Selasa, 12 Oktober 2010

Kijang Emas vs GSPA

Kijang Emas Gold Coin boleh diperolihi dari Maybank terbesar diseluruh negara. Gold Saving Passbook Account adalah satu lagi produk Maybank dimana simpanan emas boleh dibuat melalui buku akaun. Urusan jual beli kedua-dua produk ini boleh dibuat melalui kaunter Maybank.

Sebelum itu mari kita lihat harga Kijang Emas Gold Coin dan GSPA pada hari ini.

Kijang Emas Daily Prices
SIZE(Oz) || Selling (RM) || Buying (RM)
ONE || 4460 || 4287
HALF || 2272 || 2144
QUARTER || 1157 || 1072

Gold Saving Passbook
DATE || SELLING || BUYING
12/10/2010 || 137.95 || 132.27
Last update : 12-Oct-10 at 8:31:34 AM

Kedua-dua produk tersebut mempunyai kelebihan masing-masing.

KIJANG EMAS GOLD COIN
- menyimpan sendiri emas fizikal
- spread yang berpatutan - sekitar 3.88% hingga 7.35%
- boleh dipajak jika memerlukan wang sementara
- boleh dipajak untuk mendapatkan sebahagian dari modal bagi membeli emas tambah aset
- dijual kepada peminat-peminat emas untuk harga buy back yang lebih menarik

GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA)
- boleh berurusan dengan banyak cawangan Maybank
- jumlah pembelian serendah 5 gram emas mengikut harga semasa
- spread yang rendah - sekitar 4.11 %
- simpanan yang selamat - tak perlu kos tambahan untuk menyewa 'self deposit box'

SIMPAN EMAS - EMAS PENYIMPAN NILAI TERBAIK

1 ulasan: