Jumaat, 1 Oktober 2010

Gold Bullion Coins - UOB


Gold Bullion Coins atau syiling emas memang tidak asing lagi bagi peminat-peminat emas, selain dari Gold Dinar dan Gold Bar. Diantara Gold Bullion Coins yang menjadi buruan peminat-peminat emas ialah Canadian Maple Leaf, Australian Nugget/Kanggaroo dan Singapore Lion. Ketiga-tiga syiling emas ini boleh didapati dari United Overseas Bank (UOB) terbesar diseluruh negara.

Syiling emas tersebut terdapat dalam berbagai-bagai saiz. Saiz yang besar adalah lebih rendah harga pergram, dibandingkan dengan saiz kecil.

Harga Canadian Maple Leaf hari ini - 1/10/2010
Saiz || Selling || Buying
1 oz || 4216 || 4058
1/2 oz || 2165 || 2032
1/4 oz || 1109 || 1017
1/10 oz || 459 || 407
1/20 oz || 291 || 207

Dari harga diatas, harga pergram bagi setiap saiz ialah:
1 oz - RM135.56/gram
1/2 oz - RM139.23/gram
1/4 oz - RM142.64/gram
1/10 oz - RM147.59/gram
1/20 oz - RM187.14/gram

Sedia maklum bahawa pelanggan akan membeli dengan harga 'Selling' dan menjual semula dengan harga 'Buying'. Perbezaan harga ini dipanggil 'spread'. Berapakah 'spread' Canadian Maple Leaf hari ini????

Saiz || Selling || Buying || Spread || %
1 oz || 4216 || 4058 || 158 || 3.75%
1/2 oz || 2165 || 2032 || 133 || 6.14%
1/4 oz || 1109 || 1017 || 92 || 8.30%
1/10 oz || 459 || 407 || 52 || 11.33%
1/20 oz || 291 || 207 || 84 || 28.57%

Disini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa saiz besar adalah lebih rendah harga pergram berbanding saiz kecil. Begitu juga dengan 'spread'. Saiz besar 'spread' lebih rendah berbanding dengan saiz kecil.

Simpan emas, aset yang tidak susut nilai.

1 ulasan:

  1. Are you interest to know about Dinar so click the links and know your dream interest.
    Dinar

    BalasPadam