Rabu, 20 Oktober 2010

Prestasi Kijang Emas Gold Coins

Harga Kijang Emas Gold Coin hari ini 20/10/2010 RM4434 (1oz). Harga turun sedikit dari 15/10/2010 RM4514(1oz) berikutan dengan penurunan harga pasaran emas antarabangsa dari USD1382.70 pada 14/10/2010, kepada USD1342.10 pada hari ini @ 6.50pm (pasaran emas antarabangsa masih belum tutup).

Mari kita imbas kembali harga-harga Kijang Emas dari tahun yang lepas-lepas.

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
20/10/2010 4,434 4,262 2,259 2,131 1,150 1,066
20/10/2009 3,725 3,503 1,899 1,751 967 876
20/10/2008 2,950 2,857 1,503 1,428 765 714
19/10/2007 2,736 2,648 1,394 1,324 710 662
20/10/2006 2,333 2,258 1,188 1,129 605 564
20/10/2005 1,852 1,791 944 895 481 448
20/10/2004 1,695 1,631 864 816 440 408
20/10/2003 1,503 1,446 766 723 390 362
21/10/2002 1,265 1,217 644 609 328 304
19/10/2001 1,127 1,084 574 542 292 271

Apa yang dapat dilihat dari statistik diatas ialah peningkatan harga dari tahun ke tahun. Jika dilihat harga Kijang Emas 1oz pada 19/10/2001 ialah RM1127, meningkat kepada RM4434 pada hari ini 20/10/2010. Peningkatan sebanyak RM3307, bersamaan dengan 293.43% dalam tempuh 9 tahun, atau purata kenaikan tahunan sebanyak 32.60%.

Walau bagaimanapun harus diingat bahawa harga emas ada turun/naik. Mungkin peratus kenaikan emas sebanyak 15% - 16% boleh dijadikan tanda aras kenaikan tahunan harga emas.

Teruskan menyimpan/melabur dengan emas.

Sumber: Statistik harga emas dari BNM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan