tujuan semakan ketulinan (purity) dan timbangan berat, pihak UOB tidak akan membelinya semula.


Sabtu, 29 Ogos 2009

Wajarkah Membuat Pelaburan Emas

Sebelum membuat apa-apa pelaburan, seharusnyalah kita mengambil tahu prestasi sesuatu pelaburan itu. Tidak terkecuali bagi mereka yang hendak membuat Pelaburan Emas. Buatlah sedikit penyelidikan tentang prestasi untuk tempuh setahun yang lepas, tiga tahun atau lima tahun yang lepas. Lebih panjang lebih baik.


Walau pun prestasi yang lepas tidak menjamin prestasi yang akan datang, tetapi sekurang-kurangnya, kita tahu mengapa kita simpan atau melabur emas…. Bukan hanya terikut dengan kata-kata orang lain yang mengatakan menyimpan atau melabur emas ini baik, jadi anda pun melabur.


Setiap pelaburan sudah tentu ada risikonya, tetapi apa yang saya nampak, risiko melabur emas adalah kecil, mungkin 0%. Mengapa saya berkata begitu ialah penurunan harga emas adalah kecil jika dibandingkan dengan kenaikan harganya.


Mari kita lihat prestasi Kijang Emas selama setahun

Nilai Kijang Emas pada 14/08/2008 ialah RM2921

Nilai Kijang Emas pada 14/08/2009 ialah RM3561

Kenaikan nilai sebanyak RM640 bersamaan dengan 21.91%


Prestasi Kijang Emas selama 3 tahun

Nilai Kijang Emas pada 14/08/2006 ialah RM2446

Nilai Kijang Emas pada 14/08/2009 ialah RM3561

Kenaikan nilai sebanyak RM1115 bersamaan dengan 45.58%

Purata kenaikan setahun ialah 15.19%


Prestasi Kijang Emas dari 18/07/2001 hingga 28/08/2009

Nilai Kijang Emas pada 18/07/2001 ialah RM1082

Nilai Kijang Emas pada 28/08/2009 ialah RM3539

Kenaikan nilai sebanyak RM2457 bersamaan dengan 227.07%

Purata kenaikan setahun ialah 25.23%


Dapat dilihat bahawa prestasi kenaikan nilai Kijang Emas sepanjang setahun kenaikan sebanyak 21.91%, manakala prestasi sepanjang 3 tahun, purata kenaikan tahunan 15.19%, agak berkurangan, tetapi purata kenaikan nilai Kijang Emas sepanjang 9 tahun ialah sebanyak 25.23% setahun.


Dengan purata kenaikan tahunan sebanyak 25.23%, setelah ditolak spread (perbezaan harga jual / beli) sebanyak 3.16%, masih berbaki 22.07%, dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%, keuntungan bersih anda ialah 19.57%.


Jadi untuk menjawab persoalan diatas, adalah amat wajar untuk menyimpan / melabur emas.


Prestasi Kijang Emas boleh dilihat dari website BNM. Harga Kijang Emas harian boleh dilihat dari website Maybank.


Ahad, 23 Ogos 2009

Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar

Kumpulan Penyelidikan Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam (KUKAPI, UKM) bersama rakan-rakan pengajur lain akan mengadakan SEMINAR ANTARABANGSA PENJANAAN EKONOMI MELALUI TRANSAKSI WANG DINAR 2009.

Seminar ini akan menampilkan para sejarawan ekonomi, pakar ekonomi semasa dan numismatik . Setiap artikel perbincangan boleh menjurus kepada sejarah, teori atau aplikasi semasa atau semuanya sekali iaitu gabungan sejarah, teori dan aplikasi semasa.

Seminar akan diadakan pada masa, tarikh dan tempat seperti dibawah:

Tarikh: 27/8/2009
Masa: 8.00 pagi sehingga 6 petang
Tempat: Auditorium, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Sesiapa yang berminat sila hubungi:
Sekretariat
Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09)
Faculty of Islamic Study
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor
Tel: 03-89215558 Fax no: 03-89215558
Email: sedinar09@gmail.com, salmy1001@yahoo.com

Seramai 30 tokoh-tokoh terkemuka akan membentangkan kertas kerja masing-masing. Sila lihat disini: (Lihat senarai pembentang kertas kerja)

Encik Syukur Hashim Admin Jutawanemas.com juga adalah salah seorang yang akan membentangkan kertas kerjanya "Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia"

PENGENALAN DINAR

Sejak Kerajaan Umawi, mata wang dinar telah mengalami reformasi baru dan ia mempunyai berat standard, iaitu 4.25 gram. Semenjak itu, ekonomi umat Islam berkembang dan mencapai kemajuan. Tradisi penggunaan mata wang ini diteruskan oleh Kerajaan 'Abbassi, Mamluki, Andalusi serta 'Uthmani, dan ia berjaya menyaingi beberapa mata wang emas Eropah. Namun, sejarah moden telah menyaksikan bahawa wang fiat (kertas) akhirnya berjaya menyingkirkan wang dinar apabila ekonomi negara-negara Islam mulai lemah.

Keadaan bertambah parah dengan keadaan ekonomi dunia kini yang tidak menentu. Dollar, iaitu ‘mata wang dunia’ sekarang dengan jelas didapati tidak kompetatif untuk menghadapi kemelut dan krisis ekonomi global semasa. Wang fiat pada masa ini juga, didapati tidak dapat mengembangkan ekonomi sesebuah negara secara sepenuhnya. Ini kerana kedapatan unsur-unsur manipulasi dan pengaruh tidak wajar dalam sistem kewangan tersebut. Keadaan ini telah dialami oleh negaranegara Islam yang sedang membangun.

Oleh itu , pengalaman silam dalam kecemerlangan penggunaan wang dinar boleh dijadikan iktibar dan panduan bagi umat dan negara Islam dewasa ini, khasnya Malaysia, demi menghidupkan semula penggunaan wang dinar bagi menjana ekonomi negara sesuai dengan hasrat murni Kerajaan Malaysia yang ingin menerapkan nilai-nilai ekonomi Islam dalam urusan perdagangan tempatan dan global.

OBJEKTIF

Menyoroti sejarah perkembangan wang dinar sejak awal Islam sehingga zaman ‘Uthmani.
- Menyusuri sejarah kecemerlangan penggunaan mata wang dinar pada zaman Islam dan kejayaannya menembusi mata wang Eropah.
- Mengenal pasti kelemahan dan ketahanan sistem fiat dalam mencari jalan bagi memelihara kekayaan ummah akibat ketidakstabilan sistem mata wang moden, domestik dan global.
- Mengenal pasti bentuk pengaplikasian wang dinar secara sepenuhnya bagi menembusi monopoli wang fiat.
- Mengenal pasti penggunaan wang dinar dalam hubungan perdagangan dalam kalangan negara Islam.
- Menyediakan pelan strategi kepada pihak Kerajaan, bank-bank dan institusi kewangan bagi pengaplikasian semula wang dinar dalam konteks pengembangan ekonomi Malaysia dan negara-negara Islam dengan mengambil kira realiti arkitektur sistem kewangan antarabangsa.
- Menganalisis kerelevanan pengalaman lepas dan bentuk-bentuk panduan yang boleh diguna pakai bagi melaksanakan semula sistem penggunaan wang dinar, dalam konteks pengembangan ekonomi, khasnya sektor perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara Islam lain.

sumber: http://www.pokli.com/

Jumaat, 21 Ogos 2009

Pengalaman Memajak Dengan Ar-Rahnu Bank Rakyat

Sebelum ini saya cuma membaca dan melihat pengalaman En Syukor Admin Jutawanemas.com dan rakan-rakan blogger yang lain menceritakan pengalaman mereka memajak emas dengan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Sejauh ini saya memang tiada pengalaman memajak emas.

Berbekalkan 10 keping Dinar Kelantan 1 dinar = 10 dinar, saya melangkah masuk ke Ar-Rahnu Bank Rakyat, cawangan Petaling Jaya. Setelah nombor giliran saya dipanggil, saya pun masuk kedalam bilik untuk urusan pejakan, bukan dikaunter bayaran. Setelah memberitahu tujuan saya, 10 keping Dinar Kelantan diuji ketulinan atau purity..... tepat emas 916. Setelah itu 10 keping Dinar Kelantan itu ditimbang untuk menentukan beratnya..... juga tepat 42.5 garam. Untuk makluman anda yang belum tahu, berat 1 dinar bersamaan dengan 4.25 garam, jadi 10 dinar bersamaan dengan 42.5 gram.

Pengalaman menggadai emas Dinar Kelantan ini dibuat pada 15/06/2009 yang lalu. Butir-butir gadaian adalah seperti dibawah:

Tarikh gadaian: 15/06/2009
Tarikh matang: 15/12/2009

Ini adalah tempuh gadaian paling singkat, iaitu selama 6 bulan. Tempuh gadaian ini boleh dilanjutkan 6 bulan lagi dengan syarat, upah simpan yang terdahulu dilangsaikan. Saya memilih tempuh gadaian yang singkat kerana nilai emas atau nilai marhun itu kecil sahaja jumlahnya, lagi pun untuk merasai sendiri pengalaman memajak itu.

Nilai marhun: RM4,957.63
Nilai pinjaman: RM3,200.00

Nilai pinjaman ialah sebanyak 65% dari nilai marhun, jadi nilai pinjaman yang boleh diperolihi ialah sebanyak RM3,222.45. Tetapi saya cuma mengambil sebanyak RM3,200.00 untuk memudahkan pengiraan.

Upah simpanan bulanan: RM37.29
Upah simpan 6 bulan: RM223.71

Upah simpan adalah bergantung kepada nilai marhun iaitu sebanyak RM0.75 sebulan untuk RM100 nilai marhun. Sepatutnya upah simpan sebulan ialah RM37.50 atau RM225.00 untuk 6 bulan, tetapi mungkin kerana nilai marhun tidak cukup RM5,000.00, menyebabkan upah simpan sebulan/6 bulan, kurang dari itu. Saya boleh membayar atau menebusnya sekaligus dalam tempuh 6 bulan, atau membayarnya secara beransur-ansur dalam tempuh yang sama.

Bayaran bulan pertama 26/06/2009: RM1,000.00 + RM19.00 = RM1,019.00
Bayaran bulan kedua 29/07/2009: RM1,000.00 + RM36.00 = RM1,036.00
Bayaran bulan ketiga 21/08/2009: RM1,200.00 + RM26.90 = RM1,226.90

Dengan membayar ansoran selama 3 bulan, saya dapat menebus kembali 10 keping Dinar Kelantan yang dipajakkan dahulu. Upah simpan untuk 3 bulan ialah RM19.00 + RM36.00 + 26.90 = RM81.90. Berapa saya jimat dengan memendekkan tempuh bayaran dari 6 bulan kepada 3 bulan:

RM223.71 - RM81.90 = RM141.81 <--- jimat

Mungkin ini boleh dijadikan salah satu teknik untuk mengurangkan upah simpan.

SELAMAT MENYIMPAN @ MELABUR

Jumaat, 14 Ogos 2009

Prestasi Kijang Emas Sebulan

Apa yang kita semua sedia maklum ialah harga emas sentiada naik dan turun, walaupun penurunannya agak kecil dibandingkan dengan kenaikannya. Walau bagaimana pun prestasi kenaikan harga emas untuk tempuh sebulan yang lepas agak kurang memberangsangkan. Mari kita lihat prestasi Kijang Emas selama sebulan, bermula dari 14/07/2009 hingga 14/08/2009

Kijang Emas Daily Prices
SIZE (oz) SELLING (RM) BUYING (RM)
ONE 3479 3368
HALF 1772 1684
QUARTER 903 842
Gold Savings Passbook
DATE SELLING (RM/g) BUYING (RM/g)
14/07/09 109.05 103.56

Kijang Emas Daily Prices
SIZE (oz) SELLING (RM) BUYING (RM)
ONE 3561 3448
HALF 1814 1724
QUARTER 924 862
Gold Savings Passbook
DATE SELLING (RM/g) BUYING (RM/g)
14/08/09 111.16 105.55

Harga Kijang Emas 1oz hari ini (14/08/09) ialah RM3561, manakala harga pada 14/07/09 ialah RM3479. Kenaikannya sebanyak RM82, lebih kurang 2.35%. Adalah tidak sesuai untuk membincangkan soal keuntungan setakat ini kerana untuk mengira keuntungan spread sebanyak 3.3% harus diambil kira.

Walau bagaimana pun kenaikan sebanyak 2.35% sebulan, boleh dianggap baik kerana jika peratusan ini berpanjangan sehingga setahun, bermakna kenaikan sebanyak 28.2% setahun. Apabila ditolak spread 3.3%, masih berbaki 24.9%, setelah dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%, masih berbaki 22.4%.

Kesimpulannya, lebih baik dari ASB dengan dividen dan bonus 8.5% setahun, atau AmFlexi dividen 2007 sebanyak 10.3%